Friday, 4 March 2016

#asyrafatihah

Assalamualaikum..

bersawang tak nampak rupa blog dah.hoho..
hai semuaaaa..sihat? semoga dalam lindungannya selalu.sihat sihat selalu.
last post 2 Mei 2014. hohoho.pemalas level berapa ntah.
tak tahu nak post apa. nak membebel apa.
so hari ni nak berkongsi cerita gembira

alhamdulilah.. 5 FEBRUARI 2016  saya selamat diijabkabulkan dengan pilihan jantung hati jiwa dan bukan raga basikal. 




maafkan bulu mata yang tak menyempat nak tercabut.






mak ayah.ma abah.adik adik,kakak.abang.tok.wan.mok sedara pok sedara.sepupu sepupu.saudara mara.sahabat handai.cikgu cikgu,rakan sekerja & semuaaaa. You know who you are. 

alhamdulillah.it was a beautiful day, blessings from Allah SWT. we can't thank everyone enough! moga Allah swt membalas berganda ganda! love you all lillahi taala. 

terima kasih untuk kenangan ni. semoga Allah menjaga kita semua dalam limpah kasih sayangNYA. aminnn. 

Mesej cinta ikhlas daripada : 

Abe asyraf & kaklong tihah. ihikss. 







Friday, 2 May 2014

Cuci Mata

Assalamualaikum semua..

semalam dah update.hari ni mood rajin update lagiiiii.haha 

hari ni nak ajak korang cuci-cuci mata. 


ni ha.tengok-tengok mana yang berkenan.kihkih. * memang mintak penampo betul yang menulis ni. 

ok dah dah dah dah.makin lama nanti makin melalut. jum tengok bawah. 









cantik kan?serius cantik. kalau korang berkenan nak tempah.boleh wassap atau sms no yang kat atas tu.kalau nak sms mintak sambal udang petai punnn boleh kot?erkk..haha.jangan.buatla camtu kalau agak-agak nak makan kasut.hehe.

haaa..memandangkan Hari Raya yang bakal menjelang tiba nanti.owner ni cakap insyaaAllah akan ada offer.jadi apa tunggu lagi.dah berkenan tu cepat-cepat wassap.boleh tanya detail pasal kain ni nanti.beli cepat-cepat.nanti dah dekat raya tempahan jahit baju pun orang dah tutup.so tunggu apa lagi? :) 

SURAT CINTA : 

untuk sesiapa yang berminat nak saya promosikan barang yang anda jual di blog saya.boleh pm kat sini ya : Page Dunia Pemikiran Nurul Fatihah Mohd Sobri.
InsyaaAllah saya tolong mana yang termampu. 

RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan."
(Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)





Thursday, 1 May 2014

Blog best ! :)

Assalamualaikum semua...

hai hai haiiiiiiiiiiii !

sihat semua? alhamdulilah.

ok nah tengok sini : 


 klik sini : Vanila Coklat 
*blog ni sangat sweet sebab bukan sorang je yang update.nak tahu sape sorang lagi?haa..cepatlah singgah.baca entri-entri sempoi dan ada mesej juga terselit.singgah tau ! *arahan.hihi



Klik sini : Bicara Hati

*sape-sape yang suka travel.tak rugi tengok blog ni.insyaaAllah boleh membantu. tapi bukan cerita pasal travel je best.haaa..nak tau cepat tekan link blog ni.


ingat lagi tak entri ni? 3 Mesej . macam yang saya janjikan dalam entri tu.tadaaaaaa ! ni 2 blog yang saya terjah.2 3 hari jugak nk baca semua entri tu.malam baru sempat.eh? bukan jadi stalker haram eh.ni stalker ada kad jemputan ok?!kalau nak bagi komen lebih-lebih memang tak mampu tapi yang pastinya tak rugi g blog diorang.sempoi.ada mesej berguna yang disampaikan.dan yang pastinya boleh sengih sorang-sorang baca. *saya tak gila.

singgah tauuuuuuuuuu ! tauuuu ! tauuuu ! 

ok dah dah.tak nak tulis panjang-panjang.so korang boleh cepat-cepat terjah blog tadi.hehe.jumpa lagi. :) *eh surat cinta kat bawah jangan lupa baca. 

wassalam. 

