Wednesday 29 May 2013

Nota Cinta Sahabat ♥

Assalamualaikum semua.. 

hai hai semua.. sihat sihat? alhamdulilah.. kalau skit makan ubat ok? 

untuk hari ni, memandangkan terlalu lama tak update..smpat la godek2 skejap dan buatkan nota cinta ni untuk anda semua.. 




Persaudaraan ialah satu ikatan yang menimbulkan perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati dengan cara yang mendalam antara sesama saudara dalam satu aqidah keislaman dan diasaskan atas sifat taqwa serta iman.

Rasulullah s.a.w. bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Muslim:

Bererti:
Seorang Muslim adalah saudara dengan Muslim yang lain, ia tidak akan menganiayainya, tidak menghinanya dan tidak akan mengecewakannya. Cukupkah seorang Muslim itu menjadi jahat semata-mata kerana ia menghina saudara Muslimnya. Darah, harta benda dan kehormatan seorang Muslim itu haram disentuh oleh orang Muslim yang lain. Sesungguhnya taqwa itu hanya di sini (tiga kali sebutan) Sambil baginda mengisyaratkan ke dadanya.

Seseorang muslim itu wajib menjaga lidahnya dari mencerca, mengumpat, mentohmah, mengejek, mengatakan perkataan penghinaan seperti bodoh, gila dan sebagainya, mengkafirkan saudaranya tanpa haq yang benar, dan melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan kecederaan seperti memukul atau kecederaan hati dengan perkataan yang mengakibatkan kebencian sesama muslim. 

kita semua tak sempurna, mungkin ada yang terlepas pandang dan mungkin juga ada yang terlebih biasa, jadi ketika marah, ketika bergurau, ketika melakukan apa sahaja..fikirkan terlebih dahulu kesannya nanti. jum kita sama-sama menjaga hati. inshaaAllah. semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA. salam sayang.

SURAT CINTA : 

Don't walk in front of me; I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Just walk beside me and be my friend.

Friday 24 May 2013

Kun Fayakun.

Assalamualaikum semua..



Dream what you want to dream, go where you want to go, be what you want to be. Because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.

Surat Cinta : 

Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An'am ayat 162 di dalam solat,

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam".

Kalimah yang kita ucapkan pada Allah dengan bersungguh-sungguh itu perlulah kita ingati ketika menjalankan pekerjaan duniawi. Kerja harus dianggap sebagai ibadah yang dimulakan dengan niat yang baik berserta istiqamah. Sabda Rasul SAW,

"Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang." (Hadis riwayat Abu Ya'la)

Semoga segala urusan kita dipermudahkanNYA. Kun Fayakun. Salam sayang. ~ 


Friday 17 May 2013

Surat Cinta untuk Sahabat.~

Assalamualaikum semua...


bukan senang nak berubah, tambahan lagi kita berada dalam masyarakat yang menjadi wartawan secara sukarela. dalam 10 kebaikkan belum tentu kelihatan apabila sudah ditimbus dengan keburukan yang lebih jelas dimata. dalam berdepan dengan hal ni, saya tertarik untuk berkongsi satu petikan,mungkin boleh menyuntik semangat. bukan bajet alim tetapi kerana kekurangan diri sendiri pun masih terlalu banyak perlu diperbaiki.

Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.
Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21


Surat Cinta : 
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.



Wednesday 15 May 2013

Surat Cinta lagiii ~

Assalamualaikum semua..


If you don't go after what you want, you'll never get it. If you dont ask, the answer is always no. If you never step forward, you're always in the same place.~

Surat Cinta : 


*harap maaf.lagu takde kena mengena ngan entri. =_=''


Tuesday 14 May 2013

Blog Siapakah babak akhir~

Assalamualaikum semua.. 

hai hai hai.... sihat? ok.sblum tu..sila lihat gambo di bawah : 


comelkan? teringin tahu takkkkk? belikan boleh? *kelip-kelip mata mintak pelempang.haha..ok..intro dah habis...kat mana nak start?*apesal banyak benor soalan ni? =_=''

alhamdulilah..dah masuk ke part last untuk segmen Blog Siapakah?. Alhamdulilah..terima kasih pada rakan-rakan blogger yang memberi respon, eh..yang letak dalam entri pun ada.alhamdulilah.terima kasih.kek kat atas ambiklah sebagai hadiah untuk korang.jangan lupa print ok?huhu.. *ya Allah..apa budak ni merepek ni! =_=''

tak nak membuang masa, jom kita review lagi blog mereka-mereka yang hebat.opss..sebelum tu..lepas baca  jangan lupa singgah tau !


