Melihat sisa-sisa kebahagian
Mendengar tangisan yang merintih setiap titisan darah
Jijiknya senyuman sebuah kemenangan
Kenapa mesti ada senyuman bila ianya menyakitkan
Kenapa mesti ada luka bila ianya satu kegembiraan
Kenapa mesti aku bertanya pada
Kesakitan yang akan sembuh
Kegembiraan yang akan ada
Dan
Pastinya biasan yang tersurat pabila kaki ini terus melangkah
Pastinya aku jadi kekuatan
Pastinya aku jadi kelemahan
Namun bisakah luka yang tercalar sembuh?
Hanya kerana terasing
Disebalik dinding yang bakal pecah
Jangan menunding
Ianya menjijikan
Melihat senyuman dan keterpuraan
Bunuh hati yang bersalut lumpur pengkhianat
Kerana kedewasaan untuk mengajar
Hari ini kegembiraan untuk dikongsi
Hari ini kebahagian untuk dirasai
sy dan kamu pasti bahagia walaupun kita
Saudara jauh
Saudara yang punya darah yang sama warna
Dan
Saudara yang dicipta untuk bahagia walaupun tidak pernah mengenali
Kerana
Peperangan yang tercipta adalah permulaan
Untuk
Penderitaan sang pengkhianat !
NURUL FATIHAH MOHD SOBRI
5 MEI 2001
kita tidak tahu bagaimana nasib kita pada masa akan datang..
ReplyDeletenamun begitu, kita mampu melakarnya pada masa sekarang..
:)
yup..betul2..kerana itu perbaiki apa yang sedang berlaku sekarang supa tidak memudaratkan apa yang akan datang :)
ReplyDelete