Showing posts with label This is Life.perfect life.perfect moment.. Show all posts
Showing posts with label This is Life.perfect life.perfect moment.. Show all posts

Thursday, 1 May 2014

Blog best ! :)

Assalamualaikum semua...

hai hai haiiiiiiiiiiii !

sihat semua? alhamdulilah.

ok nah tengok sini : 


 klik sini : Vanila Coklat 
*blog ni sangat sweet sebab bukan sorang je yang update.nak tahu sape sorang lagi?haa..cepatlah singgah.baca entri-entri sempoi dan ada mesej juga terselit.singgah tau ! *arahan.hihi



Klik sini : Bicara Hati

*sape-sape yang suka travel.tak rugi tengok blog ni.insyaaAllah boleh membantu. tapi bukan cerita pasal travel je best.haaa..nak tau cepat tekan link blog ni.


ingat lagi tak entri ni? 3 Mesej . macam yang saya janjikan dalam entri tu.tadaaaaaa ! ni 2 blog yang saya terjah.2 3 hari jugak nk baca semua entri tu.malam baru sempat.eh? bukan jadi stalker haram eh.ni stalker ada kad jemputan ok?!kalau nak bagi komen lebih-lebih memang tak mampu tapi yang pastinya tak rugi g blog diorang.sempoi.ada mesej berguna yang disampaikan.dan yang pastinya boleh sengih sorang-sorang baca. *saya tak gila.

singgah tauuuuuuuuuu ! tauuuu ! tauuuu ! 

ok dah dah.tak nak tulis panjang-panjang.so korang boleh cepat-cepat terjah blog tadi.hehe.jumpa lagi. :) *eh surat cinta kat bawah jangan lupa baca. 

wassalam. 

SURAT CINTA : 


Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Janganlah saling dengki-mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi, dan merendahkannya. Takwa itu di sini (Baginda SAW menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang itu dikatakan buruk jika sanggup menghina saudaranya sesama Muslim. (Sesungguhnya) setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya dan kehormatannya.”
 
(Hadis Riwayat Muslim no.2563 dan Ahmad no.7713)


Wednesday, 25 December 2013

..always with us.

Assalamualaikum semua.. 

dari sorotan mata yang sayu..
bibir terketar-ketar menahan sendu..
hati mula terasa..
sakit..sakit..sakit
lima jari yang terketar-ketar meraup wajah lesu..
adakah masih ada hari esok?
sendu..menangis bersujud..
mengapa aku diuji..
bertalu soalan 
hanya hati mampu berbicara..
ya sungguh..masih bertanya
siapa yang ada untuk ku..
bisikan hati..
mahu aku bicara pada siapa..
mahu aku ceritakan tentang kenapa..
sungguh keliru..
keliru..
aku masih keliru..
dan bila masa mula berbisik..


''Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)

tersentak aku sejenak..
air mata..ya..air mata..
sungguh aku khilaf..aku lupa..
aku hanya tahu meratap dalam arus
yang semakin deras membawa aku lemas..

Ya Allah..
taubat ku..
sujudku..
moga kau terima..
kerana aku mula sedar terlalu lama aku meratap
hingga lupa..
engkau selalu ada.
Allhamdulilah..Allahuakbar.


SURAT CINTA : 


He's the only one who will never leave you alone.~


Wednesday, 11 December 2013

Janji Dia.

Assalamulaikum semua...

kerana lama sudaaa tak update, jadi ringan-ringankan tangan..sapu2 apa yang berhabuk dan kemudiannya tadaaa..tak ada cerita-cerita panjang untuk dikongsi..tapi sebab dah gatal benor nak update setelah dah berapa kurun abad tak update *pemalas! haha. sedar tak sedar kita bakal meninggalkan tahun 2013 yang penuh suka duka dan masuk ke tahun baru 2014..insyaaAllah semoga Allah memberikan kita semua rahmatNYA untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum-sebelum ini..aminn. :) 

walaupun pendek, moga-moga bermanfaat. insyaaAllah. ~ 


Every day is a new day, and you'll never be able to find happiness if you don't move on.