----------- Blogger Zafirah Fadzlan -----------





cute kan? cik empunya blog lagilah cute..haippp..jangan ngorat..nak ngorat mtk izin mak ayah dia dulu..hehe... masuk ke blog ni, jatuh hati pulak dengan design blog dia yang comel..dan bukan tu aje.entrinya jugak..hasil dari usha-usha, Zafirah ni nampaknya seorang yang aktif join segmen-segmen yang dibuat oleh blogger lain.terbaru jugak dia ada join Giveaway.jum kita support dia.all the best dear.yang lain jangan lupa singgah blog dia ok? :)

untuk next blogger..dia tinggalkan komen di Entri ni Blog Siapakah Part 1 ..jum kite tengok siapa mereka. :) 


-------- Blogger Haruno Hana -------------


mula-mula saya dapat link blog ni di group Fb untuk blogger2..bukak aje,dalam hati terus ''wow..''..tapi salah satu sebab yang membuatkan saya jatuh hati adalah kerana link ini. awas.nanti jatuh cinta ! ha..nak tahu kena tekan dulu ok? gerenti korang pun jadi macam saya. bukan itu aje, alhamdulilah, banyak input berguna yang saya perolehi dari blog budak comel ni. nak tahu.korang kena terjah ok?jangan lupa tau ! tau?! hehe..


----- Blogger Bahrain Ramlan ------




mula-mula masuk ke blog ni, saya terus tekan dekat Tips Blogging. maklumlah..dengan keadaan blog saya yang tak seberapa ni, saya memang suka baca tips-tips blogging ni.tapi tak semua pun saya mampu aplikasikan..huhu..apepun thanks tuan empunya blog,dapat jugak saya input. semalam saya usha sekejap je,tapi hari ni waktu saya jenguk ke blog ni, fulamak..phewittt..kenapa seksi sgt posing ni?haha..haippp..jangan fikir bukan-bukan pulak ! sebelum korang nak fikir bukan-bukan..ha..cepat-cepat terjah blog ni ok?gerenti tak menyesal.jangan lupa singgah ! :) 

----- Blogger Nana Liena -------


entri baru empunya blog ni buat saya ketawa sorang-sorang.hehe.. kreatif ! dalam blog ni jugak saya dapat info mengenai tutorial blog.tapi bukan itu aje, .cer tekan kat Info..ha..banyak sgt perkongsiaan bguna yang ada diblog ni, saya pun tak habis baca lagi tapi inshaaAllah,perlahan-lahan akan baca semua..jom join saya jugak ! jangan lupa tau singgah. :)

-------- Blogger Teto Yaksa --------



masuk ke blog ni,dalam hati terus terdetik..rock uuuu! haha..ala..cite yang Que Haidar berlakon tu.tapi tgk separuh je..separuh lagi cite tu tgk penonton ni balik..huhu.. blog ni pun saya baru sahaja blogwalking..nampak tak tagline tu ''disinilah luahan hati ku''..dari entri yang saya dah baca,blog ni merupakan salah satu diari suka duka penulis. ha..jom lah kita semua jadi kawan.berkongsi pandangan di blog ni.jangan lupa singgah tau ! :)


------- Blogger Tinta Lana ------


nak dijadikan cerita, waktu saya bukak blog ni..macam biasalah adik bongsu saya ada kat tepi.bila tengok aje entri ni Misteri apakah?..hambik..entah berapa kali entah dia duk review aje tgk..tak cukup dengan tu, nak jugak tunjuk kat kawan-kawan dia..haha..bukan tak pernah tgk tapi biasalah budak2.sebelum ni pun bila saya tunjuk gambo camni..ceh..siap suruh simpan lagi.gambo ape?ha..kena la singgah.baru la tahu.selain dari tu.jangan lupa jugak tau skodeng entri-entri lain. jum ! 


ok habis dahhh..tapi kamu,kamu & jugak kamu..ha..semuanya adalah blogger-blogger hebat.maafkan saya jika ada kekurangan sepanjang 4 entri Blog Siapakah..inshaaAllah, next time bila ada peluang saya buat segmen camni lagi.sudi-sudikanlah singgah ye. ha..sebelum tu.nak jemput awaksss semua ke page blog ni. sila-sila la singgah ye.kalau ada yang kurang dan perlu diperbetulkan.jangan lupa tegur tau! jum singgah page saya.eh sebelum tu, jangan lupa jugak singgah blog mereka ok?camtulah kawan.take care.wsalam. :) 

Surat Cinta : 

Jemput singgah : 




Sunday 12 May 2013

Blog Siapakah Part 2.

