Thursday, 22 December 2011

Dear Future Husband~

Kerana cinta tak mampu dibicarakan semahunya
Kerana sayang tak  mampu diteriak-teriak
masih ada rasa malu yang tersimpan untuk dibaca
Aku bukan pencinta yang kuat
Masih ada sisa baki ketakutanku
Aku takut dikecewa..
berjalan dalam kegelapan dan melihat segalanya asing
aku takut menjadi pembunuh cinta
Takut aku gagal memapah diri menerima kesakitan
Takut dilihat cengeng bila air mata ini mengalir tanpa segan
Bila langkah yang kuatur seakan pudar
lesu tanpa bicara
mata hanya memandang tangan yang dihulur
Hanya warna yang samar masih kulihat...
Ya disana...masih menanti..
Aku terlupa menjenguk masih ada destinasi yang menantiku dihadapan
Aku terlupa masih ada tangan menanti u dihalalkan
menanti untuk aku berikan kehidupan bukan hanya untuk disini
tapi mencari yang disana bersamamu
Sujud menadah syukur
Rusukku biarlah bersamamu
pencarian yang aku temui hentiannya
Bukan segunung emas jadi pertukaran
Bukan maruah dibeli berangka-angka
hanya
Satu  kejujuran menanti untuk diserahkan
Maharku biarlah bukan untuk membeli maruahku
Akad diriku untuk dimiliki
Dan
Lafaz syukur ku dalam sedu untuk meraih keredhaaNYA bersamamu.
NURUL FATIHAH MOHD SOBRI
15/10/11 : 4:06 a.m

Dear Future Husband..


Mood : berangan habis-habis dengan yang dibawah.heeee :)





- nanti kawin nak jahit sendiri manik2 dan jugak labuci2 kat baju kawin * berangan sambil sengih lebar2

Surat Cinta : bila duk ramai2 dengan kawan ppuan, kmudian bersembang pasal impian kawin.mesti pernah kan?dan bila tengok drama hero & heroin kami.time tu hepi sakan.kalau boleh nak perkahwinan camni camtu..kalau cakap hal impian kawin.it's the best thing ever tahap kalau boleh sampai pagi nak bercakap dari malam* saya mcm ni jugak =_=''..tapi ingat.yang penting adalah ijabnya..keberkatan majlis yang dicari.bukan dunia semata2.
 I'm Going 22 ...beberapa hari je lagi..semoga masih diberikan peluang meneruskan perjalanan hidup ni dan juga saya akan berkahwin. semua orang akan berkahwin.Insya Allah :)

JAWAPAN Jika
Ditanya Tentang Perkahwinan ::

Knpa Lambat? = Kerana Allah tahu
masa yang terbaik untukku.

Dah Bpunya? = Ya.. Kerana setiap org
telah ditetapkan jodoh masing2.

Sapa? = Nanti Allah akan perkenalkan
kpd semua,

Bila? = Bila kami sudah disatukan..
Insya-Allah jemput datang ke
Walimatul urusku nanti :)

Salam Sayang Semua.

No comments:

Post a Comment