Friday 29 June 2012

Adab Memasak.

Assalamualaikum semua...
Rasanya kalau disebut soal air tangan seorang ibu, pastinya semua tak kan menafikan air tangan seorang ibu takkan ada tandingan.me also. Sebelum ni yang saya tahu cuma adalah tiap kali memasak jangan lupa selawat. itulah yang seringkali mak ingatkan supaya apa yang kita masak jauh dari diludah syaitan.  semalam waktu sedang berfB, saya terjumpa ini : 




ha..buat para-para wanita dan jugak semua yang suka memasak. jom sama-sama kita amalkan. bukan susah pun, dari kita duk menjampi serapah bukan-bukan untuk sedapkan masakan, apa kata sambil memasak sambil berdoa agar rezeki yang kita sediakan mendapat keberkatanNYA. :D


SURAT CINTA : 
Orang yang paling kenyang makan di dunia akan menjadi paling lama lapar pada hari kiamat. (HR. Al Hakim)

Wednesday 27 June 2012

Solat Sunat Taubat.

Assalamualaikum semua..

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)




Disini ingin saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu yang saya perolehi dari apa yang saya baca di Blog Oh Islam. .

Syarat-syarat taubat :
  • Ikhlas ingin bertaubat
  • Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  • Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  • Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  • Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
sumber : Blog Oh Islam. (untuk keterangan yang lebih dan lebih banyak info. sila la melawat ke penuh ini. :D )

tak lengkap rasanya kalau tidak dikongsi bersama tatacara mengerjakan solat sunat taubat, bagaimana pun. apa yang akan saya jelaskan disini adalah secara ringkas bagaimana tatacara untuk mengerjakannya. kita semua solat bukan?jadi insya allah, saya rasa semua boleh mengerjakannya. insya allah :D

RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua

* Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
*selepas salam, jangan lupa perbanyakkan Istighfar & berdoa.


                 

SURAT CINTA : 
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.) 

Monday 25 June 2012

Nikmat.

Assalamualaikum semua..

hari ini ketika kita mengadap hidangan tengahari, kita mengeluh..mencebik pada rezeki yang ada didepan mata. sedangkan diluar sana ada tangan yang terketar-ketar mencari dibalik sisa-sia yang terbuang untuk sesuap nasi. anak-anak kecil mengikat perut demi sesuap nasi. 

hari ini ketika melihat diri sendiri di cermin rupa dunia, kita mula gusar memikirkan kecantikan diri yang sering kali cacat dimata dunia, mengeluh dan mula cemburu melihat insan lain. akhirnya jalan akhir dipilih, pakaian disarung pakaian akhir zaman, wajah dirias dengan nafsu, sana-sana sini ayat jampi serapah dihembus untuk bersemadi dibadan agar luaran kekal mengundang nafsu dunia. alasan demi alasan dicipta bagi menidakkan hukum ALLAH.

hari ini tatkala melihat ada insan lain yang sedang laju melangkah ke hadapan, jarum halus nafsu iri hati mula berjaya meresap perlahan-lahan. semakin hari semakin gusar resah memandang pada kejayaan orang lain. ikhtiar yang dicari mahu menjadi pembunuh kehidupan orang lain. dan akhirnya mula kalah dengan nafsu, saudara sendiri ditikam dan kemenangan yang dicipta atas darah saudara sendiri.

hari ini tatkala orang lain menggunakan masa yang masih ada dengan mencari bekalan buat disana. diluar sana ada yang masih lagi sibuk mencari harta dunia, masa yang ada hanya untuk wang ringgit, kekayaan dikejar demi nafsu tetapi akhirnya menjadi timbunan yang tidak dapat membeli sebuah kebahagiaan. keluhan demi keluhan..segalanya yang digengam dirasakan masih belum cukup.

manusia..manusia.. segalanya tak pernah cukup..




SURAT CINTA : 
ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi DIA memberi apa yang kita perlu. 
ALHAMDULILAH.

Saturday 23 June 2012

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Assalamualaikum semua..
pejam celik, ramadhan bakal datang lagi, sudah bersiap sediakah kita? apakah persiapan yang sudah kita lakukan? adakah hanya memikirkan tentang bagaimana menyambut Syawal yang tiba selepas Ramadhan nanti? seharusnya kita semua berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani).

