Sunday 30 June 2013

Thursday 27 June 2013

Forever Friend.

Assalamualaikum semua..



Surat Cinta : 

When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.
-by Rachel Ellis


Wednesday 26 June 2013

Tersirat & Tersurat lagiii ~


Assalamualaikum semua.. 

tengok tak tajuk? haaa..kalau dah..tgk yang ni..hehe 


bagi yang ada baca entri ni minggu lepas, terima kasih singgah.untuk mereka kat bawah ni yang tinggalkan komen..terima kasih terima kasih. :) 



jangan lupa singgah blog mereka ok? saya dahh..anda bila lagi? ehhh..cam iklan la pulak..hehe..  :
 



Surat Cinta : 

apa yang saya cuba nak sampaikan di sebalik entri lepas adalah : 

''Berfikir sebelum bertindak''

kerana jika anda tersilap langkah, tindakan anda akan memakan diri sendiri. kita jarang sedar Emosi ialah kecepatan lidah bekerja dibandingkan dengan fikiran, Berfikirlah dengan bijak sebelum bertindak, jangan menyesal di kemudian hari.~





Saturday 22 June 2013

Friday 21 June 2013

I'll show you.

Assalamualaikum semua.. 

hai..hai..sihat? terima kasih pada yang sudi singgah. sori..baru sempat balas mesej.huhu.. tak sempat update, keje banyak *bkerjaya sgt bunyinye..kihkih.. semalam dapat mesej kat inbox..btanyakan pandangan macam mana nak hadapi kerenah orang yang tak habis-habis nak cari salah orang..huhu..alahai..diri sendiri pun tak mampu handle hal-hal camni.sebabnya kalau nak kupas..nak kaji..nak tulis panjang lebar pun..benda camni tak kan habis sebab ''mulut tempayan bolehla nak tutup, mulut manusia?'' cer try pi tutup..makan penampo juga nanti jadinya..hehe..so apa kata kita renung ingatan ni : 

"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia."
(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).

Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Telah berkata Malaikat Jibril AS: “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si fulan … Maka Allah SWT menjawab: “Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku)”.

Dear, haters don't really hate you, they hate themselves because you're a reflection of what they wish to be. so tak payahla nak ambik kisah sangat, memang kita takkan lari dari fikir apa yang orang cakap, tapi sampai bila?jawapan tu ada pada diri kita, nak jatuh sebab orang yang memang nak tengok kita jatuh? tanya diri dan kalau jawapannya ya..hah..tampo la diri tu sendiri..jangan nak salahkan orang.. sebab diri sendiri rela dibuli.huhu.xpandai nak bagi pendapat panjang2 lebar ni, tak pasal2 kena kutuk nanti..hehe..so all the best dan percayalah, Allah tak kan biarkan hamba-hambanya yang sendirian. mengadulah pada Dia. inshaaAllah segalanya pasti jadi lebih lebih. Wsalam. :) 



                                                                      Surat Cinta : 
When someone is telling you that you can't do something, don't quit, just smile and say "I'll show you.~


Saturday 15 June 2013

saya ok.saya dah besar!

Assalamualaikum semua.. 

hai hai hai semua.. sihat? alhamdulilah... 
lately memang tak sempat nak update,yang tak bestnya bila buka blog tengok box kat page tu tetiba lebih semacam pulak. huhu.. tak tahu apa masalah, saya memang tak tahu camne nak betulkan..tanya semua orang pun takde respon.. *sampai hati korang.(sentap tiba). hehe..gurau je. tapi takpelah, maybe nanti akan ok balik kot sbbnya sebelum ni pun pernah jadi camni then baik balik. so buat masa sekarang maafkan saya kerana pemandangan yang agak tak ..tak..tak tahu describe camne.haha.. 

