Sunday 29 April 2012

MANDI WAJIB.

ASSALAMUALAIKUM semua..
semalam waktu membaca email yang ada, terkedu dan tergaman seketika apabila salah seorang hamba ALLAH menghulur salam perkenalan dan meminta aku untuk membuat artikel mengenai mandi wajib. terharu kerana diberi kepercayaan untuk merungkai persoalan yang sering dipandang remeh oleh semua orang. dalam hal mcm ni, aku bukanlah seorang ustazah atau juga ahli ulama tapi yang dapat aku kongsikan adalah salah satu artikle yang aku perolehi dari perkongsiaan seorang sahabat iaitu saudara Fahim beberapa hari yang lalu mengenai :

CARA-CARA MANDI WAJIB YANG BETUL. 

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

SURAT CINTA : 

Al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud:“Apabila Nabi SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Menurut riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”

Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan dripada Maimunah r.ha.“Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya.”

(Riwayat Muslim)

-Buat saudara yang bertanya, saya berharap sedikit sebanyak ianya dapat menjawab yang bermain difikiran saudara. terima kasih kerana memberikan kepercayaan untuk saya merungkai persoalan saudara, semoga perkongsiaan artikel ini dapat memberikan ilmu yang berpanjangan untuk saya, kamu dan saudara-saudara kita di luar sana. semoga sentiasa dalam rahmatNYA. aminn :D-

Saturday 28 April 2012

Jatuh.Bangun.

ASSALAMUALAIKUM semua.. 

''everybody want a happiness nobody wants  pain but you can't have  a rainbow without a little pain ''..


dari mula kita bernafas dan melihat dunia, umpat keji dan fitnah manusia sudah lama hidup dizaman nenek moyang kita.. sesakit mana pun kita rasa tak kan mungkin sembuh jika kita sendiri terus terbaring dan hidup dalam sangkar kata-kata manusia. kenapa?kerana mulut manusia bukan tempayan yang boleh ditutup.. 


saat aku mula berjalan dan kemudian aku lihat kembali tapak-tapak hati yang mereka tinggalkan ketika singgah dalam hidup aku, satu persatu aku timbus dan aku tinggalkan semua itu, kerana aku bukan masa silam yang akan terus hidup dimasa silam..aku manusia yang harus ke hadapan kerana mereka-mereka sedang menanti dihadapan..


''kita merancang, ALLAH juga merancang.dan sebaik-baik perancang adalah DIA''

kita dipertemukan tanpa kita merancang.dan kita tidak dapat melihat apa yang dirancang untuk kita pada masa akan datang. dipertemukan untuk belajar dari pertemuan yang berlaku. ''let the right one in let the old dreams died, let the wrong ones goes''.. dan bermula hari itu aku mula tersenyum kerana mereka-mereka yang sayangkan aku...kenapa aku mahu terus duduk, sedangkan aku masih boleh bangun dan berjalan. kenapa kau mahu terus meratap sedangkan aku masihh lagi boleh tersenyum.. dan hari ini aku mampu tersenyum lebar kerana bukan aku yang akan hidup dalam sumpahan kata-kata mereka tapi mulut yang berkata-kata menelan kembali butir bicara yang mereka hamburkan...




smiles can hide so much fear, pain, sadness, tears. buat than again they reflects one thing. 
S.T.R.E.N.G.T.H.   
...........................................................................
SURAT CINTA :

kita menangis, menangis dan membiarkan mereka yang menghina melihat kelemahan kita. tahu apa yang kita sedang buat?kita sedang memberi mereka kemenangan untuk terus menjatuhkan kita. kenapa?kerana kita menjadi seperti yang mereka mahu.iaitu JATUH ! 
- AHMAD ASYRAF-

jangan takut, bangunlah..kerana..

 

-LOVE-

Wednesday 25 April 2012

KENANGAN TERINDAH.

