Friday, 30 December 2011

Nikmat kehidupan~

Disaat kita sedang enak dibuai mimpi lena..tilam empuk.di luar sana ada badan yang mengigil2 menahan kesejukan.ketika kita sedang berselera menjamah hidangan yang lazat, di luar sana ada perut yang diikat untuk menahan lapar, menyelongkar dibalik tong-tong sampah bagi mencari sisa-sisa buangan untuk mengalas perut.ketika kita bergembira membeli belah bertukar-tukar pakaian yang ada, diluar sana ada tubuh yang hanya diliputi kain yang lusuh...bertuah & bahagianya kita tatkala apa yang diidamkan ada didepan mata, sedangkan diluar sana pula ada yang menelan air liur membutakan mata melihat kehidupan selesa yang orang lain miliki.

tapi bersyukur kah kita? saban hari ada sahaja keinginan yang mahu dipenuhi.

Diluar sana ada ramai jutawan, hartawan, millionaire.ketika mereka yang punya duit beribu2 menghabiskan masa di Spa, menghabiskan jutaan ringgit untuk sehelai baju yang hanya dipakai sekali dan makan di restoren mewah. yang miskin mengemis di jalanan untuk mencari sesuap nasi, anak kecil comot berbaju lusuh mengikut arah kaki yang belum tahu kemana hala tuju.

apa guna kekayaan yang kita ada jika mata kita buta membiarkan saudara kita terbiar dijalanan.

ketika itu saya menunggu ayah di hentian putra, seorang kanak-kanak kecil menangis kelaparan tatkala ibunya hanya memberikan air putih untuk mengalas perut. saya hulurkan sebungkus roti, sayu hati tatkala tangan yang kecil itu dengan mata yang berlinang makan dengan lahapnya dan sibu tidak makan kerana perut anaknya perlu diisi..saya hulurkan air..tapi si kecil itu menolak..katanya ' saya berkuman, nanti kakak berjangkit'' .. ' xape.akak dah ada air,yang ni adik punya''.. '' nanti saya mintak ALLAH blas balik ye apa yang akak bagi''
ya ALLAH..tulusnya hati anak sekecil ini..

mereka juga manusia, dan mereka punya belas terhadap kita, tapi kita?

terbiasa apabila melalui hentian LRT di Sogo melihat ada kanak-kanak terbaring, ada yang tua menadah tangan memohon diberi sedikit wang untuk mengalas perut. ada yang berkata jangan diberi kerana itu mungkin sindiket.jadi kalau itu sindiket pihak yang ada kenapa tidak bertindak?.mereka juga manusia seperti kita.mereka juga bernafas udara yang sama, mereka juga menerima cahaya matahari yang sama dengan kita.apa bezanya mereka?apa bezanya mereka pengemis yang didalangi sindiket atau mereka benar2 pengemis?nasibnya tetap sama yang mana mereka hanya makan bila ada belas ehsan dan mereka tidak tidur di tilam yang empuk seperti kita,mereka tidak bersantai2 menonton telenovela seperti kita.

Duit yang beribu2 kita sanggup habiskan untuk membeli perhiasan dunia, tapi tidak mampu untuk menyelamatkan kehidupan yang sedang melarat.

Surat Cinta : jadi dimana kita?masih mahu membongkak dengan kekayaan yang ada sedangkan kekayaan yang kita ada tidak kita gunakan untuk membantu nasib mereka yang lemah.kita masih mahu mengeluh dengan apa yang kita nikmati sedangkan diluar sana masih ramai yang hidupnya melarat? jika Jutawan didunia tapi tidak mahu menjadi jutawan disana, tidak guna berbangga dengan apa yang ada hari ini kerana kita khufur dengan nikmatNYA dan kita membiarkan mereka yang menanti bantuan kita mati dalam penantian yang panjang.

Thursday, 29 December 2011

Benci vs Suka ~

Assalamualaikum..