SURAT CINTA : 


Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Janganlah saling dengki-mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi, dan merendahkannya. Takwa itu di sini (Baginda SAW menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang itu dikatakan buruk jika sanggup menghina saudaranya sesama Muslim. (Sesungguhnya) setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya dan kehormatannya.”
 
(Hadis Riwayat Muslim no.2563 dan Ahmad no.7713)


Tuesday, 1 April 2014

Infaq

Assalamualaikum..


“Katakanlah, "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.”
(QS Saba’ ayat 39)

hari ni saya nak kongsikan sedikit apa yang saya baca dari : http://zaharuddin.net . 


Bagaimana sebenarnya maksud rezeki di dalam Islam?


Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam. Hakikatnya orang yang ‘memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.

Namun sebelum itu, perlu difahami, sebagaimana rezeki yang tidak boleh dikecilkan skopnya hanya kepada harta, begitu juga ‘pemberian' dan ‘sumbangan' yang juga tidak terhad kepada wang dan harta. Ia sangat nyata sebagaimana yang pernah saya tuliskan petikan hadis Nabi Muhammad dalam artikel saya sebelum ini . Bahawa mengajak orang kepada kebaikan dan melarangnya dari kemungkaran adalah sebuah pemberian berharga, membantu mereka yang melakukan kerja yang baik itu pemberian, dan menahan diri dari melakukan maksiat itu sendiri merupakan sebuah pemberian amat bermakna.

Apa yang jelas, semua jenis ‘pemberian' dan ‘sumbangan' itu adalah amalan kebajikan apabila ia menepati dua syarat yang paling minima iaitu :-

1) Ikhlas kerana Allah

2) Ia berupa sumbangan ke arah kebaikan berdasarkan penilaian hukum Islam.

Justeru, apa sahaja yang disumbangkan, sama ada idea, ilmu, teguran, nasihat, tenaga untuk kerja, masa, perasaan, emosi dan sebagainya untuk membawa kebaikan untuk Islam, ia adalah sumber terbukanya rezeki di sisi Islam. Ia juga merupakan sumber kewujudan unsur ‘berkat' di dalam kehidupan dan harta.


klik dan lihat disini juga : http://vimeo.com/10050014
...................................................................................................................

untuk membaca lebih lanjut bolehlah ke blog Ustaz Zaharuddin ya. insyaaAllah banyak ilmu berguna yang boleh dikutip. sejujurnya tujuan untuk saya berkongsi artikel diatas juga adalah kerana : sila lihat bawah ya. 






jadi bagi yang sudi boleh lah hulurkan sumbangan berdasarkan maklumat diatas. moga-moga niat baik saudara/saudari semua dalam redhaNYA.apa sahaja bentuk sumbangan daripada pihak anda amat dihargai. Hanya Dia mampu membalasnya.InsyaaAllah..aminn. 

Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. 
( At-Talaq : 2-3)


SURAT CINTA : 

“Harta yang menjadi milik kamu yang sebenarnya ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah.” -Sayidina Ali-


Monday, 31 March 2014

3 MESEJ.

Assalamualaikum semua.. 

hai hai hai..rindu?hehe.. soalan ntah pape...maaf maaf, lama xupdate..bila g blogwalking mesti tanya kenapa senyap je tak update blog. terharu kita tauuu. *sah lepas ni kena kutuk perasan lagi. tapi sejujurnya blogwalking pun dah jarang kerana sibuk. *bajet busy. 

betul lah ! tak tipu ok? 



Alhamdulilah, dapat jugak tambah pendapatan dengan tempahan agar-agar kering. nak tempah boleh pm fb kita ok?*sempat jugak promote tu. hihihi...ni bukti kenapa diri ini busy.  tak nak cite lebih2 pasal agar-agar ni sbbnya yang tu kita cite nanti entri lain.berbalik kenapa tujuan asal kenapa merajinkan diri untuk update adalah kerana nak stalk aka intai-intai blog baru. bila tengok kat group blogger..banyak blog-blog baru yang superb tapi sbb nak stalk satu-satu tu masa tak mengizinkan so kita buat entri tukar-tukar link ni. then nanti boleh jugak review kat blog sndri. insyaaAllah. 