Surat Cinta :

Allah tidak pernah menjanjikan kehidupan yang mudah dan segalanya berjalan dengan lancar seperti yang kita kehendaki Tapi Allah menjanjikan, Walau seberat mana ujian dan dugaan, Dia tetap bersama kita, selagi kita memilih untuk sentiasa bersamaNya…Subhanallah….Alhamdulillah….Allahu Akbar.


Wednesday, 18 September 2013

Note to self.

Assalamualaikum semua.. 



Surat Cinta : 
There's a story every behind person. There's a reason why they're the way they are. Thinks about that before you judge someone. 


Sunday, 18 August 2013

Stop...

Assalamualaikum semua..

hai hai hai..tak banyak nak cakap.cuma nak bg surat cinta penuh kasih sayang *suweet cam gula tak? haha


Surat Cinta : 
Someone will always be prettier, someone will always be smarter but they will never be you. so don't change. be yourself. 
* (eh tapi kalau yang buruk atau yang perlu diubah kenalah ubah, yang TAK jangan gatal2 nak ubah)


Tuesday, 30 July 2013

engkau & aku.

Engkau bicara tentang kenapa?
aku juga masih bertanya kenapa?
engkau bicara tentang kegelapan
aku?
aku masih terasing
aku berteleku mencari jawapan
dan hakikatnya..
aku yang dalam kegelapan
masih berbicara sendiri..
masih merintih sakit..
dan engkau hanya tahu berbicara
engkau hanya tahu meletakkan bicara persoalan
sedangkan aku..
merintih cuba mengerti kenapa.
merintih cuba untuk bertanya kenapa...
jika engkau harapkan kesempurnaan..    
ya..aku juga..
dan aku mengharapkan titik hitam itu cuma mimpi...
mimpi yang tidak akan menghadiahkan kata hina..
kata hina dari mereka..mereka dan mereka..
mereka yang hanya berbicara tentang kesakitan yang tidak mereka rasa..
berbicara tentang kesempurnaan yang mereka juga tidak ada..
jangan bertanya lagi..
aku sakit...
bukan engkau...
dan sakitnya cuma aku yang rasa..
bukan engkau.



Thursday, 18 July 2013

Surat Cinta.

Assalamualaikum semua... 



SURAT CINTA : 
Right is right, even if everyone is against it, and wrong is wrong, even if everyone is for it.All the best. Yakin dan percayalah Allah selalu ada bersama hamba-hambanya. Alhamdulilah.Allahuakbar. ~

Saturday, 6 July 2013

Hanya kerana...

Assalamualaikum semua.. 




SURAT CINTA : 

Jangan hanya kerana satu kesalahan,kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu,lalu dia berdoa untuk kebaikanmu. ~



Wednesday, 26 June 2013

Tersirat & Tersurat lagiii ~


Assalamualaikum semua.. 

tengok tak tajuk? haaa..kalau dah..tgk yang ni..hehe 


bagi yang ada baca entri ni minggu lepas, terima kasih singgah.untuk mereka kat bawah ni yang tinggalkan komen..terima kasih terima kasih. :) 



jangan lupa singgah blog mereka ok? saya dahh..anda bila lagi? ehhh..cam iklan la pulak..hehe..  :
 



Surat Cinta : 

apa yang saya cuba nak sampaikan di sebalik entri lepas adalah : 

''Berfikir sebelum bertindak''

kerana jika anda tersilap langkah, tindakan anda akan memakan diri sendiri. kita jarang sedar Emosi ialah kecepatan lidah bekerja dibandingkan dengan fikiran, Berfikirlah dengan bijak sebelum bertindak, jangan menyesal di kemudian hari.~





Friday, 21 June 2013

I'll show you.