ASSALAMUALAIKUM semua..
hari ini masuk hari ke 3 aku mula menjadi penganggur terhormat..hoho..tempahan manik orang ada lagi tak siap =_='' .. *sakit pinggang memang menganggu prestasi saya (iklan tetiba.huhu)
masih terdengar riuh rendah suara anak-anak di Prasekolah, gurau senda dengan kak ayu, kak ina, kak gee & cikgu nizam. jerit pekik gurauan gila-gila dengan wan, aja dan reen, keramahan cikgu-cikgu di SKTBT, telatah anak-anak SKTBT dan segalanya masih segar & bermain-main kat kepala (ayat habis skema & sastera ). tak nak bercakap banyak, karang ada juga mata yang rabak.seriously aku rindukan mereka :( .. 


sempena majlis perpisahan kami, pihak sekolah meraikan kami bersama dengn majlis hari lahir anak-anak pra Sekolah yang lahir pada bulan januari hingga April. aku bersama cikgu aza juga sempat snap beberapa gambar dengan mereka. check it out :)




 ini kek untuk kami..nyumm nyumm !


 time-time nak bergambar nilah '' kereyotan'' pada tudung berlaku =_=''


 it's hard to leave them :(




 jom layan aksi-aksi sopan gila-gila bersama mereka. KLIKK KLIKK ! :)






       
mungkin kamu semua hilang dari pandangan mata cikgu, tetapi dihati dan disetiap doa tak mungkin hilang.going to miss u all. 

SURAT CINTA : 

SPECIAL THANKS TO  THIS PERSON : 


terima kasih ude,
sebab dari awal kita kenal banyak membantu thah dalam subjek yang kita sama-sama ambik
sebab selalu tolong menyumbangkan idea
sebab sudi mendengar idea thah
sebab tak berhenti menyokong dan berkongsi pengalaman praktikal
serta banyak menbantu sepanjang thah praktikal
dan secara keseluruhan dan tersirat serta tersurat.
TERIMA KASIH SAHABAT :D


-LOVE-

Monday 23 April 2012

PENGHARGAAN.

ASSALAMUALAIKUM semua ..

Alhamdulilah., praktikum berakhir sudah. perasaan bercampur baur. sedih dan gembira kerana kami bakal konvo tidak lama lagi dan memulakan dunia baru. tapi tak dapat dinafikan sedih kerana meninggalkan anak-anak yang setiap hari menceriakan hari kami, warga SKTBT yang sudah seperti satu keluarga. tapi semua tu lumrah kan? apepun ''kenangan yang ada tak mungkin mati kerana ianya tetap hidup dalam diri kita semua'' ( dipetik dari kata-kata cikgu nizam.heee ! :) )

belum berkesempatan untuk update mengenai majlis perpisahan dan juga coretan akhir dihari terakhir bersama mereka. insya allah akan diupdate. rasa terharu amat sangat bila membaca mesej dan komen yang bertanyakan bagaimana minggu terakhir di SKTBT. insya allah akan diupdate selepas ini sampai lebam.hehe.

hari ini menugal jagung
hari esok menugal jelai
hari ini kita berkampung
hari esok kita bercerai

dari mana hendak ke mana
tinggi rumput dari padi
hari mana bulan yang mana
dapat kita bertemu lagi


setinggi-tinggi penghargaan buat warga SKTBT yang sudi menerima kedatangan saya dan kawan-kawan untuk menimba ilmu dan belajar terus belajar. Kepada Puan Nik Aziah, terima kasih kerana sudi menjadi ibu kepada kami dan tidak henti-henti memberikan kami nasihat serta dorongan. tidak dilupakan juga buat Puan Yasmin, Puan Norazila, Puan Hayani serta semua guru-guru yang banyak membantu kami untuk menyesuaikan diri dan belajar banyak perkara baru di sekolah yang memberikan saya dan rakan-rakan 1001 kenangan. 


tiada kata-kata untuk mengambarkan betapa berharganya kenangan bersama kalian. cikgu nizam, kak ayu, kak gee & juga kak ina. setiap hari pasti ada sahaja gelak tawa mencuit hati. terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan juga banyak membantu kami sepanjang menjaga anak-anak yang berbagai kerenah.semoga kalian sentiasa dalam rahmatNYA :) .. going to miss u all !


