Friday 18 January 2013

Muslimah kontemporari?

Assalamualaikum semua..

Apa khabar?.. alhamdulilah kita masih lagi diberi peluang bernafas dibumiNYA. ok..let make it simple..mcm biasalah..takde pendahuluan panjang-panjang..straight to the point.. sejujurnya saya sendiri masih lagi banyak kekurangannya untuk menyentuh isu ini..tetapi sebagai seorang wanita..eh remaja lagi 23 kan? haha..ok dah lari tajuk.back to the reality..penyalahgunaaan ''fesyen muslimah'' semakin menjadi-jadi. bukan sahaja di media massa, media elektronik. tetapi seluruh dunia. konsep menutup surat disalah erti dan ''menutup aurat'' menjadi ''membalut aurat''.

belit sana belit sini..awas.. bonggol di hadapan tak diambil peduli..bonggol di kepala makin dinaik taraf dan akhirnya bergoyang-goyang apabila berjalan.. saya akui..kecantikan dan wanita tak dapat dipisahkan.tetapi sayang apabila persepsi kecantikan itu tidak dapat difahami dengan baik oleh wanita itu sendiri. sedih apabila feseyn bertudung dijadikan bahan pelaris media kini. rancangan yang berbentuk muslimah kontemporari pula muncul.dan adakah anda yang menontonnya merasakannya ianya menepati definisi seorang muslimah islam itu sndiri?tudung dililit hingga menampakkan bentuk2 leher ,tudung disingkat-singkatkan...baju2 di sendatkan dengan syarat ada gaya ala 'muslimah'. pemakaian jubah ditelanjangkan..baju kurung dijarangkan..tudung dan selendang disingkatkan..dan akhirnya fesyen membalut aurat menjadi trend.

tertarik untuk saya memetik sebahagian dari status yang diambil dari page: Hilal Asyraf (Official)

Pernah dengar Islam berwarna lain? Islam yang berwarna lain itu adalah yang terkeluar daripada keaslian ini. Bukanlah ini bermakna Islam melarang kreativiti atau jumud. Tetapi kreativiti sepatutnya punya limitasi. Sekiranya tidak dikawal, maka ia akan terkeluar daripada kebaikan.

Contoh, penutupan aurat. Hari ini kita lihat, bagaimana dunia mempromosikan Islam berwarna lain ini dalam hal penutupan aurat. Islam mengarahkan agar aurat dijaga sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh. Tetapi kita dapat lihat bagaimana hari ini ada yang mempromosi tudung, bersama pakaian ketat, kemudian dikatakan itu fesyen Islam terkini.

Saya ada terjumpa dalam satu majalah komik yang popular di Malaysia ini. Ada salah satu ahli kelabnya menghantar gambar pada majalah itu. Perempuan. Dia memakai tudung, kemudian berbaju ketat menampakkan bentuk tubuh. Apakah komentar majalah itu?

"ya, inilah dia muslimah era terkini. Fesyen Islam yang rugged. Tahniah!"

Ya. Begitulah kekeliruannya.

Islam hanya diambilnya separuh-separuh pada bahagian yang disukainya sahaja, tetapi dinamakan keseluruhannya sebagai Islam hanya berdalilkan separuh yang diambilnya itu.

 (Petikan dari Buku Motivasi Batu-Bata Kehidupan.)

 



SURAT CINTA :
Wanita tidak seharusnya menjadi BULAN yang boleh ditatap oleh semua LELAKI. Tetapi perlu menjadi MATAHARI yang silaunya akan membuat LELAKI tertunduk sebelum memandangnya.

8 comments: