Friday 20 July 2012

salam ramdhan al-Mubarak

Assalamualaikum semua..

 ''wahai orang-orang yang beriman.diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana mana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu,semoga kamu bertaqwa.'' ( surah AL-BAQARAH. ayat : 183)

Alhamdulilah, sekali lagi kita bertemu dgn Bulan yang penuh dgn keberkatan dimana dibukakan semua pintu Syurga dan tertutupnya semua pintu Neraka.

"Sahaja aku berpuasa pada esok hari, selama sebulan, pada bulan RAMADHAN wajib keatas ku kerana ALLAH TAALA"
 
 bagaimana?sudah bersedia semua?kembali semula ke zaman persekolahan ketika belajar Pendidikan Agama Islam, Puasa dari segi bahasa adalah menahan diri daripada sesuatu. manakala dari segi syarak pula adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan Puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T. 

berpuasa juga bukan hanya menahan diri dari makan nasi ayam atau juga minum air cendol*cthnya. tetapi juga berhenti dari menjadi wartawan tidak bertauliah, model papan iklan atau juga pelakon drama aksi-aksi ngeri, 18sx dan sewaktu dgnnya. jangan menjadikan bulan ini bulan bercuti dari melakukan kejahatan, tetapi jadikan bulan ini sebagai bulan menyucikan diri dari terus melakukan kejahatan dan istiqamah berjalan dijalanNYA. siapa tahu mungkin ramadhan ini ramadhan yang terakhir buat kita. wallahualam.

 mari kita review sedikit perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa :

- makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
- memasukkan sesuatu dengan sengaja ke dalam rongga yang terbuka.
-muntah dengan sengaja.
-keluar darah haid & nifas
- Gila
- Murtad ( keluar dari islam)
- Mengeluarkan Mani dengan sengaja.
- Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari pada bulan Ramadhan)

seperti yang kita juga sedia maklum, apabila tibanya ramadhan, maka syawal pula bakal menjelma. ketepikan seketika langsir baru, baju raya baru. biskut raya, sofa baru. bajet duit dll.semua tu takkan lari. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran. ketika bulan ini juga kita dianjurkan untuk solat terawih dan juga diwajibkan membayar zakat ke atas golongan yang mampu bagi membantu insan muslim yang lain khususnya yang daif. malam Nuzul Al-Quran (17 Ramadhan) pula merupakan malam dimana diturunkan AL-QURAN yang menjadi pedoman buat kita semua hingga ke akhir zaman. bukan itu sahaja, ketika bulan ini juga terdapatnya Bulan Lailatul Qadar iaitu suatu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada ALLAH SWT. SubhanAllah. sayangnya ALLAH pada kita semua & terbuka luas peluang untuk kita mencariNYA. Alhamdulilah. 

SURAT CINTA :

3 tahun merasai pengalaman berpuasa di UNISEL, sedikit sebanyak rasa rindu apabila ramadhan kali ini tidak dapat lagi merasai suasana berpuasa bersama kawan-kawan di sana.kenangan berbuka bersama, sempat berterawih bersama. merasai dugaan berpuasa dihimpit dgn kelas dan juga xsgment yang bertimbun, ke bazar ramdhan bersama-sama, memasak juadah berbuka bersama2.segalanya kenangan yang cukup indah. 

buat para guru & pensyarah yang banyak membimbing,sahabat-sahabat seperjuangan diunisel, keluarga Kohort 9 G 1 & 2, PEPPRA & GPMS, Warga SKTBT, anak-anak SKTBT, sahabat-sahabat dari zaman kanak-kanak hinggalah ke alam dewasa, rakan-rakan difb, rakan-rakan blogger & semua yang saya kenali :

disini, saya nak mintak maaf atas segala salah dan silap, terlanjur kata, terkasar tingkah laku dan semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu. semoga dipermudahkan segala urusan dalam menunaikan tangungjawab kepadaNYA. kemaafan ini dipohon bukan hanya kerana kedatangan bulan ramadhan tetapi kerana diri yang tak sempurna dan terlalu banyak melakukan kesilapan.dan dimasa -masa akan datang semoga hari ini & akan dtg lebih baik dari semalam. semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan.salam ramdhan al-Mubarak. -LOVE-

Jemput baca juga : Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.

4 comments:

  1. selamat berpuasa.terima kasih sudi singgah :D

    ReplyDelete
  2. salam ramdhan tuk Tehah n fmly.
    smoga ramadhan kali ini mbawa seribu keberkatan tuk kita semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramdhan buat cik aini & keluarga juga. semoga dipermudahkan urusan dalam menyerunakan ibadat kepadaNYA ;)

      Delete