Monday, 26 December 2011

GPMS ~

Waktu singgah di stesen minyak, tetiba ada yang menegur dari belakang..
PakCik : anok ni dari GMPS U mane?
Aku : erk?saya ke?saya dari Universiti Industri Selangor * siap sebut nama penuh lagi
PakCik : semart baju..baju untuk mende ni?
Aku : oh..ni waktu aktiviti Kembara Alam Rimba..
PakCik : baguslah gtu..belajor terus belajor.. * sambil ambil barang dan g kaunter
aku ? terpinga2 kejap tambah bangga..& malu jugak sebab xsedar anak tudung ternaik kat belakang.tu yang leh nampak Lambang Gpms tu..huhu



Pernah kah anda melihat Logo ini?dimanakah?apakah yang anda tahu tentang Logo ini? 
jom kita kongsi bersama kisah percintaan asal-usulnya :)

Hari Ini Dalam Sejarah
Tarikh Siaran : 15 Ogos 1980
dipetik dari sumber : Sejarah Penubuhan GPMS

Pada hari ini dalam tahun 1948, Konvensyen Pelajar-Pelajar Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah membuat ketetapan bersetuju menubuhkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung yang lebih dikenali dengan singkatan GPMS.

Penubuhan GPMS ini telah digerakkan oleh lima orang mahasiswa dari Raffles College dan Kolej Perubatan King Edward di Singapura iaitu Abdul Wahab Ariff, Mohd. Nor Marahakim, Abdullah Majid, Hasmah Mohd. Ali (seorang siswi perubatan) dan Aminuddin Baki selaku ketua. Merekalah yang bertanggungjawab menganjurkan konvensyen itu dan seterusnya bertanggungjawab terhadap penubuhan Jawatankuasa Sementara GPMS.

GPMS telah ditubuhkan atas dasar kebangsaan Melayu dan Agama Islam yang lahir dari rasa:

1. SEDAR atas perlunya disatukan tenaga pelajar-pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu;

2. SEDAR akan kemunduran bangsa Melayu dalam ilmu pengetahuan;

3. SEDAR terhadap kewajipan untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa dan

4. SEDAR bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa adalah ditangan pelajar.


Gabungan pelajar ini merupakan sebuah persatuan pelajar kebangsaan yang pertama ditubuhkan di negara ini dan segala perjuangannya sebelum merdeka merupakan sebahagian dari gerakan nasionalisme negara ini.

Pada tahun-tahun selepas merdeka GPMS telah melaksanakan kegiatan-kegiatannya melalui program pendidikan, kebajikan, keagamaan dan kebudayaan yang dipadankan dengan tujuan pergerakan badan itu, iaitu "menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar dari segenap lapisan masyarakat". Di antara kegiatan-kegiatan itu ialah konsep Kelas Bimbingan yang diperkenalkan pada tahun-tahun 1950an yang kemudiannya menjadi aktiviti badan-badan belia tahun 1960an.

Selain dari itu GPMS telah juga menjalankan program Gerakan Obor yang meniupkan kesedaran bahawa pelajaran adalah kunci kemajuan bangsa; melancarkan Operasi Pembangunan Masyarakat pada tahun 1971, dan seterusnya siri ceramah Teknik Menjawab Peperiksaan SPM dan STP dan juga siri ceramah Bimbingan Kerjaya yang masih digiatkan hingga kini.
Pada hari ini, 15hb. Ogos 1980, GPMS mencapai usia 32 tahun dan merupakan persatuan pelajar yang tertua serta berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh kebangsaan di negara ini. Dengan berpandukan kepada lambang obor merah putih di tangan, yang berwarna merah, menerangi peta putih Semenanjung berlatar hijau, GPMS akan terus mara mencapai cita-cita perjuangan dengan ikrar :

"Dengan hati yang suci murni, kami pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu bersatu berdasarkan Keislaman dan Kebangsaan; berjuang dengan berani kerana benar untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa sebagai syarat mencapai kemajuan dan kemuliaan bangsa Melayu"

Jom Karaoke pulak nak?asyik lagu cinta je..mari recharge tenaga bersama :)

Mahameru - Mahasiswa Melayu Baru :)
* saya nak letak video lagu ni tapi gagal..mianei T_T


Tinggalkan ibu, tinggalkan ayah
Tinggal sanak saudara
Kerana kursus kami turutkan
Demi bangsa tercinta

Dari utara hingga ke selatan
Dari semua cawangan
Kami bergabung bawah satu badan
Dengan satu tujuan

Berdialog, dan segala
Semuanya harus kami rasa
Tanggungjawab di amanah
Sanggup kami terima

Ayuh semua kita bersama
Sehati dan sejiwa
Bersama kita hadapi rintangan
Demi masa hadapan

Di ufuk timur suria mulai cerah
Cahaya fajar baru
Bersyukur kepada Tuhan Yang Esa
Pencipta alam maya

Ku pohon doa restu malam syahdu
Menghadap kiblat suci
Semoga gabungan kami ini
Gemilang dan abadi

Terkenal Gabungan Pelajar Melayu
Di seluruh negara
Membangunkan semangat
Pimpinan abadi,GPMS perwira

Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Esa
Ku pohon doa restu
Semoga gabungan kami ini
Gemilang dan abadi
Gemilang dan abadi




Surat Cinta : BELAJAR TERUS BELAJAR.


No comments:

Post a Comment