Assalamualaikum semua..

dah minum petang? bak sini sikit kuih..hehe..alhamdulilah, dah masuk part ke 2 untuk segmen Blog Siapakah..sebelum tu nak tanya dulu..dah singgah blog-blog yang saya preview smalam?kalau dah..alhamdulilah..jangan lupa jengguk kerap-kerap ye.bagi yang belum..nanti dah ada masa, jangan lupa singgah ok? ha..camtulah..kan kita dah cakap sebelum ni awaksss memang osemmm ! *sengih-sengih tunjuk gg arnab..hahaha

ok dah mengarut, tak nak bosankan korang dengan celoteh yang ntah pape ni.jum kita tengok lima lagi blog mereka-mereka yang osemm. :) 

-----------Blogger Megat Fareto Asnami Suhaimi -----------


masuk aje ke blog ni, saya disambut dengan gambo-gambo ayam golek lima bintang..ish..dan saya menelan air liur sendiri sambil menyedarkan diri ''diet diet diet''.. hahaha.. bukan itu aje, waktu saya tengah usha blog ni adik lelaki bongsu saya ada kat tepi, tiba-tiba dia ketawa bila saya tengok gambo dalam entri ni. Awas ! ha cer tekan kalau berani..hehe.. nak tahu aktiviti apa yang menarik dalam blog ni?jum terjah.jangan lupa ok? 


------------ Blogger Muhammad Dhamiri ------


sebenarnya sebelum ni saya dah pernah berkunjung ke blog cuma tidak pernah meninggalkan jejak, tetapi blog ni bagi saya merupakan salah satu blog dakwah yang mana sangat-sangat membantu kita untuk mendalami lebih banyak ilmu-ilmu agama.alhamdulilah.sebagai blogger dan penulis yang bakal disoal kelak atas apa yang kita tulis, semoga apa yang kita tulis memberi manfaat kepada pembaca kita.perkongsiaan dari penulis untuk bahagian Akidah, Fiqh dan juga hadis blh membantu kita untuk dijadikan rujukan. terima kasih kerana memberikan perkongsiaan yang sgt-sgt membantu. jangan lupa singgah diblog ni ok dan pastinya anda ingin kembali lagi. inshaaAllah. jangan lupa tau?tau?tau? good ! :)


---------- Blogger Azwar Syuhada ----------------


yeahhh..saya setuju dengan tagline blog ni ''hidup ni penuh warna warni bagaikan pelangi selepas hujan'' sebab dalam hidup ni walaupun kita akan rasa sakit, susah tapi penghujungnya nanti inshaaAllah.bahagia pasti ada.bila baca first entri..haish..dah tahu dah rupanya dia pun geng Running Man.yeahh..samelah kita.suka sgt tengok running Man.hehe.. All the best miss Azwar..moga-moga dapat la hadiah tu ye. nak tahu hadiah ape?ha..kena la terjah blog dia.. jangan lupa ok? :)


-------------- Blogger Lydia Sari --------------


Blogger ni merupakan ibu kepada 2 orang putera yang sgt-sgt comel ! serius ! jatuh cinta tgk mata-mata booolat diorang.hehe..nak tgk dorang kena la terjah blog dia..bila godek-godek post yang ada baru tahu rupanya blog ni baru lagi kerana post pertama adalah pada 28 April tahun ni. tapi appeun bila baca post-post kat blog ni sempoi aje cara dia menulis.*bukan bodek tau.so jangan lupa berikan sokongan anda untuk blog ni.jangan lupa singgah ok? :) 


--------- Blogger Piranti Sakinah -----------



Blogger ni masih baru jika dilihat pada entri yang dipost.jadi jum sama-sama berikan sokongan untuk dia terus menulis..saya suka entri Bimbang yang ditulisnya. kata-kata puitis yang dicoretkannya..haishh..untuk seseorang kah?*alamak..menyibuk pulak.gurau aje. hehe..apepun korang jangan lupa ye singgah dan berikan sokongan. ha..camtulah kawan ! :) 

orait.. fuhhh..5 lagi blog dah direview..anda-anda semua yang membaca jangan lupa singgah tau ! sape singgah dia dapat hadiah yang takde jual kat kedai. nak cari jual kat Tesco pun takde ok? salam persahabatan semua..jangan lupa singgah tau! tau? tau?? nanti kita belanja coki-coki..tapi syaratnya kena gi beli sendiri.hehehe..jumpa lagi next entri.jangan noti-noti ok? wsalam. eh jangan lupa baca surat cinta kat bawah. Tq :)



Surat Cinta : 

When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.

