Assalamualaikum semua..
kenalkah anda dengan objek diatas?objek diatas merupakan salah satu buah-buahan dari planet pluto yang mana anda boleh mendapatkannya melalui on9 shopping. * penipu ! dush2..ceh..dah terang2 benda tu kenalkan diri kat ats..ha..inilah gajus aka jambu golok aka buoh tere..gila banyak dia punyak nama glamer..huhu..alhamdulilah tahun ni pokok jambu golok di rumah menjadi dengan subur dan berbuah dengan semangatnya..hehe.. maka berkilo2 biji gajus kami dapat pada tahun ni..
bagi yang belum kenal dengan buah ni mungkin xtahu kacang gajus yang korang makan tu terhasil dari biji buah ni ..baru2 ni aku ada letak gambar ni kat fb..rupa2nya ramai yang xtahu kacang gajus tu adalah dari biji buah gajus ni..huhu..ha..jangan tahu makan je.jom kita selongkar bagaimana gajus ni diproses menjadi kacang gajus .tapi ni proses secara homemade. yang mana aku snap masa tolong mak bedah biji gajus ni.
selain biji, buahnya juga boleh dijadikan lauk masak lemak putih dan makan ' colek' * fuh terliur =_=''
setelah dipisahkan dari buah, biji gajus ini akan dijemur bagi menghilangkan getah supaya senang dibelah nanti.biasanya akan dijemur dalam 2 3 hari.
setelah dijemur, biji2 ni ready untuk dibedah..maksudnya' dibelah' ..tapi berhati2 ketika mbelah kerana getah biji ni boleh menyebabkan kulit megelupas dan ambil masa yang lama untuk hilang.alat yang digunakan pula adalah 'kacip' iaitu sila lihat gambar diatas untuk kenal :)
selepas dibelah, biji gajus akan dicolek dan dikeluarkan dari pakaiannya..kulit dia yang keras tu =_=''
ha..nanti akan dibuang kulit sekali lagi sehingga putih camni..dan ready untuk dibakar..boleh jugak goreng.jika mahu dibakar, gaulkan tlebih dahulu dengan sedikit mentega.kemudian akan dibakar sehingga kekuningan.* nak sampai rentung pun boleh.biasanya dalam 30 minit dengan suhu kat london..haha..100-150 darjah kelas celcius..tapi nak main hentam pun boleh.sbb bila bakar adakalanya xmasak sama rata.jadi kalau yang xmasak tu kena ulang bakar balik.kalau goreng pulak, gaulkan dengan garam terlebih dahulu dan baru goreng.
dan hasilnya
p/s : gambar yang kat bawah ni rembat google punye. :)
boleh juga dijadikan biskut :)
Surat Cinta : antara kelebihan tinggal di kampung adalah segalanya segar dari ladang.Salam sayang semua
this entry makes me remember an old memory..
ReplyDeletecerita zaman budak2 dulu..
seriously..
pernah sekali je tengok buah gajus
itu pon sebijik je buah nye n mude
tapi still nak rase gak buah tu macam mane
last2, xtau kenape leyh gatal habis 1 mulut..
haha
hehe..memang la..sebab getah dah air dia..kena prah dulu air dia sebelum makan..cicah ngan kicap.sedap ! tapi suka makan yang kalau masak ngan sayur lemak putih.fuh !
ReplyDeleteCmner nk hlgkn getah gajus jika termsuk mulut..kne pd lidah .adakah memudaratkn tubuh badan?
ReplyDeletesecara perubatan saya sendiri pun tak ada pengetahuan yang lebih boleh memudaratkan atau tak tapi setahu saya kalau terkena pada kulit atau bibir boleh menyebabkan kudis.orang ganu sebut 'nepuh kulit'. biasanya bila kami nak belah biji tu sebelum jemus keringkan getah tu pun kami pakai sarung tangan tebal2 sbb bila kena getah dia seminggu dua jugak nak hilang kesan nepuh.untuk cepatkan proses hilang kesan getah tu biasanya mak saya akan tumbok beras yang dah direndam.buat mcm bedak sejuk.
Deleteni info yang saya boleh kongsi tentang getah jambu ni. maafkan saya kalau ada kesilapan. semoga bermanfaat.
http://kodoutulu.blogspot.my/2011/04/10-makanan-yang-mempunyai-racun.html
thanks share info mcmane nk buat biji gajus tu
ReplyDelete