Monday 30 July 2012

Pakej Percuma dengan Merokok.

Assalamualaikum semua..

Alhamdulilah..sudah hari ke 11 kita berpuasa. bersempena dgn bulan yang mulia ni, langkah kita untuk ke arah lebih baik bukan hanya dalam melipatgandakan amal ibadat,tetapi juga dalam penjagaan kesihatan diri.bulan-bulan puasa ni, alhamdulilah..kurang sikit tercemar udara dgn racun pembunuh. tapi bila azan maghrib mula kedengaran,bagaimana?kepulan asap mula bebas menari-nari di udara. saya bersyukur,kerana ayah & adik2 lelaki saya bukan pemakan asap. tapi bagaimana dgn mereka-mereka di luar sana? sebagai cthnya jika berbuka puasa di luar,mereka-mereka yang pentingkan diri langsung tidak memikirkan mereka-mereka yang sedang menjamu selera.malahan diseret sama mereka yang tidak bersalah untuk menyedut asap pembunuh. sedih kan? 

kepada pemakan asap sekalian,kami menasihati kerana kami sayangkan anda, sedar atau tak selama ni, dengan membelanjakan 50 sen untuk sebatang rokok, anda semua telah membelanjakan : 
-24 sen untuk cukai hasil tembakau
-14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
-5 sen untuk peruncit
-1 sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
-i sen untuk dinikmati penanam/ pengawit tembakau.

ha..cepat-cepat kira berapa sen harga sebenar sebatang racun tu? nilai sebenarnya hanya 5 sen. bnyak mana dah rugi?50 sen tu kalau buat beli coki2 dah dapat 5.sedap pun sedap.huhu.. time anda duk hisap racun tu, dalam masa yang sama..racun tu bagi pakej hadiah, jangan tak tahu pulak..stiap kali anda hisap racun tu..anda dapat : 
-20 kali lebih risiko kanser paru-paru 
-10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
-10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
-4 kali lebih ancaman serangan jantung
-2 kali lebih risiko serangan strok
-50 % risiko kematian akibat tabiat merokok.

dan pakej paling utama, anda menghadiahkan penderitaan kepada orang yang tak bersalah dan mereka-mereka yang menyayangi anda. tak bersalah ke kita buat orang yang kita sayang menderita?

SURAT CINTA : 
jadikan bulan ramadhan ini sebagai permulaan untuk berhenti dari menjadi hamba asap. anda sihat, mereka pun sihat.katakan TAK NAK MEROKOK ! :D





Saturday 28 July 2012

Surat Cinta.

Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah..masuk hari ke 8 kita berpuasa.. bagaimana?atau ada yang dah ponteng?haishh.. takkan sambil mandi sambil minum air plak dah tua2 ni?huhu..  cepatnya masa berlalu kan?dah hari ke-8..sepanjang 8 hari kita bersama Ramadhan..semoga amalan kita bukan hanya sekadar lapar dan dahaga semata-mata. Insya Allah.

saya bukanlah blogger yang dah btahun-tahun menaip entri-entri untuk dikongsi, dan saya juga tak terfikir untuk mencari nama melalui apa yang saya tulis. kecewa dan terkilan. sejujurnya saya mintak maaf jika entri yang saya tulis tidak disenangi atau juga membuatkan anda merasakan saya nak tnjuk alim,blagak bagus & bla..bla..terima kasih. ianya kritikan membina. tetapi saya mintak sgt-sgt, jangan dihina apa yang saya tulis jika ianya adalah perkongsiian dari hadis-hadis yang saya sendiri juga sedang belajar mendalaminya.

Dear rakan pembaca,

    saya menulis bukan untuk menjadi fenomena atau juga menjadi ikutan untuk anda semua.saya menulis kerana ini jiwa saya. memang diakui pada awalnya blog ini secara tidak serius, tetapi lama-kelamaan,apabila saya mula menulis., dapat berkongsi apa yang saya belajar dan pengalaman yang saya alami. bagi saya ianya satu cara baru untuk saya membuat sedikit kebaikan dalam masa berjam-jam saya mengadap laptop tak tentu hala. 