Buat Puan Fazlina , terima kasih Puan kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan sepanjang tempoh menamatkan praktikum kami. dan juga buat Cik Ain , terima kasih kerana ketegasan cik ain ketika mengajar kami banyak membantu kami untuk menyesuaikan diri di alam praktikal. pastinya tak kan melupakan apa yang telah kalian berdua ajar dan juga terima kasih yang tak terhingga buat  kalian berdua dan semua pensyarah yang mengajar saya dan rakan-rakan. semoga kalian semua sentiasa dalam rahmatNya. :)


buat anak-anak cikgu yang cukup cikgu sayang, terima kasih haiqal, fateeh, amirul, aiman, azam, farhan, jazil, hakim, abdullah hakim, rafiq, izwan, syazwi, saiful alif, aleya, intan, laila, fatin, qistina, dhia, amelia, eyzah, nadhirah, iman, aisyah, dan syarifah. terima kasih kerana mengajar cikgu dan cikgu aza erti kesabaran dan terima kasih kerana memberikan kami kenangan yang cukup bermakna. semoga kalian semua akan menjadi umat yang cemerlang, anak yang baik,murid yang gemilang & manusia yang terbilang. amin :)


 buat teman-teman seperjuangan, TAHNIAH kerana sudah menamatkan praktikum dengan jayanya. buat yang bakal berpraktikum.. selamat maju jaya dan menempuh alam praktikum. terima kasih buat semua rakan-rakan yan g saling membantu dalam menempuh alam praktikum. rinduuuuuu  !!!! cepat-cepat plan untuk reunion ! miss u all K9G2 :)

bintang barat terbit petang
bintang timur terbit pagi
jika tidak melarat panjang
ada umur ketemu lagi.

SURAT CINTA : 
Dear Allah...
I want to take a minute...
not to ask for anything from You... but
simply to say thank YOU, for all I have.
ALHAMDULILLAH.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil alamin..Wossolatu wassalamu a'la ashrafil mursalin..saiyidina Muhammadin khotimin nabiyyin. Wa a'la alihi wasohbihi ajmain. Allahumma inna nas aluka minalkhairi kullihi a'jilihi wa ajilihi ma a'limna minhu wama lamna'lam..wa na u'zubika minash sharri kullihi a'jilihi wa ajilihi ma a'limna minhu wama lam na'lam. Allahumma ya fatahu ya a'lim..

Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang aku telah tahu atau yang belum aku ketahui, kurniakan kepadaku nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan segala kebaikan dalam hidup ku.

Wahai Tuhan, aku memohon rahmatMu, nikmat dan ihsan, menadah tangan berdoa memohon taufik dan hidayahMu, petunjuk dan inayahMu, bukakanlah hati dan fikiranku dalam menyumbang buah fikiran dan pendapat yang bernas lagi bermanfaat bagi mengembang dan mempertahankan syariatMu serta mengangkat darjat umat.

Ya Rahman, bukakanlah pintu hati ku dengan kebijaksanaan ilmu dan hikmah.

Allahumma, aku sentiasa mengharapkan bimbingan rahmatMu, kerana itu janganlah engkau membiarkanku mengendalikan urusanku sendirian tanpa hidayahMu, walau sekecil mana pon urusan itu.

Wahai Tuhan ku, tiada perkara yang mudah melainkan Engkaulah yang menjadikan ianya mudah. Engkaulah jua yang dapat menjadikan sesuatu yang sukar itu juga menjadi mudah sekiranya Engkau mengkehendaki.

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan irihati, sama ada aku telah tahu atau yang belum aku ketahui..

Ya Allah, makmurkanlah hidup ku dan saudara-saudara Islam ku dengan limpahan rahmat dan kasihMu..Perteguhkanlah hubungan tali silaturrahim di kalangan kami. Lembutkanlah dan satukanlah jiwa-jiwa kami, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami bagi menunaikan amanahMu dengan lebih berkesan.