Ada masanya kita dilayan mcm sampah bila kita buat baik dengan orang.tegur orang dengan ramah tapi orang buat mcm terpaksa je tegur kita.buat lawak tapi orang xgelak pun.bila buat salah.time tu kena kutuk dengan semangat sehabis daya.* main hentam je nak sedapkan bahasa..dan bila jumpa kat mana2.kita je nak bersuara.nak tegur tu tegur ni.dia?senyap mcm kita xde kat depan.lagi sakit hati bila tetiba xsuka kat kita dan boleh pulak mgata2 blakang.rasa nak je hanta mms bergambar tanya " kau ni manusia ke alien?''..pastu mula la marah2 ..mula la rasa sakit hati.mula la nak myumpah2 bagai..mula la dah benci tgk muka..mula la xnak kawan.mula la kutuk belakang dan akhirnya syaitan cakap kat & the geng " LETS GET PARTY'' .. sorang dah berjaya dihasut. 

adat dunia..bukan semua yang kita nak kita boleh dapat,mcm tu jugak perasaan.kita xboleh nak paksa orang suka kita.buat banner besar2 '' suka lah saya suka lah saya''. * jangan desperate sgt ! jadi biarlah orang nak sombong.orang nak layan kita balik mcm sampah.mana tahu ianya boleh menjadi muhasabah diri untuk diri kita.the most importan is : Ayah cakap..jangan berkawan dengan seseorang hanya untuk mengharapkan orang untuk lebih2 suka kita.menjaga silaturahim yang terjalin dan tidak membawa ke arah permusuhan tu yang lebih penting.

dulu saya pernah ke tahap membenci seseorang..pernah terjadi dimana dia terang2gan mengatakan saya gemuk, menasihatkan saya benda yang xlogik..dan lagi sadis..kata2 yang dia tuturkan sgt2 meninggalkan kesan.masa tu cuma mampu diam dan xtahu nak kata ape. lagi rasa sakit.saya xpernah kenal.xpernah berkawan apatah lagi tahu kisah hidup dia..tapi dia ambik tahu hal tepi kain saya sehingga lupa jahit kain dia sendiri yang koyak..dan sekarang bila difikirkan balik..untuk apa kita bagi kemenangan pada orang yang menyakitkan hati kita? Matlamat Visi dan Misi orang yang sakitkan hati kita tu adalah untuk buat kita sakit hati.dan jika dia berjaya buat kita sakit hati.maknanya kita bagi kemenangan pada dia.jadi show to them : YOU ARE NOT LOSER..tapi tu bukan bermaksud balas dendam.atau jugak pergi calarkan basikal dia..treat her/him nicely & pastinya dengan ikhlas.jadi diri sendiri tapi bukan bermakna mesti sombong balik dengan orang yang sombong dengan kita. yang penting selalu ingat.biar orang buat kita dulu, jangan kita buat orang dulu.

"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".


Surat Cinta : saya sedang muhasabah diri saya supaya tidak membenci mereka yang membenci saya..biarlah apa mcm mana pun layanan buruk orang terhadap kita.layan dia dengan baik.mana tahu suatu hari nanti dia akan jadi kawan baik kita.  siapa tahu kan perjalanan akan datang mcm mana? 


Wednesday, 28 December 2011

Barbie Doll ~

dua hari yang lalu..time ke bandar untuk ambik tiket encik Asyraf.kami bsembang pasal crita barbie doll * ceh..mcm xde topik lain..haha..actually pasal harga barbie doll yang ada sampai beratus2..then tetiba dia ada cerita pasal IRA BROWN budak kecik yang sebijik cam barbie, aku fikir dia sajelah nak yakinkan aku..biasalah budak kecik.anak omputeh memang la comel....then aku buat xtahu je lagi..tetiba hari ni aku tgk ada kawan aku post dia fb tentang budak ni.. 



