Showing posts with label Puasa.Nuzul Al-Quran (17 Ramadhan).Bulan Lailatul Qadar.perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.. Show all posts
Showing posts with label Puasa.Nuzul Al-Quran (17 Ramadhan).Bulan Lailatul Qadar.perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

Akibat PARAM...

Assalamualaikum semua..

amacam puasa?bereh dok? ke ada doh hok buke puyuk kul 11 tadi? haha..hari ni sere nok nulis kot loghat sendri..jadi kalu dok paham pon tanye la deh..jangan gi buat-buat paham..kagi paham kot lain pulok..hehe..
memandangkan ni bulan pose..so sedikit sebanyak nak vi kene tajuk.. ehhh..bukan ngupat ni..pose pose weh..ingat sikit..hehe..dari maren lagi sere nak nok nulis pasal entri ni ''PARAM'' ha.. tahu dok PARAM tu gape? PARAM = Pasar Ramadhan. yeahh.. sangat glamer time bulan pose ni..fuhhh..klau gi sana..rambang mate awok-awok eh.. tapi INGAT ! ha.. kena INGAT ! 

INGATAN PERTAMA : 




waktu kita duk beli tu..beli ni..INGATLAH  kat luar sana ada hok duk mikir nak makan mende hari ni.. saudara mara kita hok kat negara-negara yang sedang kebuluran.. lebih menyedihkan benda hok kita beli tu akhirnya jadi makanan bakul sampoh.. tak rase ke membazir? kalu dulu masa kecik mok sokmo kabo jangan bazir nasi, kakgi nangis nasi..so sekarang ni makanan-makanan hok beli tu nangis jugok bila dohla xjamah, gi tohok gtu je. sob..sob... :(

INGATAN KE DUA. 

macam beselah..dang mari bulan pose ni kita tahu Cik Tan & the geng akan diikat..doh kalu kene ikat, bakpe yang ada jugok hok nak bazir..nak buka aurat.. nak buat benda2 tak patut mase gi PARAM tu? sebenarnya bukan time gi PARAM je tapi ambe vi contoh kat PARAM sebabnya PARAM saloh satu tempat hok boleh wat kurus puasa..ye dok? kalu deme bese gi PARAM ambe rasa setuju jugok dok? hehe.. mase bulan dok pose..kita duk saloh ke Cik Tan & The Geng, time awok-awok ye cuti ni rane yang duk buat jugak benda-benda orang larang tu? huhu.. semuanya sebab DIRI SENDIRI yang masih GAGAL berpuasa NAFSU.  macam tadi la, gi PARAM hok tu nak beli hok ni nak beli... sebabnya nafsu nak makan tu semua benda nampak sedap..untuk itu, kita berbalik pada INGATAN ini : 

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).

jadi ambiklah ingatan ni untuk kita belajar mengawal nafsu nak beli hok tu hok ni..tu dok masuk nak beli untuk raya lagi..huhu.. ambe hok nulis ni pun bukan nak bajet baik jadi ustazah cuma ingatan sesama muslim,ingatan untuk diri sendiri ni jugok.. jadikan bulan Ramadhan ni untuk kita ubah sikap BOROS yang akhirnya MERUGIKAN diri sendiri. Selamat berpuasa. :) 


SURAT CINTA : 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan bahagian (pahala) dari puasanya melainkan lapar dan dahaga saja.” (Sunan Ibnu Majah, no. 1680, Musnad Ahmad, no. 8501)



Friday, 20 July 2012

salam ramdhan al-Mubarak

Assalamualaikum semua..

 ''wahai orang-orang yang beriman.diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana mana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu,semoga kamu bertaqwa.'' ( surah AL-BAQARAH. ayat : 183)

Alhamdulilah, sekali lagi kita bertemu dgn Bulan yang penuh dgn keberkatan dimana dibukakan semua pintu Syurga dan tertutupnya semua pintu Neraka.

"Sahaja aku berpuasa pada esok hari, selama sebulan, pada bulan RAMADHAN wajib keatas ku kerana ALLAH TAALA"
 
 bagaimana?sudah bersedia semua?kembali semula ke zaman persekolahan ketika belajar Pendidikan Agama Islam, Puasa dari segi bahasa adalah menahan diri daripada sesuatu. manakala dari segi syarak pula adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan Puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T. 

berpuasa juga bukan hanya menahan diri dari makan nasi ayam atau juga minum air cendol*cthnya. tetapi juga berhenti dari menjadi wartawan tidak bertauliah, model papan iklan atau juga pelakon drama aksi-aksi ngeri, 18sx dan sewaktu dgnnya. jangan menjadikan bulan ini bulan bercuti dari melakukan kejahatan, tetapi jadikan bulan ini sebagai bulan menyucikan diri dari terus melakukan kejahatan dan istiqamah berjalan dijalanNYA. siapa tahu mungkin ramadhan ini ramadhan yang terakhir buat kita. wallahualam.

 mari kita review sedikit perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa :

- makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
- memasukkan sesuatu dengan sengaja ke dalam rongga yang terbuka.
-muntah dengan sengaja.
-keluar darah haid & nifas
- Gila
- Murtad ( keluar dari islam)
- Mengeluarkan Mani dengan sengaja.
- Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari pada bulan Ramadhan)

seperti yang kita juga sedia maklum, apabila tibanya ramadhan, maka syawal pula bakal menjelma. ketepikan seketika langsir baru, baju raya baru. biskut raya, sofa baru. bajet duit dll.semua tu takkan lari. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran. ketika bulan ini juga kita dianjurkan untuk solat terawih dan juga diwajibkan membayar zakat ke atas golongan yang mampu bagi membantu insan muslim yang lain khususnya yang daif. malam Nuzul Al-Quran (17 Ramadhan) pula merupakan malam dimana diturunkan AL-QURAN yang menjadi pedoman buat kita semua hingga ke akhir zaman. bukan itu sahaja, ketika bulan ini juga terdapatnya Bulan Lailatul Qadar iaitu suatu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada ALLAH SWT. SubhanAllah. sayangnya ALLAH pada kita semua & terbuka luas peluang untuk kita mencariNYA. Alhamdulilah. 

SURAT CINTA :

3 tahun merasai pengalaman berpuasa di UNISEL, sedikit sebanyak rasa rindu apabila ramadhan kali ini tidak dapat lagi merasai suasana berpuasa bersama kawan-kawan di sana.kenangan berbuka bersama, sempat berterawih bersama. merasai dugaan berpuasa dihimpit dgn kelas dan juga xsgment yang bertimbun, ke bazar ramdhan bersama-sama, memasak juadah berbuka bersama2.segalanya kenangan yang cukup indah. 

buat para guru & pensyarah yang banyak membimbing,sahabat-sahabat seperjuangan diunisel, keluarga Kohort 9 G 1 & 2, PEPPRA & GPMS, Warga SKTBT, anak-anak SKTBT, sahabat-sahabat dari zaman kanak-kanak hinggalah ke alam dewasa, rakan-rakan difb, rakan-rakan blogger & semua yang saya kenali :

disini, saya nak mintak maaf atas segala salah dan silap, terlanjur kata, terkasar tingkah laku dan semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu. semoga dipermudahkan segala urusan dalam menunaikan tangungjawab kepadaNYA. kemaafan ini dipohon bukan hanya kerana kedatangan bulan ramadhan tetapi kerana diri yang tak sempurna dan terlalu banyak melakukan kesilapan.dan dimasa -masa akan datang semoga hari ini & akan dtg lebih baik dari semalam. semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan.salam ramdhan al-Mubarak. -LOVE-

Jemput baca juga : Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.