minggu ni, minggu lepas..minggu yang sangat memenatkan...penat hati..penat mata..penat otak, tapi biasalah kan..bila kita rasa kita tengah penat, ya penat.. alhamdulilah dapat merasa.bercakap soal penat kena la ingat jugak yang kat luar sana ada yang lebih penat dan mungkin juga sedang tenat..err..maksud saya kat sini tenat hati dan perasaan. fuhh..jangan salah anggap, kalau salah anggap tampo diri sendiri. kikikih... 

bercakap soal hati dan perasaan yang sedang tenat, saya nak kongsi satu cerita..tentang seorang teman aka sahabat aka seseorang yang saya sayang .teman susah dan senang saya..dialah yang selama ini menerima baik dan buruk saya..selalu ada tersenyum untuk saya..dan dialah jugak yang tak pernah meninggalkan saya ketika saya jatuh seorang diri..selain dari keluarga..dialah teman yang banyak memberi semangat untuk saya.. tapi sekarang..dia sedang dalam kesusahan, apa yang membuatkan saya sakit adalah dia masih boleh tersenyum dan cakap dia ok walaupun saya tahu dia tak ok. sempat jugak lagi dia cakap saya ok.saya dan besar..huhu. sepanjang kami kenal, saya tak boleh menafikan dia lebih tabah berbanding saya. yang pastinya lebih positif berbanding saya, sebabnya walaupun dia dilanda bermacam2 masalah dia tetap masih boleh tersenyum dan tanggung segalanya seorang diri kerana tak nak susahkan orang lain. 2 hari lepas, entah kenapa saya tak boleh nak pandang dia..saya rasa sakit. sebabnya saya boleh nampak macam mana sakitnya dia cuba tersenyum walaupun hati dia sedang kusut. sakit kan..kita yang tengok pun rasa sakit apatah lagi dia yang menanggung. dulu dia pernah cakap lebih kurang camni :

''Even if u're stressed or hurt. There's always tomorrow & it always gets better. Don't wait for the perfect moment, make every moment perfect''

dan hari ni bila fikirkan dia, saya mula faham..mula faham kenapa dia macam tu dan saya bersyukur kenal teman macam dia, ianya sangat2 mengajar saya untuk faham yang dalam hidup ni kalau kita terus rebah apabila dilanda musibah.. kita tak kan jadi semakin kuat dan kuat. kalau tak camne nak cakap ''saya ok.saya dah besar.'' 

Ya Rahman, Ya Rahim, permudahkan segalanya untuk suatu permulaan ini. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yang bakal terjadi ke hadapan hari, kau kuatkan diriku untuk menghadapi segalanya. Aku tahu setiap kesulitan yang kau titipkan, kau sediakan jalan keluar untuknya juga.aminn Ya Rabb. ~

Surat Cinta : 



Wednesday 5 June 2013

Put your trust in Allah.

Assalamualaikum semua.. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Hadis dari Abu Hurairah ra, Shahih Muslim No.4832)


Hadis ini mengajar kita supaya bersikap positif dan meletakkan harapan kepada Allah s.w.t. dengan penuh kepercayaan. Tidak seorangpun patut berputus asa kerana walaupun dia menyembah kepada Allah dengan dosa sebesar gunung yang boleh memenuhkan lembah yang dalam, Allah yang Maha Pengampun boleh menerima taubatnya dan memasukkan dia di kalangan hamba yang diredhai.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya” (surah Al-Baqarah ayat 286)


Jalan takdir Allah tak pernah salah.Berbaik sangkalah dengan aturanNya. Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah. Tapi sayang, jangan terlalu lama bersedih,seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang Allah aturkan. Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Soon.Apa yang paling penting adalah kita harus percaya, janji Allah itu pasti. 


“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggin darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” (surah Al-Imran ayat 139)


Surat Cinta : 


ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat diluar sana, 

Kita merancang apa yg akan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apayg akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa yg akan berlaku minggu depan,
Sehinggalah kita merancang apa yg akan berlaku 10 tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?
jangan lupa, 
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.