so ape lagi, bagi yang baca entri ni dari awal sampai habis..jangan lupa tinggalkan link anda. kat komen bawah ya. jangan tinggalkan dekat pejabat pos, stesen bas atau kat tempat lain. hahaha.faham? ini arahan. sape tak ikut arahan takde markah. hehe.. 

sebelum nak tutup cerita entri ni, saya nak kongsi apa yang saya baca pagi ni.walaupun ringkas tapi insyaaAllah bermanfaat. check this out : 




" Sesiapa yang menasihatimu secara SEMBUNYI-SEMBUNYI maka dia benar-benar meNASIHATiimu. Sesiapa yang menasihatimu di KHALAYAK RAMAI, dia sebenarnya sedang mengHINAmu "

-imam As-Syafie-


jumpa lagi dientri akan datang, InsyaaAllah. jaga diri semua.LOVE.Wasalam. 

SURAT CINTA : 




Hasbunallahu wani'mal wakeel.



Sunday, 26 January 2014

Mengapa kita diuji?

Assalamualaikum semua..

tadi buka fb, terbaca satu cerita ni..sentap kejap jantung ni baca sebab setepek kena kat muka sebagai pengajaran. cepat-cepat jari ni printskrin & login akaun blog sebab nak share. hihi..jemput baca. 


Alhamdulilah, apa inputnya? meh kita tengok ni : 

“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)

Mengapa kita diuji?

Firman Allah s.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”
– Surah Al Mulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
– Surah AsSyuura : Ayat 30

Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang2 yang sabar menghadapi ujianNya.
FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.”
– Surah Aali Imran : Ayat 146

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah. 
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
– Surah AlBaqarah : Ayat 286
.
Astaghfirullahal'adzim..ya hana na..

SURAT CINTA : 

saya ingin berkongsi kisah ni sebagai ingatan kepada diri sendiri bersama dengan yang membacanya agar dapat dimanfaatkan bersama-sama. InsyaaAllah. 



Saturday, 11 January 2014

Assalamualaikum semua... 

apa khabar hari ni? alhamdulilah..bersyukur kita masih lagi bernafas. masih lagi boleh baca blog ni *nak jugak! haha.. Alhamdulilah.

untuk pengisian hari ni nak kongsi satu hadis yang sangat dekat dengan kehidupan kita.  


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah s.a.w.: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” -
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraiannya : Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban. 

kita semua mungkin pernah berada dalam situasi dimana bila kita tolong orang, orang yang kita tolong pulak payah benor nak menolong kita. biasalah manusia, tak semua sempurna.. takkan kita nak bunuh dia pulak sebab tak nak tolong kita. haha..tapi biasalah, mesti ada simpan rasa sakit hati bukan?! ecehh tipulah kalau x. tapi nak buat camne, jadikan pengajaran. bukannya bermaksud lepas ni jangan tolong tapi berpada-pada. saya lebih senang mengambil pendekatan berjaga-jaga atau elakkan dari terlalu bergantung dengan manusia lain sebabnya kalau dah termakan budi orang ni bukan senang. kalau yang jenis suka mengungkit, kau dah tua gigi dah xde pun silap-silap dia ungkit lagi.hambikk ! huhu

bukan nak bajet baik tapi camtulah, jadikan pengajaran sebabnya kalau kita berdendam pun kita sendiri yang sakit hati. jadi untuk elakkan rasa sakit hati tu, cer tengok ni : 

Rasulullah s.a.w.. pernah besabda yang bermaksud : "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang dia sendiri suka mendapatnya" 
(Hadis Riwayat Bukhari Muslim).


