Saturday 11 January 2014

Assalamualaikum semua... 

apa khabar hari ni? alhamdulilah..bersyukur kita masih lagi bernafas. masih lagi boleh baca blog ni *nak jugak! haha.. Alhamdulilah.

untuk pengisian hari ni nak kongsi satu hadis yang sangat dekat dengan kehidupan kita.  


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah s.a.w.: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” -
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraiannya : Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban. 

kita semua mungkin pernah berada dalam situasi dimana bila kita tolong orang, orang yang kita tolong pulak payah benor nak menolong kita. biasalah manusia, tak semua sempurna.. takkan kita nak bunuh dia pulak sebab tak nak tolong kita. haha..tapi biasalah, mesti ada simpan rasa sakit hati bukan?! ecehh tipulah kalau x. tapi nak buat camne, jadikan pengajaran. bukannya bermaksud lepas ni jangan tolong tapi berpada-pada. saya lebih senang mengambil pendekatan berjaga-jaga atau elakkan dari terlalu bergantung dengan manusia lain sebabnya kalau dah termakan budi orang ni bukan senang. kalau yang jenis suka mengungkit, kau dah tua gigi dah xde pun silap-silap dia ungkit lagi.hambikk ! huhu

bukan nak bajet baik tapi camtulah, jadikan pengajaran sebabnya kalau kita berdendam pun kita sendiri yang sakit hati. jadi untuk elakkan rasa sakit hati tu, cer tengok ni : 

Rasulullah s.a.w.. pernah besabda yang bermaksud : "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang dia sendiri suka mendapatnya" 
(Hadis Riwayat Bukhari Muslim).


Huraiannya : Sesungguhnya Allah s.w.t. dan RasulNya tidak menyukai bahkan memurkai golongan manusia yang sukakan dirinya saja dan tidak memikirkan orang lain yang berduka, sakit, miskin dsb. Jenis manusia sedemikian dianggap tidak mengakui persahabatan, sillaturrahim, maruah dsb. kecuali jika ia ada faedah disebaliknya. Islam membenci sikap ini, ia satu sifat keji yang perlu dijauhi. Manusia yang dikasihi Allah adalah orang hidup untuk dirinya dan orang lain, memikirkan tentang kebaikan orang lain sebagaimana dia memikirkan tentang kebaikan dirinya sendiri.

kenapa saya cakap jadikan pengajaran? kerana jika kita pun bersikap pentingkan diri sendiri, tak ada beza antara kita dan orang yang pentingkan diri sendiri. jadikan ingatan, kita sendiri tahu mcm mana sakitnya hati berdepan dengan orang macam ni..jadi kita pun mesti tak nak orang lain rasa mcm tu terhadap kita.ikhlaskan hati apa yang kita buat kerana Allah. InsyaaAllah, Allah permudahkan jalan kita kerana kita membantu memudahkan urusan orang lain.insyaaAllah. buat yang bersikap pentingkan diri..kita tak tahu esok lusa macam mana nasib kita, jadi kalau kita xnak rebah sorang-sorang, berhenti daripada bersikap mcm ni. sebab mungkin rasa sakit yang kita bagi pada orang lain kita sendiri yang akan rasa. jadi JANGAN ! jangan PENTINGKAN DIRI SENDIRI  termasuk YANG MENULIS ni.yang menulis ni kalau dia pun sama buat, memang nak kena tampo ngan tapak kasut. haha *sakit tu! akhir kata, semoga kita semua sentiasa hidup berkasih sayang dalam rahmatNYA. insyaaAllah. 


SURAT CINTA : 






No comments:

Post a Comment