Jom warming up awal-awal :D


Sedihnya realitinya kini, apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, kita bukan memikirkan untuk menyambutnya apatah lagi meraikannya, tetapi sana sini sibuk berbelanja baju baru sempena hari raya nanti, merancang untuk langsir baru, biskut raya, berbelanja untuk hari raya dan bagi yang sibuk bekerja, bimbang jika nanti tempahan baju raya sudah ditutup. ini realiti yang harus kita ubah, Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, 

“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat. seharusnya ketika ini peluang yang ada harus kita rebut, bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa Jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan.


“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

jadi apa kata, kita sama-sama ambil  peluang mempelajari hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Bukankah wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. Insya Allah. 

“Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.



SURAT CINTA :
Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

Friday 22 June 2012

Sempurna.

Assalamualaikum semua..
dalam hari-hari yang dah kita tinggalkan, sempurnakah kita bila dalam perjalanan yang kita lalui kita hanya menghitung diri orang lain, bercakap soal hidup orang lain, memandang hanya pada tingkah laku orang lain.

kita rasa kita sempurna, sedangkan bila kita mendengar keburukan yang berlaku dan kesilapan orang lain, tanpa menjadi saksi atau melihat kebenaran..kita bercakap dan bercakap mengadili kesilapan yang dia lakukan.kita persendakan kesilapan yang kita hanya dengar dari mereka yang hanya tahu bercakap, bercakap & bercakap. kita rasa kita sempurna sedangkan apabila mereka-mereka yang dulunya agak jauh tersasar mahu kembali ke pangkal, kita hina, kita kutuk malahan kita ungkit segala kesilapan yang dia lakukan. kita bercakap seperti tiada sebesar kuman pun kesilapan yang kita pernah lakukan.

kita rasa kita sempurna, tapi apabila kita melihat saudara kita jatuh terduduk..kita berjalan tanpa langsung berpaling.dan pada mereka yang pernah ada bersama ketika kita susah, sekelip mata sahaja hilang segala kebaikan yang dia lakukan pada kita dan kita terus lupa tangan yang mana mengangkat kita ketika jatuh. kita rasa kita sempurna, tapi kita tetap minta bantuan orang lain untuk lakukan sesuatu yang kita tak boleh buat dan akhirnya kita buang orang tu mcm sampah. adakah kita tahu berterima kasih?

kita rasa kita sempurna, apabila ada sahabat yang cuba menasihati atau membetulkan kesilapan kita, kita tuduh dia bajet pandai, berlagak alim, nanti mati kubur masing-masing kemudian putus sahabat. kita mati nanti kita berjalan sendiri ke kubur?kita rasa kita sempurna bila setiap hari kita dipuji dan disanjung, semakin hari kita semakin galak menarik pujian dunia.bila orang nasihat kita untuk ke arah kebaikan. kita manipulasikan segala kenyataan. kita lupa. islam bukan hanya pada nama. 

kita rasa kita sempurna, bila kita tengok orang yang miskin, orang yang tak pandai, orang yang serba kekurangan. kita mencebik. mendabik dada. sedangkan kita lupa, kalau ALLAH nak tarik nikmat ni, sekejap saja. duit yang kita ada, tak mampu membeli saham untuk disana. kesempurnaan yang kita tanam dalam diri menjadikan kita memilih untuk hidup bersama nafsu semata-mata. kita jadikan sahabat dan akhirnya kita mati bersamanya. sempurnakah perjalanan kita yang berakhir dengannya? adalah kita rasa kita sempurna?terlalu sempurna? 



SURAT CINTA :
Peringatan untuk diri sendiri.  



Thursday 7 June 2012

Bunuh.

