Friday, 17 May 2013

Surat Cinta untuk Sahabat.~

Assalamualaikum semua...


bukan senang nak berubah, tambahan lagi kita berada dalam masyarakat yang menjadi wartawan secara sukarela. dalam 10 kebaikkan belum tentu kelihatan apabila sudah ditimbus dengan keburukan yang lebih jelas dimata. dalam berdepan dengan hal ni, saya tertarik untuk berkongsi satu petikan,mungkin boleh menyuntik semangat. bukan bajet alim tetapi kerana kekurangan diri sendiri pun masih terlalu banyak perlu diperbaiki.

Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.
Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21


Surat Cinta : 
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.



10 comments:

  1. kalau kita kawan dgn orang2 yg ber'agama' ni seronok sbb saling ingat2kan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..inshaaAllah.semoga kita semua ditemukan dengan sahabat2 yang dapat mbimbing kita. :)

      Delete
  2. kena pandai pilih kawan :) kalau kita berkawan ngan seseorang yg kurang baik sekalipun, ingatkanlah diri untuk sama-sama mengajak dia ke arah kebaikan :)

    ReplyDelete
  3. btul2... kekadang bila ssorang yg mau bbrubah tu, mesti x kan lari dari jadi bahan kritikan kawan... lagi2 org yg duLu nya NakaL.. hohooh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu kita kena pandai bezakan kawan yang berbaju kawan atau kawan yang berbaju musuh.tapi tetapi dalam masa yang sama,sama-sama lah ajak mereka untuk sama2 brubah. :)

      Delete
  4. Salam.

    Sahabat tu cerminan diri kita kan fatihah :)

    Dalam berkawan memang kena memilih. Bila sebut psl memilih, bukan la sampai tahap, kita kawan dgn dia sbb kita suka dia. Ataupun, pilih dia smpai tak berkawan dgn org lain.

    Pilih yg bleh bantu kita ke jalan yang baik..

    ReplyDelete
  5. Sahabat kerana Allah..
    jatuh bangkit bersama..

    ReplyDelete