Huraiannya : Sesungguhnya Allah s.w.t. dan RasulNya tidak menyukai bahkan memurkai golongan manusia yang sukakan dirinya saja dan tidak memikirkan orang lain yang berduka, sakit, miskin dsb. Jenis manusia sedemikian dianggap tidak mengakui persahabatan, sillaturrahim, maruah dsb. kecuali jika ia ada faedah disebaliknya. Islam membenci sikap ini, ia satu sifat keji yang perlu dijauhi. Manusia yang dikasihi Allah adalah orang hidup untuk dirinya dan orang lain, memikirkan tentang kebaikan orang lain sebagaimana dia memikirkan tentang kebaikan dirinya sendiri.

kenapa saya cakap jadikan pengajaran? kerana jika kita pun bersikap pentingkan diri sendiri, tak ada beza antara kita dan orang yang pentingkan diri sendiri. jadikan ingatan, kita sendiri tahu mcm mana sakitnya hati berdepan dengan orang macam ni..jadi kita pun mesti tak nak orang lain rasa mcm tu terhadap kita.ikhlaskan hati apa yang kita buat kerana Allah. InsyaaAllah, Allah permudahkan jalan kita kerana kita membantu memudahkan urusan orang lain.insyaaAllah. buat yang bersikap pentingkan diri..kita tak tahu esok lusa macam mana nasib kita, jadi kalau kita xnak rebah sorang-sorang, berhenti daripada bersikap mcm ni. sebab mungkin rasa sakit yang kita bagi pada orang lain kita sendiri yang akan rasa. jadi JANGAN ! jangan PENTINGKAN DIRI SENDIRI  termasuk YANG MENULIS ni.yang menulis ni kalau dia pun sama buat, memang nak kena tampo ngan tapak kasut. haha *sakit tu! akhir kata, semoga kita semua sentiasa hidup berkasih sayang dalam rahmatNYA. insyaaAllah. 


SURAT CINTA : 






Friday, 3 January 2014

2014-24.1.1.1990.

Assalamualaikum semua..

hai hai hai..apa khabar? alhamdulilah..dh masuk 3 januari 2014..masuk aje tahun 2014..secara rasminya usia saya..16 tahun.. haha.. ok tipu ! 24 tahun. usia hanya angka kan?*ayat nak sedapkan hati sendiri. haha.. sedar tak sedar, usia makin meningkat.. kematian juga semakin dekat.. semoga usia baru ini memberi saya lebih banyak peluang untuk menjadi yang lebih baik.

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"

Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan. 

Bacaan penuhnya ialah : 

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

insyaaAllah semoga Allah permudahkan dan kuatkan hati kita semua untuk menempuh apa yang belaku dimasa-masa akan datang.

dengan rasa rendah diri, penuh kesyukuran..tak dapat diucapkan dengan kata-kata rasa terharu atas ingatan dari sahabat-sahabat semua..




ingatan dan doa daripada anda semua sangat-sangat saya hargai. mungkin saya tak dapat nk luahkannya dgn kata-kata atau bait-bait ayat yang jiwang-jiwang gtu tapi rasa gembira tu mcm..ha..macam tu lah..gembira..caps lock GEMBIRA DAN BERSYUKUR..hashtag #GEMBIR&BERSYUKUR. hihi.. alhamdulilah.Jazakallahu khairan kathira..bissihhati wassalamah, Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Aamiin.Barakallahu fiek.(Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu, semoga diberikan kesihatan dan keselamatan..dengan izin Allah , insyaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu).

 
SURAT CINTA. 




Wednesday, 25 December 2013

..always with us.

Assalamualaikum semua.. 

dari sorotan mata yang sayu..
bibir terketar-ketar menahan sendu..
hati mula terasa..
sakit..sakit..sakit
lima jari yang terketar-ketar meraup wajah lesu..
adakah masih ada hari esok?
sendu..menangis bersujud..
mengapa aku diuji..
bertalu soalan 
hanya hati mampu berbicara..
ya sungguh..masih bertanya
siapa yang ada untuk ku..
bisikan hati..
mahu aku bicara pada siapa..
mahu aku ceritakan tentang kenapa..
sungguh keliru..
keliru..
aku masih keliru..
dan bila masa mula berbisik..


''Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)

tersentak aku sejenak..
air mata..ya..air mata..
sungguh aku khilaf..aku lupa..
aku hanya tahu meratap dalam arus
yang semakin deras membawa aku lemas..

Ya Allah..
taubat ku..
sujudku..
moga kau terima..
kerana aku mula sedar terlalu lama aku meratap
hingga lupa..
engkau selalu ada.
Allhamdulilah..Allahuakbar.