xtahu ape nak cakap..eh budak kenapa comel sgt hah? * jeles meluap2..huhu..then bila diusha..dan banyak blog yang mceritakan tentang budak ni rupanya..dia adalah Supermodel cilik berusia 2 tahun yang sedang mencipta nama di US dan ibu bapa budak kecik ni jugak dan tandatangan banyak kontrak dengan beberapa pihak pakaian bjenama kat sana..milionaire dari kecik tu..so sesape rasa nak kenenkan adik2 lelaki yang ada dengan budak ni..sila berangan sahaja..* gelak kejam..haha..jom layankan beberapa gambar yang budak ni dah photoshoot :) 

 mcm barbie betul (O_O)v



 Divas meletup !


 she knows how to pose..love this :)


ok dah habis..sepetkan balik mata tu..jangan over sgt..haha..kecik2 dah jadi supermodel..erm..tapi apakah nasi dia akan sama mcm bintang2 hollywood yang bila besar? alahai..ok dah..ni bukan blog tentang gosip ok...apepun cuma nak kongsi tentang kecomelan budak2 ni je.heeeee :)

Surat Cinta : apepun dengan perasan bersyukur..saya rasa saya pun comel time kecik2 dulu.* sekarang pun..lagi comel..haha..anda juga begitu rite?Alhamdulilah  :)

Tuesday, 27 December 2011

gelak-gelak ~

kisah yang menyentap jantung T_T



Surat Cinta : saje nak geletek hulu ketawa korang (^_=)v

Monday, 26 December 2011

Isteri Solehah ~






TAHUKAH ANDA SIAPAKAH WANITA PERTAMA YG AKAN MASUK SYURGA DAN 
KENAPA???




Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah. 

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

"! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya
saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali
jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
pintu."

Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ".
" Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. 
Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam. 
" Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin" 
'Ya dengan Hasan dan Husain "
"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?! ! ! 
Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami,
" jawab Mutiah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
" Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan. 
Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! ! 
"Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah.
"Bukan. Bercucuk tanam".
"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah.
"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah.
"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar! ! ! dan tulus.

Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti'ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti'ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

Surat Cinta : Allah yang memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayani suami dengan baik, sabda Rasulullah SAW: maksudnya: "kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat At-Tirmidzi)

GPMS ~

Waktu singgah di stesen minyak, tetiba ada yang menegur dari belakang..
PakCik : anok ni dari GMPS U mane?
Aku : erk?saya ke?saya dari Universiti Industri Selangor * siap sebut nama penuh lagi
PakCik : semart baju..baju untuk mende ni?
Aku : oh..ni waktu aktiviti Kembara Alam Rimba..
PakCik : baguslah gtu..belajor terus belajor.. * sambil ambil barang dan g kaunter
aku ? terpinga2 kejap tambah bangga..& malu jugak sebab xsedar anak tudung ternaik kat belakang.tu yang leh nampak Lambang Gpms tu..huhu



Pernah kah anda melihat Logo ini?dimanakah?apakah yang anda tahu tentang Logo ini? 
jom kita kongsi bersama kisah percintaan asal-usulnya :)

Hari Ini Dalam Sejarah
Tarikh Siaran : 15 Ogos 1980
dipetik dari sumber : Sejarah Penubuhan GPMS

Pada hari ini dalam tahun 1948, Konvensyen Pelajar-Pelajar Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah membuat ketetapan bersetuju menubuhkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung yang lebih dikenali dengan singkatan GPMS.

Penubuhan GPMS ini telah digerakkan oleh lima orang mahasiswa dari Raffles College dan Kolej Perubatan King Edward di Singapura iaitu Abdul Wahab Ariff, Mohd. Nor Marahakim, Abdullah Majid, Hasmah Mohd. Ali (seorang siswi perubatan) dan Aminuddin Baki selaku ketua. Merekalah yang bertanggungjawab menganjurkan konvensyen itu dan seterusnya bertanggungjawab terhadap penubuhan Jawatankuasa Sementara GPMS.