Jadikanlah kami bangsa yang taat kepadaMu, kuat berusaha dan mampu menghadapi segala cabaran serta ingin terus maju kehadapan sesuai dengan peredaran zaman bagi meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Amin ya Rabbal alamin.. Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina a'za bannaar..wasallallah hu a'la saiyidina Muhammadin wa a'la alihi wasohbihi wa barak wasallam. walhamdulillah hi Rabbil a'lamin.

Amin.


Wednesday 18 April 2012

CUN MELECUN.

ASSALAMUALAIKUM semua..

cuba teka berapa umur gadis cun kat bawah ni?



15 TAHUN? 
16 TAHUN?
17 TAHUN?
12 TAHUN?
OK MASA DAH TAMAT !! JAWAPANNYA 30 ;D

Tak percaya?jom kita selongkar :)


Xia Da adalah salah seorang seniman manga (kartun Jepang) kelahiran Hunan , China 04 April 1981 yang cukup terkenal karena wajah super imutnya. Xia Da terlihat seperti ABG usia 14 tahun dan tidak ada yang menyangka usianya sudah 30 tahun.


Perempuan kelahiran Hunan Huaihua, China 4 April 1981 ini memang sangat fenomenal. Selain karyanya mampu bersaing dengan kartun-kartun Jepang, wajahnya yang lucu dan kekanak-kanakan seperti tokoh kartun juga banyak menghiasi sampul majalah game di Jepun. Tapi bukan hanya orang China seperti Xia Da saja yang awet muda, sebagian besar orang Asia punya kekhasan genetik yang membuatnya selalu tampak lebih muda dibandingkan orang barat.





SURAT CINTA :

jom selak-selak petua untuk kita jaga anugerah yang ALLAH bagi.tak perlu berhabis berjuta-juta pun :D 

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah anda akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.

Petua 9: Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

 SENYUM SELALU ! -LOVE-

Tuesday 17 April 2012

PEMBUNUH WANITA & LELAKI.

ASSALAMUALAIKUM semua..

Kanser serviks berlaku apabila sel yang tidak normal membesar dan merebak ke kawasan servik iaitu pangkal rahim wanita. Kanser servik merupakan pembunuh no 2 kanser selepas kanser payudara di Malaysia. Apa yang unik daripada kanser-kanser yang lain ialah kanser servik ini lebih disebabkan oleh virus. Sekiranya kita dapat mengenal pasti dengan lebih awal ia dapat diselamatkan.




Tanda-tanda atau simptom-simptom kanser servik.

Pada awal pembentukan sel-sel kanser tersebut, ia jarang menunjukkan tanda-tanda. Tetapi apabila ia semakin berkembang, simptom-simptomnya termasuklah:
Lendir yang terkeluar daripada vagina. Lain daripada biasa.
Pendarahan rahim antara ‘period’
Pendarahan selepas menopaus.
Pendarahan ketika melakukan hubungan kelamin.

Punca utama kanser servik: HPV

Human papillomavirus (HPV) adalah satu kumpulan besar virus. Terdapat 40 jenis yang dapat menjangkiti bahagian genital dan sesetengahnya mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan penyakit kanser serviks.

Biasanya HPV genital akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi apabila ia sudah menjadi kronik, ia akan menyebabkan perubahan pada sel-sel di bahagian serviks dan perubahan sel ini akan membawa kepada kanser serviks. Hampir 90% yang mengalami kanser serviks adalah disebabkan jangkitan HPV.

Siapakah yang mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan HPV?

Jangkitah HPV biasanya berlaku kepada wanita yang pernah dan sering melakukan seks. Disebabkan jangkitan HPV boleh berlaku secara senyap, ia mungkin berada di bahagian serviks bertahun lamanya sejak anda melakukan seks. Kemungkinan akan bertambah apabila anda melakukan seks dengan berlainan pasangan.