ilebiusahabat





Saturday 11 May 2013

Blog Siapakah Part 1

Assalamualaikum semua...

sambungan dari entri semalam : Blog siapakah? , alhamdulilah..terima kasih kepada yang memberi sokongan dan ikut langkah2 yang diberi. awakss memang ohsemm ok? *kelip-kelip mata. hehe.. 

semalam saya baca satu persatu blog, tersenggih sorang2 dibuatnya..hehe..xnak berceloteh panjang.jom kita usha blog-blog hebat kat bawah:  

-------  blogger Muhammad Faiz Mohamed Saaid -------


memandangkan dia orang pertama yang komen entri yang saya buat semalam, saya terus ke blog dia usha2 entri dia, dan yang bestnya beliau merupakan salah seorang tetamu jemputan dalam program Semanis Kurma terbitan tv9. bukan tu aje...kalau anda nak dapatkan produk SHAKLEE,jom ke blog dia...apa lg cite menarik?nak tahu?ha..kena la BW ke blog dia.jangan lupa singgah ok? :)


---------- Blogger M. Hakim Faiz --------



mula-mula masuk ke blog ni, widget pertama yang menarik perhatian saya gambo-gambo yang bgerak tu..hehe.. bila saya usha-usha entri dia, rupanya dia seorang aktif join macam-macam segmen yang dibuat oleh blogger-blogger lain jugak. takleh explain banyak2, sbb korang kena g BW sndiri ok? jangan lupa ! :)

------------ Blogger Fitri Amil --------



ha..blog Kisah Ayu dan Ali ni memang kretif, dengan katun yang comel pulak tu.dan dialog yang ada maksud tersirat.amboi..garang jugak ye cik ayu ni..hehe..apepun.jum berikan sokongan kepada blog ni sbb memang kreatif cara beliau menyampaikan apa yang tersirat. jangan lupa singgah ok? 


---------- blogger Sharifah Al qhadri -------


dalam komen ada cik Sharifah tulis ''bersama kita dakwah ye saudari''.. inshaaAllah..terima kasih sahabat.semoga dipermudahkanNYA segala urusan kita semua.. salah satu entri yang menyentuh hati saya adalah ''warkah aku untuk kalian''.. tapi bukan itu ada.memang ada banyak lagi entri yang pastinya anda semua akan jatuh cara dengan coretannya.so ape lagi..cepat-cepat ke blog dia ok? 


-------- Blogger Mirah Graphic --------


''menulis kerana Allah S.W.T''..inshaaAllah semoga kita semua sama-sama tetapkan niat apa yang kita tulis di blog kita adalah keranaNYA dan semoga bermanfaat untuk saudara mara kita diluar sana. masuk ke blog ni, memang kreatif..doodle dia memang comel. saya sempat jugak usha-usha entri dia. so kalau korang nak tahu lebih lanjut..jangan lupa jugak ke blog ni ok? :) 


aikk..dah habis?haipp..tunggu..! ini baru lima..kalau dilihat pada komen di entri ni : Blog Siapakah , ada lagi yang belum direview..inshaaAllah..saya akan review secara bperingkat..so sape-sape yang berminat nak join jugak jangan lupa komen di link entri ini Blog Siapakah ok? sebelum tu, jangan lupa melawat blog-blog mereka kat ats, dan pastinya anda semua akan jatuh cinta.jumpa lagi di entri akan datang.(inshaaAllah esok..hehe). wsalam. :)

Surat Cinta : 


"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia." (Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).





Friday 10 May 2013

Blog siapakah?

Assalamualaikum semua..

dah mandi?dah sarapan?haipppp...taik mata tak hilang lagi?ayyyooo..hehe.. dah baca surah kaffi semua? jangan lupa ok? :) *banyak soalan betul ! huhu

“Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR An Nasa’i dan Baihaqi)

tak nak melalut panjang2, niat dihati nak menambah kawan dan memandangkan 2 3 ni duk mai balik dah kegilaan skodeng blog-blog yang dicadangkan oleh kawan-kawan  ada yang juga hasil dari duk tukar-tukar link kat group fb..blog sape?haish..blog awaklah ! sape?awaklah! hehe.. nak dijadikan cerita, terniat dan terfikir nak buat entri khas untuk review blog-blog yang semuanya memang meletup.blog sape?haishh..kan dah bagitahu..blog awaklah ! a'a..awak yang tgh baca ni..shy shy cat pulak nak ngaku..ngeee *kelip-kelip mata. 

hadiah?maafla..segmen ni takde hadiah TV Plasma  4 5 6 7 inci..takde mesin basuh yang blh jemur kain terus pas basuh..takde hadiah mahal-mahal..yang ada cuma hadiah sebuah perkenalan dari seorang blogger dengan rakan-rakan blogger yang lain.. sebab tu lah tujuan utama saya. ok..syarat-syaratnya pulak  yang penting adalah selepas blog-blog yang meninggalkan LINK untuk direview dah direview.inshaaAllah,saya akan review secara berperingkat sebab nak tgk dulu sambutannya macam mana.maklumla..blog saya sendiri pun entah ada ke tidak yang baca (ceh..drama sedih pulak..huhu) ..sila-sila la melawat mereka dan follow serta tinggalkan komen.siapa tahu komen-komen yang kita berikan dapat membantu memperbaiki apa yang kurang dan menambahbaik lagi apa yang sedia ada.. oklah..macam mana nak join? jum baca step by step : 

LANGKAH PERTAMA : 

 ini adalah page rasmi untuk blog saya, jemputla singgah dan berikan sokongan anda.tekan LIKE atau SHARE post-post yang ada. 

LANGKAH KE-2 


yeahh...inilah dunia saya..anda boleh dapatkan LINK untuk ke blog ni dengan tekan link yang saya letakkan di page. eh..kalau dah baca entri ni maknanya dah masuk ke blog saya la kan? hehe *soalan mintak pelempang. =_='' 
Sila la follow blog ini dan tinggalkan komen dientri. yang penting jangan lupa tingalkan LINK ok? sebab saya akan review link anda dan letakkan gambo blog anda nanti. izinkan saya printskrin blog anda ye. :) 

LANGKAH KE 3

dan yang pastinya lepas tu jangan lupa singgah blog mereka-mereka yang direview. jom kita jadi sahabat. :) 


SURAT CINTA : 

Rasulullah saw bersabda: "Sesama muslim itu bersaudara. Oleh karena itu, jangan menganiaya dan jangan mendiamkan. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, niscaya Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Siapa saja yang menutupi kejelakan seorang muslim Allah akan menutupi kejelekannya pada hari kiamat." (HR.Bukhari dan Muslim)



Thursday 9 May 2013

Jangan SHARE lagi !

Assalamualaikum semua.. 

SILA LIHAT GAMBAR DIBAWAH DAN BACA TULISAN DIBAWAH SEHINGGA KE TITIK TERAKHIR ! INI ARAHAN. ~ 


memandangkan 2 3 hari ni di fesbuk penuh dengan share gambo diatas..saya tertarik untuk kongsikan disini mengenai ''REJAB DAN SALAH FAHAM'' , artikel ini saya dikongsi oleh kawan saya difb dari page : DokumentariKuliahStudio



Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan bahawa bulan ini samalah dengan bulan-bulan lain. Untuk mendapat gambaran ringkas tentang tuntutan al-Sunnah di dalam bulan ini perhatikanlah kenyataan-kenyataan berikut:

1. Al-Quran menjelaskan bahawa bulan Rejab adalah salah satu daripada al-Ashhur al-Hurum (bulan-bulan haram). Firman Allah Ta‘ala (al-Taubah 9:36):
Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah SAW :

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَةِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ [3]

Maksudnya: Sesungguhnya waktu telah kembali seperti keadaannya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Satu tahun mempunyai 12 bulan. Di kalangannya 4 bulan haram, 3 berterusan; Zul Qi‘dah, Zul Hijjah dan al-Muharram serta Rejab kabilah Mudar di antara Jumada dan Sya‘ban.

2. Tiada solat khas dalam bulan Rejab:

وقال النووي رحمه الله تعالى "واحتج به العلماء على كراهة هذه الصلاة المبتدعة التي تسمى الرغائب قاتل الله واضعها ومخترعها فإنها بدعة منكرة من البدع التي هي ضلالة وجهالة وفيها منكرات ظاهرة وقد صنف جماعة من الأئمة مصنفات نفيسة في تقبيحها وتضليل مصليها ومبتدعها ودلائل قبحها وبطلانها وتضلل فاعلها أكثر من أن تحصر" 4]]

Maksudnya: Imam al-Nawawi telah berkata ‘Para ulamak telah berhujjah dengannya ke atas kebencian solat yang yang bid‘ah ini yang dinamakan al-Raghaib. Semoga Allah memerangi pemalsunya dan penciptanya. Sesungguhnya ia adalah bid‘ah yang munkar yang terdiri daripada bid‘ah-bid‘ah yang sesat dan kejahilan. Di dalamnnya terdapat kemungkaran yang jelas. Sekumpulan para ulama telah menulis tulisan-tulisan yang bermutu dalam memburukkannya dan menyesatkan orang yang bersolat dengannya dan menciptanya. Dalil-dalil berkenaan kekejiannya, kebatilannya dan kesesatan pembuatnya amat banyak sehingga tidak terbilang.

وقال الحافظ ابن رجب رحمه الله تعالى " فأما الصلاة فلم يصح في شهر رجب صلاة مخصوصة تختص به والأحاديث المروية في فضل صلاة الرغائب في أول جمعة من شهر رجب كذب وباطل لا تصح وهذه الصلاة بدعة عند جمهور العلماء ... وأول ما ظهرت بعد الأربعمائة فلذلك لم يعرفها المتقدمون ولم يتكلموا فيها " ا.هـ( لطائف المعارف / 228) .

Maksudnya: Berkenaan dengan solat, di dalam bulan Rejab tidak terdapat solat yang khas untuk bulan ini. Hadith-hadith yang diriwayatkan berkenaan kelebihan solat al-Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab adalah penipuan dan batil serta tidak sah. Solat ini adalah bid‘ah di sisi kebanyakan ulama. Kali pertama solat ini muncul ialah selepas tahun 400. Oleh sebab itulah ianya tidak diketahui oleh ulamak terdahulu dan mereka tidak membincangkannya.

3. Berpuasa di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:

قال ابن القيم "كل حديث في ذكر صوم رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى"[5]

Maksudnya: Semua hadith yang menyatakan puasa bulan Rejab dan solat sebahagian malam-malamnya adalah penipuan yang direka.

وقال الحافظ ابن حجر " لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معيَّن ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة " ا.هـ تبيين العجب / 11 ( وأنظر : لطائف المعارف /228 )

Maksudnya: Tidak terdapat hadith sahih yang boleh dijadikan hujah berkenaan kelebihan bulan Rejab, puasa bulan ini, puasa hari-hari tertentu bulan ini mahupun bangun malam tertentu pada bulan ini.

4. Membuat umrah di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:

Setakat ini, belum lagi ditemui hadith sahih yang menerangkan kelebihan umrah di bulan Rejab. Ya, terdapat beberapa riwayat golongan Syi‘ah yang mengatakan umrah bulan Rejab adalah umrah yang terbaik. Akan tetapi Ahl al-Sunnah tidak menerima periwayatan mereka di samping riwayat tersebut tidak bersambung kepada Rasulullah SAW.

5. Malam al-Isra’ wal-Mi‘raj tidak sah pada malam ke 27 bulan Rejab:

قال الحافظ ابن كثير الدمشقي رحمه الله تعالى: (وقد أورد-أي عبدالغني المقدسي- حديثاً لا يـصـحّ سـنـــده ذكرناه في فضائل شهر رجب أن الإسراء كان ليلة السابع والعشرين من رجب والله أعلم. ومن الناس من يزعم أن الإسراء كان أول ليلة جمعة من شهر رجب, وهي ليلة الرغائب التي أُحدثت فيها الصلاة المشهورة, ولا أصل لذلك والله أعلم) [6]

Maksudnya: al-Imam Ibnu Kathir telah berkata (Abdul Ghani al-Maqdisi telah meriwayatkan sebuah hadith yang tidak sah sanadnya dan kami telah jelaskan dalam ‘Fadail Shahr Rajab’ bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada malan ke-27 bulan Rejab, Allah jua yang lebih mengetahui. Ada juga di antara manusia yang menyangka bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada Jumaat pertama dalam bulan Rejab, iaitulah malam al-Raghaib yang dicipta padanya solat yang masyhur, sedangkan tiada asal bagi perkara ini, Allah jua yang lebih mengetahui.)
Kesimpulannya, amalan-amalan di bulan Rejab adalah sama seperti amalan-amalan di bulan-bulan lain. Perkara yang membezakannya ialah bulan ini tergolong dalam bulan-bulan haram yang mana kezaliman dan peperangan tanpa sebab amat dimurkai oleh Allah Ta’ala berbanding dengan bulan-bulan lain.
Rujukan :
[1] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Man Aqsama ‘ala Akhihi Liyuftir, No. 1832.
[2] HR al-Bukhari, No. 5523. Juga Muslim, No. 782.
[3] HR al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Hajjah al-Wida’, No. 4054. Juga Muslim, Kitab al-Qasamah Wa al-Muharibin Wa al-Qisas Wa al-Diyat, BabTaghliz Tahrim al-Dima’ Wa al-A‘rad Wa al-Amwal, No. 3179.
[4] Sila lihat al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Jil. 8 Hlm. 20.
[5] Sila lihat Ibnu al-Qayyim, al-Manar al-Munif, Hlm. 96.
[6] Sila lihat Ibnu Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jil. 3 Hlm. 136-137.
[7] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Saum Sya‘ban, No. 1834. Juga Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Siyam al-Nabi s.a.w. Fi Ghair Ramadhan Wa Istihbab An La Yukhliya Shahran ‘An Saum, No. 1957.
[8] HR Ibnu Abi ‘Asim, Ibnu Hibban dan lain-lain, dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1144.
[9] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah al-Saum Fi al-Nisf al-Thani Min Sya‘ban Li Hal Ramadhan, No. 669.
[10] HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab La Taqaddamu Ramadhan Bi Saum Yaum Wa La Yaumain, No. 1912.
[11] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah Saum Yaum al-Syak, No. 622. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud, No. 686."


SURAT CINTA : 
semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.pengajaran bersama : sebelum share atau post pape pasal hadis, jangan main copy paste aje.mesti pastikan sahih dulu.camne nak tahu sahih ke tak?tanyalah.sebab kalau tak ''malu bertanya sesat jalan''. salam sayang.muahh !  :) 

Sunday 5 May 2013

Mana Yang Kita Pilih

Assalamualaikum semua..

tertarik untuk saya kongsikan disini antara Kata-kata Prof Muhaya yang dpt memberi manfaat untuk kita bersama. 


" Mana Yang Kita Pilih...

Penghargaan Manusia ATAU REDHA Allah"

Andai kita buka aib orang..,Allah akak buka aib kita.

Mungkin bukan sekarang,

Tapi 

Mungkin akan datang..

Mungkin akan terkena pada anak cucu kita!

Ingatlah!

Tujuan hidup kita ialah mencari 

REDHA ALLAH.

Hidup tidak akan stress andai kita bergantung kepada

ALLAH 

semata-mata.


Andai kita mengharap akan 

PENGHARGAAN MANUSIA,

Kita akan stress !

Kita akan suka bila dipuji..

& bila tidak dipuji Kita pasti akan merasa kecewa

Tujuan hidup kita ialah mencari 

REDHA ALLAH..

Kerana hati akan TENANG bila hidup kita 

bergantung 

kepadaNya semata-mata.

Jadi..

Betulkan niat dalam segala kerja buat kita

semata-mata kerana

ALLAH .

Surat Cinta :




Saturday 4 May 2013

PRU13

Assalamualaikum semua...

kalau nak bercakap gosip apa paling hangat minggu ni..konfem-konfemlah pasal ''PRU13''..oooo yeahh ! esok mengundi..dan salah satu undi adalah dari saya.InshaaAllah.
 
Allah berfirman:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (Al-Baqarah: 30)

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. 
(Adz-Dzaariyaat: 56)

Rasulullah SAW. bersabda:
Dari Abdullah bin Umar RA. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:“Masing-masing kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya. Seorang amir (Presiden) yang memimpin masyarakat adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggung jawaban kepemimpinannya atas mereka.Seorang laki-laki (suami) adalah pemimpin atas ahli (keluarga) di rumahnya, dia akan dimintai pertanggung jawaban kepemimpinannya atas mereka. Seorang perempuan(isteri) adalah pemimpin atas rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dia akan dimintai pertanggung jawabkan kepemimpinannya atas mereka. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dia akan dimintai pertanggung jawabkan kepemimpinannya atas harta itu. Ketahuailah masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggung jawabkan kepemimpinan atas yang dipimpinnya”. (HR.Bukhari)

Begitu berat tanggung jawab setiap pemimpin, ia harus siap dan dapat mewujudkan perilaku yang termuat dalam kriteria di atas dalam hidup kesehariannya.Sehingga tercipta suatu keadaan dimana pemimpin mencintai dan memperjuangkan kepentingan rakyat, dan kerananya semua rakyat pun mencintai dan mendukung kepemimpinannya.

