Showing posts with label be strong. tears and fears.. Show all posts
Showing posts with label be strong. tears and fears.. Show all posts

Saturday, 27 April 2013

yang mana satu?

Assalamualaikum semua.. 

ketika kita dihina dan diuji, ada diantara kita yang akhirnya tewas dan berhenti dari melakukan kebaikan kerana dibayangi dengan masa lalu dan tunduk dengan kata-kata mereka yang sibuk mencari kesalahan manusia lain. dan jelasnya disini... 


Kita lebih mencari kecintaan manusia lain berbanding kecintaan kepada Allah SWT kepada kita.

Kita lebih inginkan kemuliaan manusia daripada kemuliaan Allah SWT kepada kita.

Kita meraih redhanya manusia daripada redhanya Allah SWT sehingga sanggup mengenepikan hak Allah dengan melanggar perintah dan suruhanNya hanya kerana ingin menunaikan haknya manusia. Teringat suatu ketika Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda SAW iaitu Aisyah r.anha lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda SAW yang bermaksud:-


"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia."
(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).

...........................................................



your attitude is like a price tag, it shows how valuable you are. 



SURAT CINTA : 

a bad attitude is like a flat tyre, you can't go anywhere untill you change it. 



Friday, 26 April 2013

Air Mata Lelaki & Wanita.

Assalamualaikum semua.. 

perasan atau tidak, sesetengah lelaki suka memandang wanita lemah hanya kerana air mata. jika difikirkan secara logik sememangnya wanita seorang yang mudah tersentuh dan tidak hairanlah mereka cepat mengalirkan air mata,tapi bab-bab menangis ni kena tengok pada terma dan syarat la jugak, kalau yang jenis dah tahu lelaki ni lemah ngan air mata dan nak juga menang walaupun dan terang-terang salah sape tak bengang.hal-hal macam ni lah yang menyebabkan kaum lelaki salah faham dengan tangisan seorang wanita.ada yang beranggapan air mata dijadikan modal untuk membuatkan mereka mengalah. jadi memang tak rasional la kan. bagi yang sentiasa hepi dan tenang, jangan pulak disangka mereka ni tak tahu sedih, tapi opsss..kaum wanita pun jangan la fikir kita aje yang boleh menangis, kaum lelaki ni walaupun ada ego dan nampak gagah, mereka juga punya perasaan. kecuali dalam hal yang jenis ''menangis aje keje'' mengalahkan kaum perempuan sampai anda sebagai pasangan pun konfius sape lelaki sape p'puan ni..ha..yang tu kena cegah la ye awal-awal..karang anak menangis..bapak pun menangis..mental jadinya. hehe  
hal-hal camni pastinya dilalui semua orang, kalau dah pendam lama-lama sampai akhirnya tak boleh dah simpan, kenfem mengalir jugak air mata tu.dalam erti kata lebih ringkas setiap wanita atau lelaki memiliki alasan kenapa dia menangis. bukan kerana dia terlalu manja  ataupun lemah tetapi rasa sakit yang dipendam sudah membarah. adakalanya kerana sakit yang dirasa tidak dapat diungkap dengan kata-kata, air mata yang mahal  mengalir dengan mudah menjadi kata-kata untuk menunjukkan betapa hatinya terluka.lagi-lagi kalau pendam sorang-sorang. memang makin sakit la jawabnya. jadi terapi terbaik adalah menagis..Allah terlalu sayangkan kita.DIA ciptakan air mata untuk kita menangis, mengadu padaNYA. sesungguhnya DIA lah yang MAHA MENDENGAR. Allahuakbar. :) 

Surat Cinta : 
Bersyukurlah memiliki hati yang sering dilukai kerana ianya mengajar kita untuk menjadi seseorang yang 
MENGERTI, MEMAHAMI & MENGHARGAI. 




 

Thursday, 25 April 2013

Champion.

Assalamualaikum semua.. 



Surat Cinta : 

A champion is someone who gets up, even when he can't.



Friday, 19 April 2013

Jadi Katang.

Assalamualaikum semua.. 

jum recharge semangat.. dalam apa pun yang saya buat..saya pegang kata-kata ni  :

Smile even through your tears, Be Strong even through your fears. ~

semoga segala urusan kita dipermudahkanNYA.inshaaAllah.  



SURAT CINTA : 
When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place.