SURAT CINTA : 


He's the only one who will never leave you alone.~


Wednesday, 11 December 2013

Janji Dia.

Assalamulaikum semua...

kerana lama sudaaa tak update, jadi ringan-ringankan tangan..sapu2 apa yang berhabuk dan kemudiannya tadaaa..tak ada cerita-cerita panjang untuk dikongsi..tapi sebab dah gatal benor nak update setelah dah berapa kurun abad tak update *pemalas! haha. sedar tak sedar kita bakal meninggalkan tahun 2013 yang penuh suka duka dan masuk ke tahun baru 2014..insyaaAllah semoga Allah memberikan kita semua rahmatNYA untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum-sebelum ini..aminn. :) 

walaupun pendek, moga-moga bermanfaat. insyaaAllah. ~ 


Every day is a new day, and you'll never be able to find happiness if you don't move on.

Surat Cinta :

Allah tidak pernah menjanjikan kehidupan yang mudah dan segalanya berjalan dengan lancar seperti yang kita kehendaki Tapi Allah menjanjikan, Walau seberat mana ujian dan dugaan, Dia tetap bersama kita, selagi kita memilih untuk sentiasa bersamaNya…Subhanallah….Alhamdulillah….Allahu Akbar.


Friday, 4 October 2013

Madu atau Racun.

Assalamualaikum semua.. 


see? dah bertukar warna...hihi.. disebabkan ketidakpakaran dalam bab-bab nak mengedit blog ni..inilah aje yang termampu..dan yang penting diri sendiri suka tengok.yihaaa... *koya sorang ! ( translation : perasan sorang-sorang). 

apa khabar semua? sihat? sakit? alhamdulilah..Allah berikan kita kesihatan yang baik dan kerana sayangkan kita dia bagi kita hadiah lagi..dengan kesakitan. supaya kita jadi manusia yang sentiasa mensyukuri dan ingat pada nikmatNYA. alhamdulilah. 

ha..sebelum nak melalut sampai buat yang membaca pun muntah. nah ! nak share untuk korang.moga-moga bermanfaat.inshaaAllah. :) 




Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” H.R. Ibn an-Najjar


Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah kepadanya. Maka takutlah kepada Allah dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.” 
( H.R. Ibn Majah dan at-Tabrani ) 


kesimpulannya disini, betapa pentingnya dalam mencari rezeki yang halal. mesti pernah dengar ''kalau makan duit haram nanti jadi darah daging.'', kerana itulah duit/ harta dunia boleh menjadi madu atau racun..yang bukan sahaja membunuh diri kita sendiri tapi juga menyebabkan orang lain menjadi mangsa. Moga-moga kita dijauhkan dari menjadi pembunuh dan membunuh diri sendiri. sampai disini sahaja perkongsiaan kali ni. moga-moga bermanfaat apa yang dikongsi. dan apa yang saya tulis juga adalah ingatan untuk diri sendiri yang terlalu banyak kekurangan.semoga kita peroleh keberkatan dlm hidup, inshaAllah...salam sayang. jaga diri semua. :) 

Surat Cinta : 

semuanya bukan milik kita..


Wednesday, 18 September 2013

Note to self.

Assalamualaikum semua.. 



Surat Cinta : 
There's a story every behind person. There's a reason why they're the way they are. Thinks about that before you judge someone. 


Saturday, 31 August 2013

Entri Berbau Durian.

Assalamualaikum semua..

fuhhh..berhabukkkk ! nak bt camne empunya blog bajet busy mengalahkan orang yang busy busy..busy body. ..eh? haha..yang tu tak termasuk.

nak dijadikan cerita, semangat nak update dr semalam..maka merancang la nak update dgn bt entri pasal durian crepe, tapi nak bt camne..dah hampir nak siap baru tringt..dan kesimpulannya tak ambik gambar pun proses nak durian crepe ni. maklumla..kalau dah nama pun update pasal masakan, xkan nak tunjuk yg dah siap trus..xlengkap la..huhu tapi nk bt camne..durian crepe dah siap nak masuk dlm mulut baru nak ingt.. *maluuu..booooo sama dia..hahaha

tapi xpelah..nahh ! saje nak bg tliur. *kejam gila niat. huhu..

ha..resepi..resepi ni pun ambik dr google gak kat sini : Resipi Durian Crepe . jemputla singgah, banyakkk sgt lagi resepi lain selain dari durian crepe. inshaaAllah bermanfaat.kalau dah cuba jgn lupa pos sikit. hihi


ok ni dia resepi yang saya ambik dari blog kat atas. 


