Thursday 4 April 2013

i'm Back !

Bismillahirahmanirahimm... 

Assalamualaikum semua.. 

fuhhh.. berhabuk sana sini.. tak tahu dah berapa ratus jam, berapa hari dan bulan tak menulis disini. miss me?? * peliss la jangan perasan ! =_=''

adakah ini comeback? bajet artis sangatttt..Alhamdulilah.. apa khabar semua? sangat-sangat terharu apabila ada beberapa rakan blogger yang bertanyakan khabar ke mana menghilang, sangat-sangat terharu..rasa nak bagi semua coki-coki yang ada.. hehe.. tapi serius sgt-sgt menghargai ingatan dari mereka. tengok..walaupun hanya kenal di alam blogging, alhamdulilah..semoga ukhuwah ini terus berpanjangan. 
 

btw..apa nak merepek? memandangkan pilihan raya makin dekat..pesta bendera sana sini.. satu sahaja yang diharapankan semoga musim pilihan raya ini tidak dijadikan titik untuk kita bermasam muka. yang ni sokong Parti A.. yang sokong Parti B.. maka sebab tak puas hati, muka muncung 14 bila bertentang mata. SubhanaAllah.. moga-moga dijauhkan. apa pun parti pilihan itu tidak bermakna menjadi titik permusuhan.


Dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a: ”Rasulullah s.a.w. bersabda ”Golongan yang pertama sekali masuk syurga, wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Riwayat Bukhari)
Bahkan dalam Islam; sesama orang Islam yang tidak bertegur sapa selama tiga hari (kerana pergaduhan dan ingin memutuskan persaudaraan) adalah haram (berdosa).  Rasulullah s.a.w. bersabda “Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih daripada tiga hari” ( Riwayat Bukhari)
pendek kata Politik seharusnya menjadi Penyatu, bukan Pemisah.  dah mendaftar?dah bersedia? bakal mengundi? selamat membuat Pilihan. jumpa lagi next next entry. muahhh ! ^_=v
SURAT CINTA : 
hah..ni surat cinta dari ketua kampung. hehe

No comments:

Post a Comment