Assalamualaikum semua.. 

hai..hai..sihat? terima kasih pada yang sudi singgah. sori..baru sempat balas mesej.huhu.. tak sempat update, keje banyak *bkerjaya sgt bunyinye..kihkih.. semalam dapat mesej kat inbox..btanyakan pandangan macam mana nak hadapi kerenah orang yang tak habis-habis nak cari salah orang..huhu..alahai..diri sendiri pun tak mampu handle hal-hal camni.sebabnya kalau nak kupas..nak kaji..nak tulis panjang lebar pun..benda camni tak kan habis sebab ''mulut tempayan bolehla nak tutup, mulut manusia?'' cer try pi tutup..makan penampo juga nanti jadinya..hehe..so apa kata kita renung ingatan ni : 

"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia."
(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).

Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Telah berkata Malaikat Jibril AS: “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si fulan … Maka Allah SWT menjawab: “Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku)”.

Dear, haters don't really hate you, they hate themselves because you're a reflection of what they wish to be. so tak payahla nak ambik kisah sangat, memang kita takkan lari dari fikir apa yang orang cakap, tapi sampai bila?jawapan tu ada pada diri kita, nak jatuh sebab orang yang memang nak tengok kita jatuh? tanya diri dan kalau jawapannya ya..hah..tampo la diri tu sendiri..jangan nak salahkan orang.. sebab diri sendiri rela dibuli.huhu.xpandai nak bagi pendapat panjang2 lebar ni, tak pasal2 kena kutuk nanti..hehe..so all the best dan percayalah, Allah tak kan biarkan hamba-hambanya yang sendirian. mengadulah pada Dia. inshaaAllah segalanya pasti jadi lebih lebih. Wsalam. :) 



                                                                      Surat Cinta : 
When someone is telling you that you can't do something, don't quit, just smile and say "I'll show you.~


Saturday, 15 June 2013

saya ok.saya dah besar!

Assalamualaikum semua.. 

hai hai hai semua.. sihat? alhamdulilah... 
lately memang tak sempat nak update,yang tak bestnya bila buka blog tengok box kat page tu tetiba lebih semacam pulak. huhu.. tak tahu apa masalah, saya memang tak tahu camne nak betulkan..tanya semua orang pun takde respon.. *sampai hati korang.(sentap tiba). hehe..gurau je. tapi takpelah, maybe nanti akan ok balik kot sbbnya sebelum ni pun pernah jadi camni then baik balik. so buat masa sekarang maafkan saya kerana pemandangan yang agak tak ..tak..tak tahu describe camne.haha.. 

minggu ni, minggu lepas..minggu yang sangat memenatkan...penat hati..penat mata..penat otak, tapi biasalah kan..bila kita rasa kita tengah penat, ya penat.. alhamdulilah dapat merasa.bercakap soal penat kena la ingat jugak yang kat luar sana ada yang lebih penat dan mungkin juga sedang tenat..err..maksud saya kat sini tenat hati dan perasaan. fuhh..jangan salah anggap, kalau salah anggap tampo diri sendiri. kikikih... 

bercakap soal hati dan perasaan yang sedang tenat, saya nak kongsi satu cerita..tentang seorang teman aka sahabat aka seseorang yang saya sayang .teman susah dan senang saya..dialah yang selama ini menerima baik dan buruk saya..selalu ada tersenyum untuk saya..dan dialah jugak yang tak pernah meninggalkan saya ketika saya jatuh seorang diri..selain dari keluarga..dialah teman yang banyak memberi semangat untuk saya.. tapi sekarang..dia sedang dalam kesusahan, apa yang membuatkan saya sakit adalah dia masih boleh tersenyum dan cakap dia ok walaupun saya tahu dia tak ok. sempat jugak lagi dia cakap saya ok.saya dan besar..huhu. sepanjang kami kenal, saya tak boleh menafikan dia lebih tabah berbanding saya. yang pastinya lebih positif berbanding saya, sebabnya walaupun dia dilanda bermacam2 masalah dia tetap masih boleh tersenyum dan tanggung segalanya seorang diri kerana tak nak susahkan orang lain. 2 hari lepas, entah kenapa saya tak boleh nak pandang dia..saya rasa sakit. sebabnya saya boleh nampak macam mana sakitnya dia cuba tersenyum walaupun hati dia sedang kusut. sakit kan..kita yang tengok pun rasa sakit apatah lagi dia yang menanggung. dulu dia pernah cakap lebih kurang camni :

