Saturday 31 August 2013

Entri Berbau Durian.

Assalamualaikum semua..

fuhhh..berhabukkkk ! nak bt camne empunya blog bajet busy mengalahkan orang yang busy busy..busy body. ..eh? haha..yang tu tak termasuk.

nak dijadikan cerita, semangat nak update dr semalam..maka merancang la nak update dgn bt entri pasal durian crepe, tapi nak bt camne..dah hampir nak siap baru tringt..dan kesimpulannya tak ambik gambar pun proses nak durian crepe ni. maklumla..kalau dah nama pun update pasal masakan, xkan nak tunjuk yg dah siap trus..xlengkap la..huhu tapi nk bt camne..durian crepe dah siap nak masuk dlm mulut baru nak ingt.. *maluuu..booooo sama dia..hahaha

tapi xpelah..nahh ! saje nak bg tliur. *kejam gila niat. huhu..

ha..resepi..resepi ni pun ambik dr google gak kat sini : Resipi Durian Crepe . jemputla singgah, banyakkk sgt lagi resepi lain selain dari durian crepe. inshaaAllah bermanfaat.kalau dah cuba jgn lupa pos sikit. hihi


ok ni dia resepi yang saya ambik dari blog kat atas. 


Bahan-bahan ( 30 bantal )
250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna
 

Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.


Cara-cara
Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.


mudahkan? jadi jangan lupa cuba ok?selamat mencuba semua. ok nak g makan dulu..bismillahiramanirahimm... ~





Surat Cinta : 

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"

Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan.

Bacaan penuhnya ialah :

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari ini dan hari-hari akan datang, serta menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur dgn nikmatNYA. Amiiin ya rabbal alamiin.


Sunday 18 August 2013

Stop...

Assalamualaikum semua..

hai hai hai..tak banyak nak cakap.cuma nak bg surat cinta penuh kasih sayang *suweet cam gula tak? haha


Surat Cinta : 
Someone will always be prettier, someone will always be smarter but they will never be you. so don't change. be yourself. 
* (eh tapi kalau yang buruk atau yang perlu diubah kenalah ubah, yang TAK jangan gatal2 nak ubah)


Sunday 11 August 2013

'Sentapan' Minda Hari Raya.

Assalamualaikum semua..

ehem ehem..selamat hari rayaaaaa ! alhamdulilah dah masuk hari raya ke 4 dah. punya la pemalas empunya blog ni raya ke 4 baru nak update.huhu.. amacam raya?banyak duit raya?makin berkurang? fuhh.. konfem makan tak ingat dunia kan? kihkih.. haip haipp.. raya raya jugak tapi jangan la sampai dari pakai baju peplum bertukar jadi mempelam nanti.hihi.. apa yang penting, bersederhanalah. :) 

sebut pasal SEDERHANA ni, tu lah tujuannya update blog.ewah..kata kunci la kiranya ni.biasalah kalau sebut pasal raya kan..sana sini bergaya sakan..baju raya untuk sebulan raya pun tak habis pakai, tu belum lagi termasuk dengan majlis raya, kuih-kuih raya berkotak-kotak..alahai... blh simpan untuk raya tahun depan pulak.haaaa..kalau sampai camni kisahnya cuba tenangkan diri sekejap..buat kira-kira dan sambil-sambil tu bukak google cari gambar camni



ni bukan gurauan tapi satu sentapan minda untuk kita ingatkan diri sendiri dalam kita bermewah kat luar sana ada saudara mara kita yang masih kekurangan.disaat kita meraikan syawal dengan pakaian baru dan makanan yang melebih-lebih masih ada saudara mara kita diluar sana hanya mampu melihat. 

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." [Surah al-Israa : 27]


saya tak pandai nak hurai panjang-panjang tapi secara ringkas dan apa yang saya cuba nak sampaikan ni bukan untuk berlagak jadi baik ataupun jugak untuk jadi ustazah sepertimana yang menjadi label bila kita cuba menyampaikan apa yang baik tapi sebenarnya ingatan untuk diri saya sendiri juga. Ingat..selepas hari raya masih banyak lagi perkara menanti dan yang pastinya memerlukan lebih banyak perbelanjaan jadi berpada-pada dalam berbelanja untuk berhari raya. jangan kerana nak beraya sakan merana badan. jadikan Aidilfitri sesuai dengan tujuannya diraikan dan yang pastinya ada yang lebih manis dan berkat boleh kita capai jika kita memahami erti sebenar aidilfitri. ok jom siap-siap untuk sambung beraya ! hihi.. Jaga diri. :) 


Surat Cinta :