Assalamualaikum semua.. 
cuba tarik nafas anda..dan lepas..Alhamdulilah. nikmatNYA masih kita hirup. setiap hari bangun memulakan hari yang baru, setiap hari juga kita diberikan peluang merasai nikmatNYA tanpa bayaran bil yang akan datang setiap bulan. kehidupan yang jauh masih menanti dihadapan. setiap hari kita didengarkan dengan kisah kematian saudara mara kita.masa mereka telah tiba. dan mungkin masa kita semakin menghampiri. tapi dalam tidak kita sedar, diluar sana ada yang menamatkan sendiri masa yang mereka ada kerana goyahnya paksi keimanan yang seharusnya disimen teguh.

dalam kita meniti titian yang ada kalanya kita akan jatuh, hati kita bagai sedang berkayak. jika ombak datang, sama ada kita cuba menentangnya atau kita hanya berserah dan membiarkan diri dihanyut arus. begiutulah kehidupan, kisah bunuh diri bukan lagi perkara yang asing. malahan saya mula mendengar kisahnya ketika saya di darjah tiga, waktu itu saya belajar di kelas agama dan diajar oleh Ustaz Zakaria. masih segar dalam ingatan saya. katanya '' sape hok bunuh diri, dia akan diseksa supe mcm rane dia buat untuk bunuh diri'' (transalate : sesiapa yang bunuh diri, dia akan diseksa seperti mana dia buat untuk bunuh diri) .. ha..kalau bunuh diri dengan tikam diri sendiri, berkali-kali lah nanti menikam diri sendiri. 

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.
(HADIS :RIWAYAT MUSLIM)

putus cinta, tekanan dalam hidup yang menghimpit dan boleh jadi juga kerana hilang kewarasan dalam berfikir sehingga merasakan mereka tidak lagi punya sinar untuk hidup. mungkin agak lucu, tetapi kalau di waktu sekolah..gelagat cinta monyet begitu drama. '' saya tak mampu hidup tanpa awak'', hello there.. kalau mcm tu jangan bernafas guna oksigen ok? tetapi bagaimana pula apabila drama ini berlaku didunia mereka yang sudah menjengah ke alam kematangan akal fikiran?sebenarnya bukan sahaja gara-gara cinta yang tidak kesampaian tetapi mudah beremosi, gelap mata, putus asa berlebihan, apa lagi kurang iman dan agama, sering menjadi penyebab orang nekad untuk membunuh diri. mereka yang sudah melepasi angka dunia remaja yang baru mahu mengenal dunia, dan bukan itu sahaja mereka yang sudah jauh berusia dan tidak terlepas juga mereka yang berpelajaran hilang kewarasan, setelah bergelumung dan membiarkan kelemahan beraja, akhirnya jalan penamat dipilih B.U.N.U.H .D.I.R.I !!! ..  


saya ada terbaca di Koleksi Soal Jawab Agama mengenai hal ini, disini saya kongsikan serba sedikit input yang diperolehi iaitu mengenai hukum membunuh diri & menyembahyangkan jenazahnya : 

''Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:

‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”


kenapa perlu bunuh diri? Mungkin masalah didunia akan lenyap. Tetapi satu masalah yang sangat panjang waktunya yang tidak dapat dibayangkan akan menghantui kita selepas sahaja usaha membunuh diri itu berjaya. fikirkan mereka-mereka yang menyanyangi kita,  mungkin kita merasakan kita seorang yang menderita sedangkan diluar sana, mereka yang  sudah bertahun menangung derita tetap bertahan. tetap yakin disebalik hujan yang turun ada pelangi yang sedang menanti untuk muncul. 

SURAT CINTA : 
Pokok pangkal dari masalah ini adalah iman yang rosak. Kerana itulah Nabi SAW bersabda: “Perbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kami memperbaharui iman kami?”. Beliau menjawab, “Perbanyakkanlah mengucap Laa ilaaha illallaah.” (Hadis hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan At Thabrani).

Wednesday 6 June 2012

Darah Cuti.

Assalamualaikum semua..
terlebih dahulu saya nak jelaskan, permasalahan ini bukan hanya untuk dikongsi kepada rakan-rakan sejantina saya tetapi juga buat lelaki diluar sana. suatu hari nanti anda semua bakal beristeri dan anda bukan hanya tahu untuk mengira ''tarikh cuti'' seorang isteri tetapi harus ambil tahu soal darah haidnya juga. ini kerana, soal melengah-lengahkan mandi wajib memang berlaku dalam kalangan kita. umumnya saya tujukan buat kaum wanita yang adakalanya mengalami masalah was-was untuk mandi wajib kerana cairan coklat yang keluar selepas darah haid mula kering. dalam tidak sedar, dengan beralasan masih was-was untuk mandi wajib menyebabkan kita meninggalkan solat dalam waktu yang lebih panjang. tetapi tidak dinafikan juga ada sengaja melengahkan-lengahkan waktu untuk mandi wajib.ha..ini yang kita seharusnya perbaiki dan kembali kepada apa yang diajar dalam agama kita. 