Bahan-bahan ( 30 bantal )
250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna
 

Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.


Cara-cara
Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.


mudahkan? jadi jangan lupa cuba ok?selamat mencuba semua. ok nak g makan dulu..bismillahiramanirahimm... ~





Surat Cinta : 

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"

Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan.

Bacaan penuhnya ialah :

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari ini dan hari-hari akan datang, serta menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur dgn nikmatNYA. Amiiin ya rabbal alamiin.


Sunday, 18 August 2013

Stop...

Assalamualaikum semua..

hai hai hai..tak banyak nak cakap.cuma nak bg surat cinta penuh kasih sayang *suweet cam gula tak? haha


Surat Cinta : 
Someone will always be prettier, someone will always be smarter but they will never be you. so don't change. be yourself. 
* (eh tapi kalau yang buruk atau yang perlu diubah kenalah ubah, yang TAK jangan gatal2 nak ubah)


Sunday, 11 August 2013

'Sentapan' Minda Hari Raya.

Assalamualaikum semua..

ehem ehem..selamat hari rayaaaaa ! alhamdulilah dah masuk hari raya ke 4 dah. punya la pemalas empunya blog ni raya ke 4 baru nak update.huhu.. amacam raya?banyak duit raya?makin berkurang? fuhh.. konfem makan tak ingat dunia kan? kihkih.. haip haipp.. raya raya jugak tapi jangan la sampai dari pakai baju peplum bertukar jadi mempelam nanti.hihi.. apa yang penting, bersederhanalah. :) 

sebut pasal SEDERHANA ni, tu lah tujuannya update blog.ewah..kata kunci la kiranya ni.biasalah kalau sebut pasal raya kan..sana sini bergaya sakan..baju raya untuk sebulan raya pun tak habis pakai, tu belum lagi termasuk dengan majlis raya, kuih-kuih raya berkotak-kotak..alahai... blh simpan untuk raya tahun depan pulak.haaaa..kalau sampai camni kisahnya cuba tenangkan diri sekejap..buat kira-kira dan sambil-sambil tu bukak google cari gambar camni : 



ni bukan gurauan tapi satu sentapan minda untuk kita ingatkan diri sendiri dalam kita bermewah kat luar sana ada saudara mara kita yang masih kekurangan.disaat kita meraikan syawal dengan pakaian baru dan makanan yang melebih-lebih masih ada saudara mara kita diluar sana hanya mampu melihat. 

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." [Surah al-Israa : 27]


saya tak pandai nak hurai panjang-panjang tapi secara ringkas dan apa yang saya cuba nak sampaikan ni bukan untuk berlagak jadi baik ataupun jugak untuk jadi ustazah sepertimana yang menjadi label bila kita cuba menyampaikan apa yang baik tapi sebenarnya ingatan untuk diri saya sendiri juga. Ingat..selepas hari raya masih banyak lagi perkara menanti dan yang pastinya memerlukan lebih banyak perbelanjaan jadi berpada-pada dalam berbelanja untuk berhari raya. jangan kerana nak beraya sakan merana badan. jadikan Aidilfitri sesuai dengan tujuannya diraikan dan yang pastinya ada yang lebih manis dan berkat boleh kita capai jika kita memahami erti sebenar aidilfitri. ok jom siap-siap untuk sambung beraya ! hihi.. Jaga diri. :) 


Surat Cinta : 





Tuesday, 30 July 2013

engkau & aku.

