Saturday 31 March 2012

SKTBT DIHATI ~

ASSALAMUALAIKUM semua..
masih berbaki 15 hari sebelum berakhirnya tempoh praktikjal di SKTBT( SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT TERATAI).. yes..kami bakal grad tapi hati mula terasa berat untuk meninggalkan anak-anak disini ~ 
sebelum praktikal kami berakhir, alhamdulilah sekali lagi aku & kawan-kawan diberikan peluang menimba pengalaman baru iaitu terlibat dalam program ROAD RUN aka MERENTAS DESA. tak nak bercakap panjang..layankan beberapa gambar wajah-wajah gembira warga SKTBT ~



 Ready, Set & GO !


 (^_=)v



 Wajah Juara-juara & Pihak MPAJ yang turun padang membantu ~



Anak-anak SKTBT..going to miss u all :(


 Guru-guru SKTBT yang meriah & ceria-ceria ! :)


untuk lihat blog blogger kat sebelah saya ni.jom terjah sini : 



FRIEND ~

SURAT CINTA : 

Persaudaraan juga merupakan jalinan kemesraan dan kasih sayang.

Hal ini ditekankan oleh Rasulullah, seperti yang dipetik dari hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmidhi dan Nasa’i,

"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".

Dalam hadis lain Nabi s.a.w menyebut :

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”(riwayat Ahmad)


Dalam kita mengejar urusan dunia, kita sering lalai dan melanggari batas-batas hubungan sesama manusia. Perkara umpat mengumpat, kata-mengata, fitnah memfitnah amat jelas terjadi dalam kehidupan harian. Maka hendaklah kita ambil iktibar dari hadith ini untuk menjaga kemaslahatan ukhuwwah umat Islam itu, kelak hal ini jika tidak dijaga, maka ia akan menimbulkan pertelingkahan sesama muslim pula. Juga disebut dalam hadis Rasulullah akan tuntutan menunjukkan kemesraan dalam komunikasi harian sesama manusia,

"(Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)."(Hadis riwayat Muslim).

semoga ikatan yang terjalin ini sentiasa terpelihara dan dijauhkan dari sebarang salah faham, Terima kasih yang tak terhingga buat semua guru-guru dan anak-anak yang memberikan kami pengalaman yang cukup berharga.semoga kalian sentiasa dalam rahmatnya.AMINN ~

Thursday 29 March 2012

ALLAHUAKBAR.

ASSALAMUALAIKUM semua..

IMAN HOSLAM ISLAMKAN DUA 
BANDUAN DIPENJARA.


Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.
Harakahdaily memetik isteri Hoslan – Noorliza Mohd Isa – sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.
“Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara,” katanya dalam laporan Harakahdaily itu.
Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.
Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.
Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.
DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.
Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.
Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.
SUMBER : Malaysiakini,  Iman Baling Selipar dipenjara Setahun
SURAT CINTA : 
Firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud: “Kamu diwajibkan berperang ( untuk menentang percerobohan ), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kamu. Dan ( ingatlah ), Allah jualah yang mengetahui ( semua itu ), sedang kamu tidak mengetahuinya"( Al Baqarah : 216 )

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa kecemerlangan umat Islam di zaman lampau adalah bermula dengan semangat jihad. Jiwa mereka yang mantap dengan keimanan dan diiringi kecintaan kepada Allah dan Rasul, akhirnya mereka sanggup berjihad untuk meninggikan Kalimah Allah.

‏‏قَالَ‏ ‏أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ : أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya: Berkata Abu Musa Al Asy'ari' :“ Seorang Badawi bertanya kepada Rasulullah SAW tentang jihad: Orang yang berjihad atau berperang kerana mahukan harta rampasan, orang yang berperang kerana mahukan supaya namanya disebut, orang yang berperang kerana menunjuk-nunjuk kepada orang, orang yang berperang kerana keberanian semata-mata, orang yang berperang kerana perkauman, atau kerana kekeluargaan atau pun kerana fanatik keturunannya atau pun berperang kerana marah, maka siapkah yang dikatakan berperang fi sabilillah ? “ Rasulullah SAW menjawab: “ Orang yang berperang kerana menegakkan Kalimah Allah Yang Maha Suci maka ia adalah Fi Sabilillah.”


Wednesday 28 March 2012

ISTIQAMAH.