''Even if u're stressed or hurt. There's always tomorrow & it always gets better. Don't wait for the perfect moment, make every moment perfect''

dan hari ni bila fikirkan dia, saya mula faham..mula faham kenapa dia macam tu dan saya bersyukur kenal teman macam dia, ianya sangat2 mengajar saya untuk faham yang dalam hidup ni kalau kita terus rebah apabila dilanda musibah.. kita tak kan jadi semakin kuat dan kuat. kalau tak camne nak cakap ''saya ok.saya dah besar.'' 

Ya Rahman, Ya Rahim, permudahkan segalanya untuk suatu permulaan ini. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yang bakal terjadi ke hadapan hari, kau kuatkan diriku untuk menghadapi segalanya. Aku tahu setiap kesulitan yang kau titipkan, kau sediakan jalan keluar untuknya juga.aminn Ya Rabb. ~

Surat Cinta : 



Wednesday, 5 June 2013

Put your trust in Allah.

Assalamualaikum semua.. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Hadis dari Abu Hurairah ra, Shahih Muslim No.4832)


Hadis ini mengajar kita supaya bersikap positif dan meletakkan harapan kepada Allah s.w.t. dengan penuh kepercayaan. Tidak seorangpun patut berputus asa kerana walaupun dia menyembah kepada Allah dengan dosa sebesar gunung yang boleh memenuhkan lembah yang dalam, Allah yang Maha Pengampun boleh menerima taubatnya dan memasukkan dia di kalangan hamba yang diredhai.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya” (surah Al-Baqarah ayat 286)


Jalan takdir Allah tak pernah salah.Berbaik sangkalah dengan aturanNya. Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah. Tapi sayang, jangan terlalu lama bersedih,seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang Allah aturkan. Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Soon.Apa yang paling penting adalah kita harus percaya, janji Allah itu pasti. 


“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggin darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” (surah Al-Imran ayat 139)


Surat Cinta : 


ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat diluar sana, 

Kita merancang apa yg akan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apayg akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa yg akan berlaku minggu depan,
Sehinggalah kita merancang apa yg akan berlaku 10 tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?
jangan lupa, 
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.




Wednesday, 29 May 2013

Nota Cinta Sahabat ♥

Assalamualaikum semua.. 

hai hai semua.. sihat sihat? alhamdulilah.. kalau skit makan ubat ok? 

untuk hari ni, memandangkan terlalu lama tak update..smpat la godek2 skejap dan buatkan nota cinta ni untuk anda semua.. 




Persaudaraan ialah satu ikatan yang menimbulkan perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati dengan cara yang mendalam antara sesama saudara dalam satu aqidah keislaman dan diasaskan atas sifat taqwa serta iman.

Rasulullah s.a.w. bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Muslim:

Bererti:
Seorang Muslim adalah saudara dengan Muslim yang lain, ia tidak akan menganiayainya, tidak menghinanya dan tidak akan mengecewakannya. Cukupkah seorang Muslim itu menjadi jahat semata-mata kerana ia menghina saudara Muslimnya. Darah, harta benda dan kehormatan seorang Muslim itu haram disentuh oleh orang Muslim yang lain. Sesungguhnya taqwa itu hanya di sini (tiga kali sebutan) Sambil baginda mengisyaratkan ke dadanya.

Seseorang muslim itu wajib menjaga lidahnya dari mencerca, mengumpat, mentohmah, mengejek, mengatakan perkataan penghinaan seperti bodoh, gila dan sebagainya, mengkafirkan saudaranya tanpa haq yang benar, dan melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan kecederaan seperti memukul atau kecederaan hati dengan perkataan yang mengakibatkan kebencian sesama muslim. 

kita semua tak sempurna, mungkin ada yang terlepas pandang dan mungkin juga ada yang terlebih biasa, jadi ketika marah, ketika bergurau, ketika melakukan apa sahaja..fikirkan terlebih dahulu kesannya nanti. jum kita sama-sama menjaga hati. inshaaAllah. semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA. salam sayang.