Rasulullah bersabda:
Dari Auf bin Malik al-Asyja’i ia berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW.bersabda: “Sebaik-baik pemimpinmu adalah orang-orang yang kamu semua mencintainya dan mereka semua mencintaimu, kamu semua mendoakan kesejahteraan buat mereka, dan mereka mendoakan kesejahteraan buat kamu. Dan seburuk-buruk pemimpinmu adalah orang-orang yang kamu semua membenci mereka dan mereka membenci kamu, kamu semua melaknati mereka dan mereka melaknati kamu”. Kami bertanya: “Ya Rasulullah apakah tidak sebaiknya kita singkirkan mereka? Rasulullah menjawab: “Jangan, selama mereka masih mendirikan shalat. Ketahuilah, barang siapa yang diberi kekuasaan, lalu masyarakat melihatnya menjalankan suatu perbuatan yang bermaksiat kepada Allah, hendaklah masyarakat membenci perbuatan penguasa yang bermaksiat ke pada Allah itu, dan janganlah ia menarik diri dari ketaatan (pada yang baik). (HR. Muslim, Ahmad, dan Ad-Daromi).

dan tertarik untuk saya kongsikan disini juga salah satu hadis yang ada menyebut : 

Rasulullah SAW. bersabda:
Dari Abi Hurairah RA. Berkata: “Rasulullah SAW. melaknat penyuap dan penerima suap dalam perkara hukum” HR. Ahmad dan al-Arba’ah. Imam Tarmidzi menganggap hadis ini hasan, dan Ibn Hiban menganggapnya sahih.
Dari Abi Hamid as Sa’idi sesungguhnya Rasullah SAW. mengangkat seorang pegawai, lalu selesai melaksanakan tugas datang mendatangi Rasulullah dan berkata:“Ya Rasulullah, harta ini untukmu (bahagian Negara) dan yang ini adalah hadiah yang aku terima”. Lalu Rasulullah bersabda kepadanya: “Mengapa engkau tidak duduk saja di rumah bapak dan ibumu,lalu engkau tunggu apakah engkau akan diberi hadiah ataukah tidak?!”. Kemudian selesai menunaikan shalat Isya’bersabda Rasulullah SAW.:“Amma ba’du, Ada apa dengan pegawai yang telah aku angkat ini, ia datang menemui kita dan berkata: “Harta ini bahagianmu (milik Negara), dan yang ini sebagai hadiah untukku”, Mengapa ia tidak duduk saja di rumah bapak dan ibunya, lalu ia menunggu apakah ada yang akan memberinya hadiah atau tidak?, Sungguh demi Dzat yang jiwaMuhammad ada dalam genggaman-Nya!, Janganlah salah seorang diantara kamu menyalahgunakan dari harta itu sedikitpun, kecuali ia akan datang pada hari kiamat dengan memikul harta itu, kalau harta itu berupa unta ia akan meringkik, kalau berupa sapi ia akan mengemoo, kalau ia berupa kambing, ia akan mengembek, aku telah menyampaikan berita ini”. Berkata Abu Hamid: Lalu Rasulullah menganglat tangannya,sehingga kami dapat melihat putih ketiaknya. (HR. Bukhari).

Semoga perkongsiaan ini memberi manfaat untuk kita bersama. yang baik datangnya dari DIA, dan yang serba kekurangan datangnya dari hamba yang lemah ini.. jangan lupa keluar mengundi esok..semoga dipermudahkanNYA.
 inshaaAllah. 

Surat Cinta : 
Politik tak kotor. yang mengotorkan Politik ialah ahli tu sendiri. kalau politik itu kotor, takkan Nabi s.a.w juga mengamalkan politik? ~ :) 

*yang mana satuu... pilihan hati... cewahhh

Gambar sekadar sentapan ulu hati dan urat ketawa..hee 


Thursday 2 May 2013

NO COPY PASTE !

Assalamualaikum semua...

pernah tak anda mengalami satu situasi dimana orang-orang sekeliling anda cuba mengubah anda menjadi seperti mereka? kalau yang baik cth dari pemalas kepada rajin..itu boleh diterima. tapi dari perkara yang rasanya tak perlu atau dalam erti kata lainnya dok wajib pun nok kena jadi gitu ! pernah ?pernah? sape pernah angkat kening cepat! hehe.. 

contoh yang paling mudah nak bagi adalah bila kita masuk ke alam baru, bukan alam bunian ye..cthnya gi sambung belajar..jumpa macam-macam jenis orang. pengalaman saya sendiri, memang saya akui saya pernah rasa rendah diri, tambah2 lagi inci memang dah kurang tapi alhamdulilah..ayah menyedarkan saya bahawa saya tak perlu menjadi orang lain semata-mata untuk disayangi sebab kasih sayang yang kita terima bila kita terpaksa menjadi orang lain adalah kasih sayang yang bila-bila masa je boleh hilang. orang yang sayangkan kita akan terima kita seadaanya dan kalau ada yang tak kena, mereka akan cuba bantu kita ubah apa yang diri kita sendiri perlukan dan bukannya untuk kepentingan peribadi mereka. 


SURAT CINTA :

Always be a first version of yourself, instead of a second version of somebody else.