“Tinggalkanlah solat selama masa haidmu yang biasa kamu alami. Kemudian (seusai tempoh itu) mandilah.” [Shahih Muslim, no: 505] 


Jelas di sini bahawa wanita yang mendapati darahnya telah kering dari warna-warna darah haid, maka dia boleh mandi hadas dan menunaikan solat seperti wanita lain yang suci. saya bukanlah pakar tetapi saya mahu kongsi apa yang saya tahu supaya kita bukan hanya tahu datang uzur dan mandi wajib selepas darah haid sudah kering sahaja, tetapi kita mungkin boleh membantu rakan-rakan kita yang mempunyai sebarang permasalahan dalam hal ini. siapa tahu mereka yang kita kenal mengalami masalah dalam hal ini.buat kamu lelaki-lelaki diluar sana, sla take note juga ya !  

sewaktu godek-godek tentang masalah ini, ingin saya kongsikan disini beberapa hadis dan juga penerangan mengenai masalah darah haid yang mungkin boleh menjadi rujukan buat kita.berikut adalah Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Engkau kedatangan haid selama enam hari atau tujuh hari adalah didalam pengetahuan Allah Taala, kemudian engkau mandilah dan apabila telah engkau ketahui akan diri engkau telah suci dan bersih maka hendaklah engkau sembahyang dan berpuasa selama dua puluh empat atau dua puluh tiga hari dalam sebulan yang demikian adalah memadai bagi engkau . begitulah hendaknya engkau perbuat ditiap-tiap bulan sebagaimana suci mereka itu bagi masa haid dan masa sucinya.” (Riwayat Abu daud, Tarmizi)

disini juga terdapat satu tips bagaimana untuk memastikan darahnya telah kering ataupun belum, maka wanita itu boleh memasukkan cotton buds atau kapas dalam farajnya, jika di dapati adanya darah, maka wanita tersebut tidak perlu mandi lagi dan ia masih dalam keadaan berhadas. Kaedah di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah ra :

Para wanita pada zaman Rasulullah pernah mengirimkan sebuah kotak kepada A’isyah (isteri Rasulullah) di mana dalam kotak tersebut terdapat kapas yang telah bercampur dengan cairan kuning-coklat dari darah haid mereka. Mereka bertanya adakah masa haid sudah berakhir dan bagaimana dengan hukum solat? Maka A’isyah berkata kepada mereka: “Jangan terburu-buru hingga kalian melihat cairan putih ”, maksudnya sudah suci dari haid. [Muwattha’ Imam Malik, no: 117]

Kedua ialah cairan kuning atau coklat yang keluar selepas putaran haid selesai sepenuhnya. Iaitu cairan kuning atau coklat itu keluar selepas darah haid berhenti sepenuhnya atau selepas cairan putih-coklat di akhir putaran haid menjadi cairan putih sahaja. Maka cairan kuning atau coklat ini tidak lagi dikategorikan sebagai darah haid.

Umm Athiyyah menerangkan : “Kami (para wanita pada zaman Rasulullah) tidak menganggap cairan yang keruh atau kekuning-kuningan setelah suci dari haid sebagai apa-apa (yakni tidak dianggap sebagai darah haid).” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 307]


SURAT CINTA : 
Allah swt berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 6 yang bermaksud:

"Dan jika kamu sedang dalam keadaan junub, maka bersegeralah kamu mandi"

Berdasarkan ayat di atas ia menunjukkan bahawa yang sedang dalam keadaan junub (tidak suci) hendaklah menyegerakan mandi wajib untuk ibadat-ibadat bagi membolehkannya menunaikan ibadat wajib seperti solat dan sebagainya.saya harap sedikit sebanyak apa yang dikongsikan ini boleh membantu kita semua agar dapat menjalani ibadat kita dengan sempurna. jangan lengah-lengah ye sayang :)