Saturday 28 July 2012

Surat Cinta.

Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah..masuk hari ke 8 kita berpuasa.. bagaimana?atau ada yang dah ponteng?haishh.. takkan sambil mandi sambil minum air plak dah tua2 ni?huhu..  cepatnya masa berlalu kan?dah hari ke-8..sepanjang 8 hari kita bersama Ramadhan..semoga amalan kita bukan hanya sekadar lapar dan dahaga semata-mata. Insya Allah.

saya bukanlah blogger yang dah btahun-tahun menaip entri-entri untuk dikongsi, dan saya juga tak terfikir untuk mencari nama melalui apa yang saya tulis. kecewa dan terkilan. sejujurnya saya mintak maaf jika entri yang saya tulis tidak disenangi atau juga membuatkan anda merasakan saya nak tnjuk alim,blagak bagus & bla..bla..terima kasih. ianya kritikan membina. tetapi saya mintak sgt-sgt, jangan dihina apa yang saya tulis jika ianya adalah perkongsiian dari hadis-hadis yang saya sendiri juga sedang belajar mendalaminya.

Dear rakan pembaca,

    saya menulis bukan untuk menjadi fenomena atau juga menjadi ikutan untuk anda semua.saya menulis kerana ini jiwa saya. memang diakui pada awalnya blog ini secara tidak serius, tetapi lama-kelamaan,apabila saya mula menulis., dapat berkongsi apa yang saya belajar dan pengalaman yang saya alami. bagi saya ianya satu cara baru untuk saya membuat sedikit kebaikan dalam masa berjam-jam saya mengadap laptop tak tentu hala. 

saya tak boleh menghalang persepsi anda pada saya. kerana ianya Hak anda.tapi disini,saya mahu mencari ilmu. belajar menjadi lebih baik dari semalam.kalau hanya kerana post-post islamik,anda meletakkan persepsi saya ''tunjuk alim'' atau juga ''berlagak baik'', Alhamdulilah. terima kasih kerana sekurang-kurangnya anda membaca post saya. membaca entri yang saya tulis. tapi jangan disalahkan ilmu yang dikongsi untuk melepaskan rasa benci atau menyampah pada saya. ianya agak ''tak cerdik'' disitu. :)

soal follow mengFollow ni. memang diawal-awal ada blog, saya pun selalu post' ' follow balik ', tapi lama-lama kelamaan bila manusia yang asyik '' Done follow you, follow back''tapi sebenarnya mereka tak follow pun kita. then i stop to say '' follow you,follow me back''. bukan apa,berbalik kepada niat sebenar saya mnulis. bukan untuk mencari pengikut atau jugak jauh skali untuk cari nama. tapi saya mahu berkongsi ilmu yang saya ada. kalau awal-awal saya ada blog dulu tujuannya nak ceritakan pengalaman praktikal saya. start dari hari tu, saya blogwalking dgn menyapa teman-teman di blog dgn tujuan untuk membaca apa yang mereka update. atau jugak untuk terjah-terjah membaca kisah-kisah didunia luar dari dunia saya.tapi bagi mereka-mereka yang masih follow saya, saya akn follow balik. yang tak follow pun saya follow. sebabnya saya juga belajar banyak perkara dari apa yang mereka tulis. Terima kasih kongsi ilmu. :D

apa yang kita tulis hari ini,itulah yang kita akan jawab disana. ye..kerana itu lah saya cakap tadi. dalam berjam-jam masa yang saya ada mengadap laptop ni, kalau boleh saya nak jugak buat kebaikkan. bukan sebab nak tunjuk baik jauh skali nak tunjuk alim. kita semua sama sahaja, tak ada yang sempurna. kalau ada kesilapan saya. perbetulkan.bukan dgn cara menjaja blog dan meletakkan persepsi dari diri anda sendiri.  saya menerima kritikan yang diberi.malahan berterima kasih.seperti yang orang kawan ''pihak lawan adalah cermin yang terbaik bukan?''. saya bukan hot star pun . bagai saya,seseorang blogger yang berjaya adalah apabila ilmu yang disampaikannya diterima dan sedikit sebanyak membantu mereka-mereka yang sedang belajar. blog adalah salah satu medium untuk kita menyebarkan ilmu yang kita ada.bukan duk sebar gosip-gosip panas saja ok?!. jadi apa kata kita jadi kawan. dan sama-sama belajar dan kongsi apa yang kita ada.boleh bukan?Terima kasih sudi menjenguk. Selamat Berpuasa & semoga urusan kita dipermudahkan dalam menjalani ibadat kepadaNYA. :D


SURAT CINTA :



No comments:

Post a Comment