Engkau bicara tentang kenapa?
aku juga masih bertanya kenapa?
engkau bicara tentang kegelapan
aku?
aku masih terasing
aku berteleku mencari jawapan
dan hakikatnya..
aku yang dalam kegelapan
masih berbicara sendiri..
masih merintih sakit..
dan engkau hanya tahu berbicara
engkau hanya tahu meletakkan bicara persoalan
sedangkan aku..
merintih cuba mengerti kenapa.
merintih cuba untuk bertanya kenapa...
jika engkau harapkan kesempurnaan..    
ya..aku juga..
dan aku mengharapkan titik hitam itu cuma mimpi...
mimpi yang tidak akan menghadiahkan kata hina..
kata hina dari mereka..mereka dan mereka..
mereka yang hanya berbicara tentang kesakitan yang tidak mereka rasa..
berbicara tentang kesempurnaan yang mereka juga tidak ada..
jangan bertanya lagi..
aku sakit...
bukan engkau...
dan sakitnya cuma aku yang rasa..
bukan engkau.



Thursday, 18 July 2013

Surat Cinta.

Assalamualaikum semua... 



SURAT CINTA : 
Right is right, even if everyone is against it, and wrong is wrong, even if everyone is for it.All the best. Yakin dan percayalah Allah selalu ada bersama hamba-hambanya. Alhamdulilah.Allahuakbar. ~

Sunday, 14 July 2013

Akibat PARAM...

Assalamualaikum semua..

amacam puasa?bereh dok? ke ada doh hok buke puyuk kul 11 tadi? haha..hari ni sere nok nulis kot loghat sendri..jadi kalu dok paham pon tanye la deh..jangan gi buat-buat paham..kagi paham kot lain pulok..hehe..
memandangkan ni bulan pose..so sedikit sebanyak nak vi kene tajuk.. ehhh..bukan ngupat ni..pose pose weh..ingat sikit..hehe..dari maren lagi sere nak nok nulis pasal entri ni ''PARAM'' ha.. tahu dok PARAM tu gape? PARAM = Pasar Ramadhan. yeahh.. sangat glamer time bulan pose ni..fuhhh..klau gi sana..rambang mate awok-awok eh.. tapi INGAT ! ha.. kena INGAT ! 

INGATAN PERTAMA : 




waktu kita duk beli tu..beli ni..INGATLAH  kat luar sana ada hok duk mikir nak makan mende hari ni.. saudara mara kita hok kat negara-negara yang sedang kebuluran.. lebih menyedihkan benda hok kita beli tu akhirnya jadi makanan bakul sampoh.. tak rase ke membazir? kalu dulu masa kecik mok sokmo kabo jangan bazir nasi, kakgi nangis nasi..so sekarang ni makanan-makanan hok beli tu nangis jugok bila dohla xjamah, gi tohok gtu je. sob..sob... :(

INGATAN KE DUA. 

macam beselah..dang mari bulan pose ni kita tahu Cik Tan & the geng akan diikat..doh kalu kene ikat, bakpe yang ada jugok hok nak bazir..nak buka aurat.. nak buat benda2 tak patut mase gi PARAM tu? sebenarnya bukan time gi PARAM je tapi ambe vi contoh kat PARAM sebabnya PARAM saloh satu tempat hok boleh wat kurus puasa..ye dok? kalu deme bese gi PARAM ambe rasa setuju jugok dok? hehe.. mase bulan dok pose..kita duk saloh ke Cik Tan & The Geng, time awok-awok ye cuti ni rane yang duk buat jugak benda-benda orang larang tu? huhu.. semuanya sebab DIRI SENDIRI yang masih GAGAL berpuasa NAFSU.  macam tadi la, gi PARAM hok tu nak beli hok ni nak beli... sebabnya nafsu nak makan tu semua benda nampak sedap..untuk itu, kita berbalik pada INGATAN ini : 

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).

jadi ambiklah ingatan ni untuk kita belajar mengawal nafsu nak beli hok tu hok ni..tu dok masuk nak beli untuk raya lagi..huhu.. ambe hok nulis ni pun bukan nak bajet baik jadi ustazah cuma ingatan sesama muslim,ingatan untuk diri sendiri ni jugok.. jadikan bulan Ramadhan ni untuk kita ubah sikap BOROS yang akhirnya MERUGIKAN diri sendiri. Selamat berpuasa. :) 


SURAT CINTA : 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan bahagian (pahala) dari puasanya melainkan lapar dan dahaga saja.” (Sunan Ibnu Majah, no. 1680, Musnad Ahmad, no. 8501)