GPMS telah ditubuhkan atas dasar kebangsaan Melayu dan Agama Islam yang lahir dari rasa:

1. SEDAR atas perlunya disatukan tenaga pelajar-pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu;

2. SEDAR akan kemunduran bangsa Melayu dalam ilmu pengetahuan;

3. SEDAR terhadap kewajipan untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa dan

4. SEDAR bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa adalah ditangan pelajar.


Gabungan pelajar ini merupakan sebuah persatuan pelajar kebangsaan yang pertama ditubuhkan di negara ini dan segala perjuangannya sebelum merdeka merupakan sebahagian dari gerakan nasionalisme negara ini.

Pada tahun-tahun selepas merdeka GPMS telah melaksanakan kegiatan-kegiatannya melalui program pendidikan, kebajikan, keagamaan dan kebudayaan yang dipadankan dengan tujuan pergerakan badan itu, iaitu "menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar dari segenap lapisan masyarakat". Di antara kegiatan-kegiatan itu ialah konsep Kelas Bimbingan yang diperkenalkan pada tahun-tahun 1950an yang kemudiannya menjadi aktiviti badan-badan belia tahun 1960an.

Selain dari itu GPMS telah juga menjalankan program Gerakan Obor yang meniupkan kesedaran bahawa pelajaran adalah kunci kemajuan bangsa; melancarkan Operasi Pembangunan Masyarakat pada tahun 1971, dan seterusnya siri ceramah Teknik Menjawab Peperiksaan SPM dan STP dan juga siri ceramah Bimbingan Kerjaya yang masih digiatkan hingga kini.
Pada hari ini, 15hb. Ogos 1980, GPMS mencapai usia 32 tahun dan merupakan persatuan pelajar yang tertua serta berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh kebangsaan di negara ini. Dengan berpandukan kepada lambang obor merah putih di tangan, yang berwarna merah, menerangi peta putih Semenanjung berlatar hijau, GPMS akan terus mara mencapai cita-cita perjuangan dengan ikrar :

"Dengan hati yang suci murni, kami pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu bersatu berdasarkan Keislaman dan Kebangsaan; berjuang dengan berani kerana benar untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa sebagai syarat mencapai kemajuan dan kemuliaan bangsa Melayu"

Jom Karaoke pulak nak?asyik lagu cinta je..mari recharge tenaga bersama :)

Mahameru - Mahasiswa Melayu Baru :)
* saya nak letak video lagu ni tapi gagal..mianei T_T


Tinggalkan ibu, tinggalkan ayah
Tinggal sanak saudara
Kerana kursus kami turutkan
Demi bangsa tercinta

Dari utara hingga ke selatan
Dari semua cawangan
Kami bergabung bawah satu badan
Dengan satu tujuan

Berdialog, dan segala
Semuanya harus kami rasa
Tanggungjawab di amanah
Sanggup kami terima

Ayuh semua kita bersama
Sehati dan sejiwa
Bersama kita hadapi rintangan
Demi masa hadapan

Di ufuk timur suria mulai cerah
Cahaya fajar baru
Bersyukur kepada Tuhan Yang Esa
Pencipta alam maya

Ku pohon doa restu malam syahdu
Menghadap kiblat suci
Semoga gabungan kami ini
Gemilang dan abadi

Terkenal Gabungan Pelajar Melayu
Di seluruh negara
Membangunkan semangat
Pimpinan abadi,GPMS perwira

Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Esa
Ku pohon doa restu
Semoga gabungan kami ini
Gemilang dan abadi
Gemilang dan abadi




Surat Cinta : BELAJAR TERUS BELAJAR.


Sunday, 25 December 2011

Sharing is Caring :)

What people don’t realize that when you are wishing
Marry Christmas you are agreeing
that Jesus Christ was born on the
25th of December and you are agreeing
that he is the begotten son of God....
Na’uzubillah which is Shirk
Dipetik dari laman web :  Fan Page Dr.Zakir Naik


Dan ini pula adalah petikan video rakaman  Ustaz Azhar .