ASSALAMUALAIKUM semua.. 
artikel ini dikongsi dari seorang sahabat dan saya juga ingin berkongsinya dengan anda semua.. :)

Soalan: Boleh ustaz jelaskan maksud istiqamah yang sebenar?


Oleh : Ybhg Ustaz Ahmad Adnan Fadhil


Jawapan :

Assalamualaikum.Secara dasarnya Istiqamah bermaksud; berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan.

Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’. (Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Untuk lebih memahami makna Istiqamah, di bawah ini saya kemukakan ulasan ulamak tentang hadis di atas :

1. Berkata al-Qadhi ‘Iyadh rhm; ‘Hadis ini antara ungkapan yang ringkas dan padat (Jawami’ul Kalim) dari Rasulullah s.a.w.. Sesungguhnya orang-orang yang berkata; Tuhan kami adalah Allah dan kemudian mereka beristiqamah di mana mereka tidak berpaling dari tauhid dan berterusan pula mereka beriltizam menta’ati Allah S.W.T. hinggalah mereka menemui kematian di atas iman dan istiqamah tersebut’. Jadi Istiqamah menurut Qadhi ‘Iyadh ini ialah; tetap teguh di atas landasan tauhid dan mentaati Allah hingga menemui ajal. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 2, kitab al-Iman)

2. Menurut Imam al-Minawi dalam kitabnya “Faidhul Qadir”; seruan Rasulullah s.a.w. ‘Katakanlah; Aku beriman dengan Allah’, bermaksud; perbaharuilah iman kamu kepada Allah dengan menyebutnya dengan hati kamu serta menuturnya dengan lidah kamu dengan menghadirkan segala pengertian iman yang disyari’atkan. Adapun seruan baginda; ‘hendaklah kamu beristiqamah’ bermaksud; beriltizamlah mengerjakan amalan-amalan ketaatan dan menjauhi perkara-perkara yang bertentangan (dengan kehendak Allah). Jadi Istiqamah mengikut pandangan Imam al-Minawi ini ialah; kita sentiasa taat kepaad Allah dan menjauhi larangan-laranganNya. (Faidhul-Qadier, hadis no. 6143).

Untuk terhasilnya Istiqamah seseorang itu tidak dapat tidak mestilah berpegang-teguh dengan kitab Allah dan sunnah NabiNya. Dua sumber inilah yang berupaya mengikat manusia agar sentiasa berada di atas Islam iaitu jalan Tauhid dan ketaaatan kepada Allah. Selagi manusia berpegang teguh dengan al-Quran dan juga sunnah Nabi, selagi itulah ia dijamin oleh Rasulullah s.a.w. akan bebas dari penyelewengan dan kesesatan sebagaimana sabdanya; “Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku telah tinggalkan untuk kamu sekelian satu peninggalan yang selagi kamu berpegang-teguh dengannya maka selagi itulah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas)
Wallahu a’lam.


SURAT CINTA : 

tak perlu lihat pada orang lain, cuba kita tilik dan renung seketika diri sendiri.bagaimana kita amanah pada janji untuk berubah?hari ni solat, esok tak.lusa terdan hari-hari seterusnya?begitu juga dalam kehidupan seharian kita.....~

Dalam sebuah hadis qudsi Allah SWT berfirman “Barangsiapa yg mengingat-Ku di dalam dirinya maka Aku akan mengingat-Nya dalam diri-Ku. Dan barang siapa yg mengingat-Ku dalam kesibukan maka Aku akan mengingat-Nya dalam kesibukan yg lbh baik darinya.”

dalam kita mengejar syurga dunia, kenapa pecutan kita semakin perlahan mengejar syurga yang kekal disana? ayuh..kita berusaha kekalkan bersama..''BIAR SEIRING APA YANG KITA CARI.KAT SINI MAKAN LAZAT-LAZAT, KAT SANA LEBIH LAZAT''..ayuhhh sahabat..Tetapkan langkah kita dijalan islam..ISTIQAMAH !


Saturday 24 March 2012

Salam Takziah.