Juga apabila anda melakukan seks dengan pasangan anda yang mempunyai pasangan seks yang lain. Ia tidak hanya berlaku kepada perempuan sahaja, lelaki turut mempunyai risiko yang sama untuk mendapat jangkitan HPV. Jangkitan HPV juga mempunyai kaitan dengan kanser di bahagian vulva, vagina, penis, anal dan juga oral untuk kedua-dua jantina.

Bagaimana jangkitan HPV boleh menyebabkan kanser servik?

Apabila terdapat jenis jangkitan HPV meliar di serviks, ia akan menyebabkan pembentukan sel yang tidak normal di servik. Perubahan itu akan menukarkan sel-sel serviks kepada perubahan pre-kanser. Pada waktu ini anda masih belum mendapat kanser lagi. Tetapi dengan berlalunya masa, ia akan membentuk sel kanser. Apabila ia telah wujud, kanser ini akan tumbuh dan merebak ke serviks dan kawasan sekitarnya.

Apakah risiko lain untuk mendapat kanser servik?

Antara risiko lain adalah
Merokok
Alkohol
Mempunyai anak yang ramai.
Menggunakan pil perancang kehamilan pada jangka masa yang lama.
HIV positif atau mempunyai sistem imun yang lemah

Pengesanan awal. Lakukan ujian ‘Pap smear’

Ujian Pap smear merupakan antara salah satu cara saringan yang membantu mengenal pasti potensi sel-sel serviks untuk bertukar menjadi sel kanser. Ujian ini mampu mengenal pasti peringkat awal sel-sel tersebut mengalami perubahan sebelum ia menjadi kanser lagi. Wanita seharusnya memulakan ujian Pap smear selepas 3 tahun melakukan aktiviti seks.

Berapa kerap untuk anda melakukan ujian ini bergantung kepada keputusan ujian yang anda telah terima, faktor-faktor risiko dan juga masalah kesihatan yang anda hadapi. Biasanya untuk wanita biasa 3 tahun sekali adalah memadai. Tetapi untuk wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan HPV, setahun sekali perlu dilakukan.

Apakah yang akan berlaku jika keputusan ujian Pap Smear tidak normal?

Apabila keputusan menunjukkan sel-sel serviks anda tidak normal. Anda mungkin perlu melakukan sekali lagi ujian Pap smear. Dan kemudian doktor anda mungkin akan melakukan prosedur kolposkopi di mana serviks perlu dilihat dengan lebih jelas menggunakan sejenis alat seperti mikroskop. Di situ doktor akan melihat bahagian mana yang nampak abnormal daripada biasa dengan menggunakan acetic acid 0.03% dan juga iodine.

Biopsi tisu serviks akan di ambil untuk dihantar ke makmal untuk memastikan ia bukannya sel kanser. Sekiranya sel tersebut pre-kanser, tisu tersebut akan dibuang.

Tahap Kanser Serviks

Kanser serviks mempunyai 4 tahap.
Tahap 0 menunjukkan sel kanser hanya berada di permukaan serviks sahaja.
Tahap 1 apabila kanser tersebut merebak di luar serviks di mana ia menyerang tisu-tisu di sekelilingnya.
Tahap 2 menunjukkan kanser tersebut sudah menyerang ke bahagian atas vagina.
Tahap 3 menunjukkan kanser tersebut menyerang ke bahagian bawah vagina dan menyekat saluran kencing.
Tahap 4 kanser tersebut sudah merebak ke organ yang lain seperti rektum, pundi kencing dan juga organ-organ yang lain.

Rawatannya adalah dengan pembedahan

Apabila kanser tidak berkembang melebihi tahap II, pembedahan biasanya disyorkan untuk membuang mana-mana tisu yang mempunyai kanser. Biasanya ia melibatkan pembedahan yang dipanggil histerektomi, di mana serviks dan uterus bersama dengan tisu-tisu di sekelilingnya akan dibuang. Pakar bedah juga mungkin akan membuang tiub fallopian, ovari, nodus limfa yang berdekatan dengan tumor.