Surat Cinta : Betulkan saya jika saya salah ye.sekadar perkongsian untuk kita semua sesama umat islam. Salam sayang semua.have a bless day (^_=)v

Saturday, 24 December 2011

Gajus aka Jambu golok vs buoh tere ~


Assalamualaikum semua..
kenalkah anda dengan objek diatas?objek diatas merupakan salah satu buah-buahan dari planet pluto yang mana anda boleh mendapatkannya melalui on9 shopping. * penipu ! dush2..ceh..dah terang2 benda tu kenalkan diri kat ats..ha..inilah gajus aka jambu golok aka buoh tere..gila banyak dia punyak nama glamer..huhu..alhamdulilah tahun ni pokok jambu golok di rumah menjadi dengan subur dan berbuah dengan semangatnya..hehe.. maka berkilo2 biji gajus kami dapat pada tahun ni..

bagi yang belum kenal dengan buah ni mungkin xtahu kacang gajus yang korang makan tu terhasil dari biji buah ni ..baru2 ni aku ada letak gambar ni kat fb..rupa2nya ramai yang xtahu kacang gajus tu adalah dari biji buah gajus ni..huhu..ha..jangan tahu makan je.jom kita selongkar bagaimana gajus ni diproses menjadi kacang gajus .tapi ni proses secara homemade. yang mana aku snap masa tolong mak bedah biji gajus ni.

selain biji, buahnya juga boleh dijadikan lauk masak lemak putih dan makan ' colek' * fuh terliur =_=''

setelah dipisahkan dari buah, biji gajus ini akan dijemur bagi menghilangkan getah supaya senang dibelah nanti.biasanya akan dijemur dalam 2 3 hari.



setelah dijemur, biji2 ni ready untuk dibedah..maksudnya' dibelah' ..tapi berhati2 ketika mbelah kerana getah biji ni boleh menyebabkan kulit megelupas dan ambil masa yang lama untuk hilang.alat yang digunakan pula adalah 'kacip' iaitu sila lihat gambar diatas untuk kenal :)


selepas dibelah, biji gajus akan dicolek dan dikeluarkan dari pakaiannya..kulit dia yang keras tu =_=''



ha..nanti akan dibuang kulit sekali lagi sehingga putih camni..dan ready untuk dibakar..boleh jugak goreng.jika mahu dibakar, gaulkan tlebih dahulu dengan sedikit mentega.kemudian akan dibakar sehingga kekuningan.* nak sampai rentung pun boleh.biasanya dalam 30 minit dengan suhu  kat london..haha..100-150 darjah kelas celcius..tapi nak main hentam pun boleh.sbb bila bakar adakalanya xmasak sama rata.jadi kalau yang xmasak tu kena ulang bakar balik.kalau goreng pulak, gaulkan dengan garam terlebih dahulu dan baru goreng.

dan hasilnya 
p/s : gambar yang kat bawah ni rembat google punye. :)


boleh juga dijadikan biskut :)




Surat Cinta : antara kelebihan tinggal di kampung adalah segalanya segar dari ladang.Salam sayang semua  