ASSALAMUALAIKUM semua.. 
kita baru sahaja digemparkan dengan kematian Dirang, gadis kecil yang dibunuh dan dibakar.pelbagai kata-kata simpati dan doa dari mereka yang turut sama merasai kesedihan keluarga gadis kecil ini.Salam Takziah buat mereka sekeluarga..ini bukannya kes yang pertama kerana sebelum ini sudah berlaku beberapa kisah pembunuhan yang berlaku terhadap anak-anak kecil diluar sana. buat keluarga si mangsa..jangan bersedih dan redha dengan apa yang telah berlaku kerana : 

Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan *(rujuk kitab utk matan penuh,ni sudah diringkas),salah satu yang dikatakan Rasulullah SAW kepada kaum wanita adalah,"Tidak ada salah seorang wanita di antara anda semua yang tiga anaknya meninggal dunia, melainkan anak itu akan menjadi penghalang antara dirinya dan neraka." Seorang wanita berkata, "Dua orang anak juga?" Rasulullah SAW menjawab, "Ya, dua orang anak juga.(HR Bukhari & Muslim)
 

Dalam riwayat yang lain, Ibnu 'Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda

"Bagi yang memiliki dua anak yang meninggal maka Allah Ta'ala memasukkannya ke dalam syurga". Aisyah r.a. bertanya:"Demi ayah dan ibuku, bagaimana kalau seorang anak yang meninggal?" Jawab Nabi SAW :"Dan orang yang satu anaknya meninggal, wahai wanita yang ditunjuki". Aisyah bertanya lagi: "Bagi yang tidak mempunyai seorang anak pun yang mati?" Nabi SAW bersabda:"Aku yang mendahului umatku (akan memberikan syafaat), mereka tidak akan ditimpa musibah yang menimpaku."(HR Al-Tirmidhi)
.......................................................................

Komentar Dr.Haron Din:-

1. Kanak-kanak anak orang mukmin yang mati sebelum baligh di syurgakah mereka atau di neraka, adalah masalah yang tidak dimuafakati oleh ulama-ulama semuanya.

2. Akan tetapi jumhur Ahlissunnah wal jamaah berpendapat, bahawa mereka semua akan masuk ke dalam syurga Allah.

3. Al-Qadi Abu Ya'la bin al-Farra' meriwayatkan pendapat al-Imam Ahmad bin Hambal, katanya: "Mereka dimasukkan ke dalam syurga. Itulah pandangan yang mahsyur di kalangan ulama-ulama yang muktabar."

4. Al-Imam an-Nawawi menyatakan ijmak berlaku di kalangan ulama-ulama yang muktabar, bahawa kanak-kanak orang Islam yang mati sebelum baligh, mereka ditempatkan di syurga.

Dalil yang dipegang ialah firman Allah (mafhumnya):

"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya." (Surah at-Thur, ayat 21)

Ibnu 'Abbas r.a dalam tafsiran ayat itu menyatakan: "Sesungguhnya Allah akan mengangkat anak keturunan (zuriat) orang-orang mukmin, bersama ibu bapa mereka di dalam syurga."

5. Al-Imam Muslim dengan sanadnya, meriwayatkan hadis daripada Abi Hassan katanya: "Saya bertanya Abu Hurairah berkenaan dua orang anak saya yang meninggal dunia sebelum baligh, apakah kamu (Abu Hurairah) pernah mendengar berbicara tentang anak-anak itu?

"Kata Abu Hurairah, Ya, ada saya mendengar, bahawa yang meninggal kecil daripada kalangan anak-anak orang Islam, mereka adalah di dalam syurga bersama ibu bapa mereka."
SUMBER : Syabab Musafir

SURAT CINTA : 
kita tak dapat menduga bila malang datang menimpa, begitu juga ajal kita semua.bersabarlah dengan ketentuan yang telah berlaku.sabar dan yakin anak-anak anda sedang menanti ibubapa mereka yang bersabar menerima ketentuan ajal menjemput mereka.sama-sama kita doakan mereka disana.There are always a hikmah behinds every events..wallahualam, allah knows better..
innalillahirajium..AL-FATIHAH~

Friday 23 March 2012

Meowww ~

ASSALAMUALAIKUM semua

Menurut sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w , daripada riwayat Saidina Abdullah Bin Saidina ‘Umar Al-Khattab (r.a ) mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan keluar merayau-merayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akhirnya kucing itu mati kelaparan. ~ Hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari 


KUCING BUKAN NAJIS !

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.” Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkannya.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.




JOM GERAM BERSAMA ! :) 






lagi, lagi dan lagiiiiiiiiii.........