saya tak boleh menghalang persepsi anda pada saya. kerana ianya Hak anda.tapi disini,saya mahu mencari ilmu. belajar menjadi lebih baik dari semalam.kalau hanya kerana post-post islamik,anda meletakkan persepsi saya ''tunjuk alim'' atau juga ''berlagak baik'', Alhamdulilah. terima kasih kerana sekurang-kurangnya anda membaca post saya. membaca entri yang saya tulis. tapi jangan disalahkan ilmu yang dikongsi untuk melepaskan rasa benci atau menyampah pada saya. ianya agak ''tak cerdik'' disitu. :)

soal follow mengFollow ni. memang diawal-awal ada blog, saya pun selalu post' ' follow balik ', tapi lama-lama kelamaan bila manusia yang asyik '' Done follow you, follow back''tapi sebenarnya mereka tak follow pun kita. then i stop to say '' follow you,follow me back''. bukan apa,berbalik kepada niat sebenar saya mnulis. bukan untuk mencari pengikut atau jugak jauh skali untuk cari nama. tapi saya mahu berkongsi ilmu yang saya ada. kalau awal-awal saya ada blog dulu tujuannya nak ceritakan pengalaman praktikal saya. start dari hari tu, saya blogwalking dgn menyapa teman-teman di blog dgn tujuan untuk membaca apa yang mereka update. atau jugak untuk terjah-terjah membaca kisah-kisah didunia luar dari dunia saya.tapi bagi mereka-mereka yang masih follow saya, saya akn follow balik. yang tak follow pun saya follow. sebabnya saya juga belajar banyak perkara dari apa yang mereka tulis. Terima kasih kongsi ilmu. :D

apa yang kita tulis hari ini,itulah yang kita akan jawab disana. ye..kerana itu lah saya cakap tadi. dalam berjam-jam masa yang saya ada mengadap laptop ni, kalau boleh saya nak jugak buat kebaikkan. bukan sebab nak tunjuk baik jauh skali nak tunjuk alim. kita semua sama sahaja, tak ada yang sempurna. kalau ada kesilapan saya. perbetulkan.bukan dgn cara menjaja blog dan meletakkan persepsi dari diri anda sendiri.  saya menerima kritikan yang diberi.malahan berterima kasih.seperti yang orang kawan ''pihak lawan adalah cermin yang terbaik bukan?''. saya bukan hot star pun . bagai saya,seseorang blogger yang berjaya adalah apabila ilmu yang disampaikannya diterima dan sedikit sebanyak membantu mereka-mereka yang sedang belajar. blog adalah salah satu medium untuk kita menyebarkan ilmu yang kita ada.bukan duk sebar gosip-gosip panas saja ok?!. jadi apa kata kita jadi kawan. dan sama-sama belajar dan kongsi apa yang kita ada.boleh bukan?Terima kasih sudi menjenguk. Selamat Berpuasa & semoga urusan kita dipermudahkan dalam menjalani ibadat kepadaNYA. :D


SURAT CINTA :



Friday 20 July 2012

salam ramdhan al-Mubarak

Assalamualaikum semua..

 ''wahai orang-orang yang beriman.diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana mana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu,semoga kamu bertaqwa.'' ( surah AL-BAQARAH. ayat : 183)

Alhamdulilah, sekali lagi kita bertemu dgn Bulan yang penuh dgn keberkatan dimana dibukakan semua pintu Syurga dan tertutupnya semua pintu Neraka.

"Sahaja aku berpuasa pada esok hari, selama sebulan, pada bulan RAMADHAN wajib keatas ku kerana ALLAH TAALA"
 
 bagaimana?sudah bersedia semua?kembali semula ke zaman persekolahan ketika belajar Pendidikan Agama Islam, Puasa dari segi bahasa adalah menahan diri daripada sesuatu. manakala dari segi syarak pula adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan Puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T. 

berpuasa juga bukan hanya menahan diri dari makan nasi ayam atau juga minum air cendol*cthnya. tetapi juga berhenti dari menjadi wartawan tidak bertauliah, model papan iklan atau juga pelakon drama aksi-aksi ngeri, 18sx dan sewaktu dgnnya. jangan menjadikan bulan ini bulan bercuti dari melakukan kejahatan, tetapi jadikan bulan ini sebagai bulan menyucikan diri dari terus melakukan kejahatan dan istiqamah berjalan dijalanNYA. siapa tahu mungkin ramadhan ini ramadhan yang terakhir buat kita. wallahualam.

 mari kita review sedikit perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa :

- makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
- memasukkan sesuatu dengan sengaja ke dalam rongga yang terbuka.
-muntah dengan sengaja.
-keluar darah haid & nifas
- Gila
- Murtad ( keluar dari islam)
- Mengeluarkan Mani dengan sengaja.
- Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari pada bulan Ramadhan)

seperti yang kita juga sedia maklum, apabila tibanya ramadhan, maka syawal pula bakal menjelma. ketepikan seketika langsir baru, baju raya baru. biskut raya, sofa baru. bajet duit dll.semua tu takkan lari. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran. ketika bulan ini juga kita dianjurkan untuk solat terawih dan juga diwajibkan membayar zakat ke atas golongan yang mampu bagi membantu insan muslim yang lain khususnya yang daif. malam Nuzul Al-Quran (17 Ramadhan) pula merupakan malam dimana diturunkan AL-QURAN yang menjadi pedoman buat kita semua hingga ke akhir zaman. bukan itu sahaja, ketika bulan ini juga terdapatnya Bulan Lailatul Qadar iaitu suatu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada ALLAH SWT. SubhanAllah. sayangnya ALLAH pada kita semua & terbuka luas peluang untuk kita mencariNYA. Alhamdulilah. 