SURAT CINTA : 

Don't walk in front of me; I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Just walk beside me and be my friend.

Friday, 24 May 2013

Kun Fayakun.

Assalamualaikum semua..



Dream what you want to dream, go where you want to go, be what you want to be. Because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.

Surat Cinta : 

Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An'am ayat 162 di dalam solat,

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam".

Kalimah yang kita ucapkan pada Allah dengan bersungguh-sungguh itu perlulah kita ingati ketika menjalankan pekerjaan duniawi. Kerja harus dianggap sebagai ibadah yang dimulakan dengan niat yang baik berserta istiqamah. Sabda Rasul SAW,

"Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang." (Hadis riwayat Abu Ya'la)

Semoga segala urusan kita dipermudahkanNYA. Kun Fayakun. Salam sayang. ~ 


Friday, 17 May 2013

Surat Cinta untuk Sahabat.~

Assalamualaikum semua...


bukan senang nak berubah, tambahan lagi kita berada dalam masyarakat yang menjadi wartawan secara sukarela. dalam 10 kebaikkan belum tentu kelihatan apabila sudah ditimbus dengan keburukan yang lebih jelas dimata. dalam berdepan dengan hal ni, saya tertarik untuk berkongsi satu petikan,mungkin boleh menyuntik semangat. bukan bajet alim tetapi kerana kekurangan diri sendiri pun masih terlalu banyak perlu diperbaiki.

Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.
Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21


Surat Cinta : 
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.



Wednesday, 15 May 2013

Surat Cinta lagiii ~

Assalamualaikum semua..


If you don't go after what you want, you'll never get it. If you dont ask, the answer is always no. If you never step forward, you're always in the same place.~

Surat Cinta : 


*harap maaf.lagu takde kena mengena ngan entri. =_=''


Saturday, 27 April 2013

yang mana satu?

Assalamualaikum semua.. 

ketika kita dihina dan diuji, ada diantara kita yang akhirnya tewas dan berhenti dari melakukan kebaikan kerana dibayangi dengan masa lalu dan tunduk dengan kata-kata mereka yang sibuk mencari kesalahan manusia lain. dan jelasnya disini... 


Kita lebih mencari kecintaan manusia lain berbanding kecintaan kepada Allah SWT kepada kita.

Kita lebih inginkan kemuliaan manusia daripada kemuliaan Allah SWT kepada kita.

Kita meraih redhanya manusia daripada redhanya Allah SWT sehingga sanggup mengenepikan hak Allah dengan melanggar perintah dan suruhanNya hanya kerana ingin menunaikan haknya manusia. Teringat suatu ketika Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda SAW iaitu Aisyah r.anha lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda SAW yang bermaksud:-


"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia."
(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).

...........................................................



your attitude is like a price tag, it shows how valuable you are. 



SURAT CINTA : 

a bad attitude is like a flat tyre, you can't go anywhere untill you change it. 



Sunday, 21 April 2013

winner or loser?

Assalamualaikum semua.. 

Sebagai manusia biasa..ada masanya kita perlu menangis..menangis supaya sakita yang terasa tidak terlalu menikam jiwa..perghhh..ayat memang agak sastera sikit..tapi itulah hakikatnya..inilah kehidupan yang mana kegembiraan itu sentiasa berpanjangan tapi sebagai insan yang menumpang dan percaya pada Qada' dan Qadar, dugaan yang datang adalah ubat untuk menjadi semakin kuat. trust me..in the end everything will be ok. 
InshaaAllah.


Surat Cinta : 
You were not born a winner, and you were not born a loser. You are what you make yourself be.~

Saturday, 20 April 2013

Life & Hope.

Assalamualaikum semua.. 


Surat Cinta :
Life never turns the way we want. But we live it in the best way we can. There’s no perfect life, But we can fill it with perfect moments.