SURAT CINTA :



Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).
Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
Dan Abu Hurairah ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU.  Dia adalah sahabat yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidakmempunyai tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith2 nabi.
Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.
“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.
-LOVE-

Thursday 22 March 2012

KEWAJIPAN SOLAT 5 WAKTU.

ASSALAMUALAIKUM semua..


Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :
(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

( Bukhari )


adakah udara yang kita hirup ketika ini setiap bulan akan sampai bil bayaran seperti bil elektrik?atau juga adakah organ-organ dalaman yang sedang berfungsi didalam tubuh badan kita sekarang punya cukai dan perlu dibayar setiap bulan?ALHAMDULILAH..segala nikmatNYA diberikan secara percuma kepada kita.tapi bagaimana kita membalasnya? setiap hari perut minta diisi, kita makan, makan, makan & terlupa bagaimana dengan HATI & JIWA kita?adakah kita isi dengan hiduran dunia semata-mata? persoalannya tanya diri sendiri, kewajipan dunia kita kejar tapi kewajipan AKHIRAT bagaimana?


Firman Allah, "Oleh yang demikian dirikanlah sembahyang dan berilah zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang demikian sifat-Nya), Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi Pertolongan".
(Al-Haj : 78)


Menurut pendapat yang masyhur dari kalangan ahli sejarah, ibadah sembahyang mula diwajibkan pada malam Isra' iaitu 5 tahun sebelum Hijrah. Ibadah sembahyang menjadi fardu 'ain (wajib) ke atas setiap mukallaf (berakal dan baligh). Sebuah hadis dari Anas beliau mengatakan, "Diwajibkan sembahyang ke atas Rasulullah pada malam Isra' dengan 50 waktu, kemudian ia dikurangkan lagi sehingga menjadi 5 waktu. Setelah itu Rasulullah diseru, "Wahai Muhammad, sesungguhnya percakapan di sisi-Ku tidak berubah. Sesungguhnya bagimu 5 waktu ini sama pahalanya dengan 50 waktu sembahyang".
(H.R. Ahmad & An-Nasa'ie)

Apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai umur 7 tahun maka hendaklah di suruh melakukan sembahyang dan apabila ia mencapai umur 10 tahun maka hendaklah dipukul dengan tangan jika ia masih ingkar. Bersabda Rasulullah, "Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka".
(H.R Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)

Kewajipan melakukan ibadah sembahyang sehari semalam hanyalah 5 waktu dan kita sama sekali tidak boleh mempertikaikannya. Berpesan Rasulullah kepada Mu'az sebelum beliau diutuskan oleh Baginda ke Yaman, "Beritahulah kepada mereka bahawasanya Allah telah mewajibkan ke atas mereka 5 kali sembahyang dalam sehari semalam".

Cukupkah 5 WAKTU SEHARI SEMALAM KITA?




 Bersabda Rasulullah, 'Yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang'.
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda, 'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)

Firman Allah, 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Mudassir : 42-43)

Bersabda Rasulullah, 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad)


SURAT CINTA : 

jangan ditunggu bila pintu hati terbuka atau juga alasan biasa bila nanti mendapat HIDAYAH.kewajipan kita sebagai umat islam bukan hanya islam pada nama. Kita gah melontar bicara tentang dunia, gah menjunjung dunia dibahu..tapi apa yang mahu kita bawa sebagai bekal disana?

Firman Allah yang bermaksud, 'Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ditimpa kesusahan, ia (berasa) sangat resah gelisah dan apabila ia beroleh kesenangan ia sangat bakhil, kecuali orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Ma'rij : 19-22)

Bersabda Rasulullah, 'Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang di antara kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sebatang sungai lalu ia mandi di sungai itu 5 kali dalam sehari. Apakah masih ada lagi kotoran pada badannya? Jawab sahabat, 'Sudah tentu tiada lagi kotoran padanya'. Kata Rasulullah, 'Maka demikianlah juga dengan sembahyang 5 waktu, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa itu'. (H.R. Bukhari & Muslim)

Dalam hadis yang lain Baginda bersabda, 'Apabila seseorang hamba bangun bersembahyang, dibawa dosa-dosanya dan diletakkan di atas kepalanya ataupun di tegkuknya, maka apabila setiap kali ia ruku' atau sujud maka berguguranlah dosa itu daripadanya'. (H.R. Ibnu Hibban)


Ayuh semua..sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyang kan ~