SURAT CINTA :

3 tahun merasai pengalaman berpuasa di UNISEL, sedikit sebanyak rasa rindu apabila ramadhan kali ini tidak dapat lagi merasai suasana berpuasa bersama kawan-kawan di sana.kenangan berbuka bersama, sempat berterawih bersama. merasai dugaan berpuasa dihimpit dgn kelas dan juga xsgment yang bertimbun, ke bazar ramdhan bersama-sama, memasak juadah berbuka bersama2.segalanya kenangan yang cukup indah. 

buat para guru & pensyarah yang banyak membimbing,sahabat-sahabat seperjuangan diunisel, keluarga Kohort 9 G 1 & 2, PEPPRA & GPMS, Warga SKTBT, anak-anak SKTBT, sahabat-sahabat dari zaman kanak-kanak hinggalah ke alam dewasa, rakan-rakan difb, rakan-rakan blogger & semua yang saya kenali :

disini, saya nak mintak maaf atas segala salah dan silap, terlanjur kata, terkasar tingkah laku dan semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu. semoga dipermudahkan segala urusan dalam menunaikan tangungjawab kepadaNYA. kemaafan ini dipohon bukan hanya kerana kedatangan bulan ramadhan tetapi kerana diri yang tak sempurna dan terlalu banyak melakukan kesilapan.dan dimasa -masa akan datang semoga hari ini & akan dtg lebih baik dari semalam. semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan.salam ramdhan al-Mubarak. -LOVE-

Jemput baca juga : Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.

Sunday 15 July 2012

SUKMA PAHANG 2012

Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah..setelah tiba-tiba sahaja blog ini di ''PAWNED'', akhirnya berjaya juga didapatkan semula. bersyukur sgt2 dengan bantuan kawan-kawan yang membantu dan juga kepada Aril, my sister's friend yang membantu mendapatkan blog ni semula. tetiba rasa nak tergelak pulak teringat waktu terkejut zirafah bila bukak-bukak blog yang keluarnya benda lain.huhu.. tapi apepun, disebalik musibah yang melanda. saya temui kegembiraan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. ok. kita tutup cerita tentang pajak gadai ni, disini saya nak kongsikan kenangan saya dan keluarga berkunjung ke Pahang sempena dengan SUKMA (Sukan Malaysia) yang berlangsung disana. 







and the reason we are here is Him.. Harith Ammar Mohd Sobri. Alhamdulilah, walaupun baru sahaja pulang dari Indon dan terus pecut ke SUKMA, harapan untuk menebus kekalahan di Melaka akhirnya ditebus dengan Emas di Pahang. Syukur Alhamdulilah, dia berjaya mencapai apa yang dia cita-cita kan. time tgk dia blari, kami yang menonton pulak tetiba berdebar. nak rakam pun tak jadi gara-gara mata sama laju dgn langkah kaki orang yang blari..huhu.. 




dalam acara ini, Harith telah berjaya mencatat masa 10.84 saat .Pingat perak pula dimenangi oleh Mohd. Helmi Ahmad dari Kedah dengan catatan masa 10.92 saat manakala pingat gangsa menjadi milik Eddie Edward Jr dari Sabah dengan 10.93 saat. *(gambar kat bawah ni saya ambik dari internet)

Tahniah juga buat Ratu Pecut dari Pulau Pinang, Zaidatul Husniah Zulkifli yang telah berjaya memperolehi pingat emas dalam acara sama bagi kategori wanita dengan catatan masa 12.29 saat seterusnya menjadi 'ratu pecut' SUKMA 2012.btw, she's cute with her friendly smile. Tahniah ! :)

  *kredit to jurugambar malam tu encik shahrol aka Pok chek yang join geng-geng wartawan ambik gambar.hehe..


ni plak time harith ke tempat duduk kami, sebak time ni sebab tgk mak yang terkata. sebelum acara bermula, mak yang paling lambat masuk stadium.dia suruh kami masuk dulu. naluri seorang ibu, berkat doa mak. alhamdulilah, acik berjaya capai apa yang dia nak. ayah pun antara yang paling hepi sebab dari sebelum acara lagi dia cakap dia yakin insya allah acik boleh buat. tulang kuat kami adik beradik. itulah mereka. emak & ayah. :) 
*kredit to Page Sukma Pahang. gambar ni sy copy dari situ. 




SURAT CINTA : 
TAHNIAH ACIK. GOOD LUCK FOR NEXT STEP ! 
jangan lupa pesan mak ayah '' setiap langkah mesti dimulakan dengan bismillah dan selawat, solat jangan tinggal''. Insya-Allah~

Monday 9 July 2012

simple is sweet.