Rawatan Radiasi

Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi X ray untuk membunuh sel kanser di kawasan berkenaan. Ia juga membantu memusnahkan sel kanser yang tertinggal selepas pembedahan.

Kesan sampingan radiasi biasanya kurangnya sel darah, rasa lemah, ketidakselesaaan pada perut, hilang selera makan, kurang berat badan, loya dan juga muntah.

Rawatan Kemoterapi

Kemoterapi menggunakan ubat untuk menyerang sel kanser di mana sahaja ia berada. Apabila kanser serviks telah merebak ke organ-organ yang lain, kemoterapi akan menjadi pilihan utama. Bergantung kepada jenis ubat dan dos, kesan sampingan mungkin termasuk lemah, mudah luka, gugur rambut, loya dan muntah dan juga hilang selera makan.

Mengatasi kesan sampingan rawatan kanser

Rawatan kanser akan menyebabkan anda tidak bermaya dan juga tidak mempunyai selera makan. Tetapi ia adalah sangat penting untuk anda mengekalkan kalori supaya berat badan anda tidak turun. Berjumpa dengan pakar pemakanan dalam mengetahui tips pemakanan ketika mengalami rawatan kanser.

Sentiasa aktif juga sangat penting. Senaman ringan mampu meningkatkan tenaga anda dan mengurangkan stres. Periksa dengan doktor untuk mengetahui senaman apa yang sesuai dengan keadaan anda.

Cegah Kanser Serviks dengan Vaksin.

Terdapat vaksin yang mampu mencegah kanser serviks yang berkaitan dengan jangkitan HPV. Vaksin tersebut adalah Cervarix dan Gardasil yang memerlukan 3 dos dalam masa 6 bulan. Kajian telah menunjukkan vaksinasi adalah efektif dalam mencegah jangkitan kronik yang melibatkan HPV yang menyebabkan 70% daripada kanser serviks. Gardasil juga melindungi 2 jenis HPV yang menyebabkan ketuat di bahagian genital.

Dos pertama: Ketika di sekolah atau di klinik.
Dos kedua : Satu bulan selepas dos pertama.
Dos ketiga: 6 bulan selepas dos pertama.

Siapa yang harus mendapatkan Vaksin HPV?

Vaksin ini hanyalah sebagai langkah pencegahan dan bukannya merawat. Ia akan menjadi paling efektif apabila dilakukan apabila sebelum individu tersebut aktif secara seksual. Di negara kita, vaksinasi ini dilakukan seawal umur 13 tahun.

Kepada kanak-kanak perempuan yang berumur 13 tahun, mereka boleh mendapatkan vaksin ini secara percuma di sekolah-sekolah dan juga klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepada wanita dewasa, anda juga boleh mendapatkan vaksin ini di klinik ataupun hospital dengan bayaran tertentu.

SURAT CINTA :  
Di dalam tafsiran Ibn Abbas, nikmat yang dimaksudkan dalam surah al-Kauthar ayat 8:

“Di kemudian hari kamu akan ditanya tentang nikmat,” ialah nikmat kesihatan. Manusia akan di pertanggungjawabkan apakah yang telah dilakukan ketika sihat.

Islam merupakan satu agama yang cukup memberi perhatian terhadap kesihatan. Sesiapa yang diberikan kesihatan daripada Allah s.w.t., mestilah memelihara kesihatan tersebut.Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis,

“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”

INSYA ALLAH ADA JALANNYA :D






Monday 16 April 2012

KASUT BERACUN.

ASSALAMUALAIKUM semua..

cantik kan? 


 yang ni pun !


tetapi kasut-kasut ini semua adalah salah satu senjata untuk membunuh tubuh badan kita. erk? 