Friday, 23 December 2011

Nasib & Kehidupan ~



Melihat sisa-sisa kebahagian
Mendengar tangisan yang merintih setiap titisan darah
Jijiknya senyuman sebuah kemenangan
Kenapa mesti ada senyuman bila ianya menyakitkan
Kenapa mesti ada luka bila ianya satu kegembiraan
Kenapa mesti aku bertanya pada
Kesakitan yang akan sembuh
Kegembiraan yang akan ada
Dan
Pastinya biasan yang tersurat pabila kaki ini terus melangkah
Pastinya aku jadi kekuatan
Pastinya aku jadi kelemahan
Namun bisakah luka yang tercalar sembuh?
Hanya kerana terasing
Disebalik dinding yang bakal pecah
Jangan menunding
Ianya menjijikan
Melihat senyuman dan keterpuraan
Bunuh hati yang bersalut lumpur pengkhianat
Kerana kedewasaan untuk mengajar
Hari ini kegembiraan untuk dikongsi
Hari ini kebahagian untuk dirasai
sy dan kamu  pasti bahagia walaupun kita
Saudara jauh
Saudara yang punya darah yang sama warna
Dan
Saudara yang dicipta untuk bahagia walaupun tidak pernah mengenali
Kerana
Peperangan yang tercipta adalah permulaan
Untuk
Penderitaan sang pengkhianat !

NURUL FATIHAH MOHD SOBRI
 5 MEI 2001 

wajah mulus ni belum tahu bagaimana nasibnya akan datang..kita juga begitu bukan? 

Thursday, 22 December 2011

Dear Future Husband~

Kerana cinta tak mampu dibicarakan semahunya
Kerana sayang tak  mampu diteriak-teriak
masih ada rasa malu yang tersimpan untuk dibaca
Aku bukan pencinta yang kuat
Masih ada sisa baki ketakutanku
Aku takut dikecewa..
berjalan dalam kegelapan dan melihat segalanya asing
aku takut menjadi pembunuh cinta
Takut aku gagal memapah diri menerima kesakitan
Takut dilihat cengeng bila air mata ini mengalir tanpa segan
Bila langkah yang kuatur seakan pudar
lesu tanpa bicara
mata hanya memandang tangan yang dihulur
Hanya warna yang samar masih kulihat...
Ya disana...masih menanti..
Aku terlupa menjenguk masih ada destinasi yang menantiku dihadapan
Aku terlupa masih ada tangan menanti u dihalalkan
menanti untuk aku berikan kehidupan bukan hanya untuk disini
tapi mencari yang disana bersamamu
Sujud menadah syukur
Rusukku biarlah bersamamu
pencarian yang aku temui hentiannya
Bukan segunung emas jadi pertukaran
Bukan maruah dibeli berangka-angka
hanya
Satu  kejujuran menanti untuk diserahkan
Maharku biarlah bukan untuk membeli maruahku
Akad diriku untuk dimiliki
Dan
Lafaz syukur ku dalam sedu untuk meraih keredhaaNYA bersamamu.
NURUL FATIHAH MOHD SOBRI
15/10/11 : 4:06 a.m

Dear Future Husband..


Mood : berangan habis-habis dengan yang dibawah.heeee :)





- nanti kawin nak jahit sendiri manik2 dan jugak labuci2 kat baju kawin * berangan sambil sengih lebar2

Surat Cinta : bila duk ramai2 dengan kawan ppuan, kmudian bersembang pasal impian kawin.mesti pernah kan?dan bila tengok drama hero & heroin kami.time tu hepi sakan.kalau boleh nak perkahwinan camni camtu..kalau cakap hal impian kawin.it's the best thing ever tahap kalau boleh sampai pagi nak bercakap dari malam* saya mcm ni jugak =_=''..tapi ingat.yang penting adalah ijabnya..keberkatan majlis yang dicari.bukan dunia semata2.
 I'm Going 22 ...beberapa hari je lagi..semoga masih diberikan peluang meneruskan perjalanan hidup ni dan juga saya akan berkahwin. semua orang akan berkahwin.Insya Allah :)

JAWAPAN Jika
Ditanya Tentang Perkahwinan ::

Knpa Lambat? = Kerana Allah tahu
masa yang terbaik untukku.

Dah Bpunya? = Ya.. Kerana setiap org
telah ditetapkan jodoh masing2.

Sapa? = Nanti Allah akan perkenalkan
kpd semua,

Bila? = Bila kami sudah disatukan..
Insya-Allah jemput datang ke
Walimatul urusku nanti :)

Salam Sayang Semua.