Assalamualaikum semua.. 
fuhhh.. dah bersawang..habuk-habuk..hehe.memang agak lama tak update,alasan ptama adalah kerana sibuk.haha.. ceh.. tak kukuh langsung. =_=''. ohh..saya dalam fasa mencari kerja secara gila-gila. dah tak sanggup tanam anggur yang memang tak boleh dipasarkan kat mana-mana pasaraya.huhu..dari ptg tadi lagi dah berazam malam ni nak jugak update. last-last layan running man episod 101. hambek..time camni baru lah nak update. huhu.. 

tak nak merepek bukan-bukan, saya nak berkongsi satu cerita.. mungkin ianya tak menarik untuk anda baca. tetapi bagi saya ianya juga salah atu realiti yang memang sangat dekat dgn kita semua. 
anda kenal ini apa? 
  gambar sekadar hiasan( sumber : rembat dari gogel)

yes, ini lah alat yang menghasilkan kaler-kaler yang dapat anda lihat di wajah mereka-mereka disekeliling anda. berbalik kepada topik yang asal cerita yang ingin saya kongsikan tadi adalah berkaitan dgn gambar diatas. 

ceritanya begini, sewaktu saya keluar dari tandas, tiba-tiba melayang satu objek yang apabila mendarat ke lantai, ianya adalah LIPSTIK. dalam keadaan tergaman, saya mula cuak ..'' ppuan ni gila ke?habisla aku''.. huhu.. dahla time tu hanya saya sorang je, tapi sebab nak mainttain tak nak tunjuk takut. saya pura-pura betulkan tudung dan basuh tangan. selepas tu, baru je nak melangkah, ppuan tadi tu pegang lengan saya, '' ah..sudah..habisla aku kena rompak''..time tu ntah mcm mana tbayang ppuan tu perompak.huhu.. tiba-tiba dia bersuara '' adik, make up akak dah ok belum?'' .. fuhh.. memang lega ! dgn nada bcampur baur, '' ok je kak''.. memang kekok, tambah-tambah lagi tgh tkejut..tiba-tiba dia menangis. ''ah..parah mcm ni'' .. dah selepas tu bermula la perbualan kami yang membongkar seribu satu cerita.

me : kenapa kak?make up akak dah cantik la kak.

Her : tapi pakwe akak dari tadi komplen make up akak tak kena. baju tak kena. semua tak kena.

me : tergaman tak tahu nak cakap ape, dgn tetiba , ayat terlebih jujur pulak keluar : akak lagi cantik kalau tak make up. mata akak cantik.

Her : tapi serabai, pakwe akak tak suka.

Me : serabai tak semestinya kena diubah dgn make up tebal-tebal kak. tambah kaler tu kaler ni. simple tu lagi cantik. lagipun akak dah sedia cantik.

her : adik tak faham, pakwe akak tak suka.

me : jadi diri akak sendiri boleh? tak make up tu bukan kesalahan besar pun kak. jangan ubah apa yang tak perlu diubah semata-mata untuk orang lain. *tetiba lak teremosi.huhu

her : senyap kemudian dia basuh muka dia.

dan kemudiannya...ha..habis kat sini je lah. sebab motif dia dan tersirat dalam cerita kat atas.hehe :)

honestly speaking & writting, saya bukanlah seorang kaki make up yang mana akan duduk berejam-jam depan cermin semata-mata nak mewarna mata saya atau juga untuk tampal 3 4 lapis bedak untuk nampak cantik. tapi tu tak bmakna saya nak cakap make up tu salah. memadai hanya dengan bersederhana. tak perlu lah smpai 2 3 kaler. meriah benor nampaknya.huhu.. why?kenapa? tak yakin dengan diri sendiri?atau juga hanya kerana mahu menjadi seperti mana yang orang lain mahu? memang tidak dapat dinafikan naluri seorang ppuan adalah untuk nampak sentiasa cantik, tapi kita lupa dan tidak pernah melihat. apa itu sebenarnya kecantikan seorang wanita.

hari ini kita lapiskan 2 3 calitan mekap di wajah kita, 
sedangkan basahan air wudhuk tidak pernah menjamah wajah,
hari ini bibir kita mengiurkan dengan basahan warna merah,
sedangkan senyuman yang menguntum hanya untuk meraih nafsu dunia.
kenapa?

 ''orang puang hok mekap tebal-tebal ni, dia tak yakin dgn kecantikan dia sendiri''


SURAT CINTA :
Dear Beautiful women outside there, kita tak perlukan mekap yang tebal untuk nampak cantik. yang penting adalah menjaga dengan sebaiknya apa yang dah sudah tersedia cantik. be yourself,. simple  is sweet dear.  :)