Bagaimanakah ia boleh berlaku? Kasut tumit tinggi akan:

- Mengalihkan berat badan ke bahagian depan kaki yang boleh menyebabkan kalus, kesakitan akibat bunion (bengkak sendi tulang kaki), pembentukan belulang (kulit keras) dan perubahan bentuk kaki

- Oleh kerana berat badan ‘ditolak’ ke depan, ia akan menyebabkan tulang belakang ‘tertolak’ ke belakang untuk keseimbangan. Perkara ini lama-kelamaan akan menyebabkan sakit belakang

- Kedudukan kaki dalam kasut yang biasanya runcing di depan dan bertumit halus boleh mengakibatkan buku lali menjadi tidak stabil dan berisiko mengalami buku lali tergeliat

- Otot betis boleh menjadi pendek dan tegang. Memakai kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama (melebihi enam bulan berterusan) boleh mengakibatkan otot betis menjadi pendek sepanjang masa walaupun ketika berehat

Penyelidik dari Universiti Harvard mendapati, kasut tumit tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah osteoartritis, terutama pada lutut, kesakitan, penyakit kemerosotan sendi dan kemusnahan kartilaj pada lutut.

Lebih tajam dan halus tumit kasut, lebih banyak kesan negatif pada kesihatan, terutama pada lutut individu yang mengalami masalah artritis.

Untuk melihat kesannya, kajian dijalankan terhadap wanita muda yang diberi kasut bertumit tujuh sentimeter (2.7 inci) tinggi dengan dua kelebaran iaitu dua sentimeter (1.75 inci) dan 1.25 sentimeter (setengah inci).

Responden disuruh berjalan sejauh 10 meter dengan tiga kaedah berbeza — memakai kasut tinggi bertumit tebal, diikuti kasut tumit halus dan berkaki ayam.

Berjalan di atas kasut tumit tinggi memberi tekanan tidak normal pada depan dan belakang lutut.

Didapati kasut bertumit halus meningkatkan 26 peratus tekanan ke atas lutut, manakala tekanan kasut bertumit tebal pula sebanyak 22 peratus.


SURAT CINTA : 
apa guna kalau kita cantik bergaya tapi pakaian yang dipakai seperti bom yang bakal meletup bila-bila masa sahaja, apa guna cantik bergaya jika perhiasan seperti tali yang bakal menjerut leher. jadi diri sendiri. pakai apa yang kita selesa. ketinggian peribadi kita tak diukur melalui inci tumit kasut. tapi dari personaliti.tak ada beza kamu tinggi atau rendah. * maksud saya kurang inci. =_=''

''Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)''
-LOVE-

iklan tak berbayar :  walaupun inci saya kurang tapi suka kasut kurang inci.ngeeee :)

Sunday 15 April 2012

CINTA HATI.

ASSALAMUALAIKUM semua..


waktu kami sedang enak diulit mimpi,
emak sudah bangun menyiapkan bekal untuk kami bawa ke sekolah
waktu kami sedang enak diulit mimpi,ayah sedang bersengkang mata di jalan raya
membawa berpuluh penumpang
untuk mengisi perut kami
waktu kami sedang bermain,
ayah dan emak menjadi akauntan
merancang belanja untuk kegunaan kami
waktu kami sedang meminta-minta
ayah dan emak menjadi pari-pari
menunaikan keinginan kami
waktu kami sedang kesakitan,
ayah dan emak menjadi doktor
mencari penawar kesakitan kami
waktu kami sedang menangis kesedihan
ayah dan emak menjadi pelukis senyuman
menghibur kami
waktu kami sedang terjatuh 
ayah dan emak menjadi badang 
menghulur tangan, memapah kami agar terus berjalan
waktu kami melangkah keluar dari dunia asing
emak dan ayah menjadi superhero
melidungi kami dari kesakitan manusia
waktu kami kesusahan
ada yang terus berlari pergi
tapi
ayah dan emak terus duduk, terus berdiri, terus melangkah
BERSAMA KAMI .
kerana itulah mereka insan 
TERBAIK hidup kami.
-ENCIK MOHD SOBRI & PUAN NORIZAM-

SURAT CINTA :
Rasulullah S.A.W ditanya tentang peranan ke dua orang tua. beliau lalu menjawab ''mereka adalah ( yang menyebabkan) syurgamu atau nerakamu.''
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)