Monday, 9 July 2012

simple is sweet.

Assalamualaikum semua.. 
fuhhh.. dah bersawang..habuk-habuk..hehe.memang agak lama tak update,alasan ptama adalah kerana sibuk.haha.. ceh.. tak kukuh langsung. =_=''. ohh..saya dalam fasa mencari kerja secara gila-gila. dah tak sanggup tanam anggur yang memang tak boleh dipasarkan kat mana-mana pasaraya.huhu..dari ptg tadi lagi dah berazam malam ni nak jugak update. last-last layan running man episod 101. hambek..time camni baru lah nak update. huhu.. 

tak nak merepek bukan-bukan, saya nak berkongsi satu cerita.. mungkin ianya tak menarik untuk anda baca. tetapi bagi saya ianya juga salah atu realiti yang memang sangat dekat dgn kita semua. 
anda kenal ini apa? 
  gambar sekadar hiasan( sumber : rembat dari gogel)

yes, ini lah alat yang menghasilkan kaler-kaler yang dapat anda lihat di wajah mereka-mereka disekeliling anda. berbalik kepada topik yang asal cerita yang ingin saya kongsikan tadi adalah berkaitan dgn gambar diatas. 

ceritanya begini, sewaktu saya keluar dari tandas, tiba-tiba melayang satu objek yang apabila mendarat ke lantai, ianya adalah LIPSTIK. dalam keadaan tergaman, saya mula cuak ..'' ppuan ni gila ke?habisla aku''.. huhu.. dahla time tu hanya saya sorang je, tapi sebab nak mainttain tak nak tunjuk takut. saya pura-pura betulkan tudung dan basuh tangan. selepas tu, baru je nak melangkah, ppuan tadi tu pegang lengan saya, '' ah..sudah..habisla aku kena rompak''..time tu ntah mcm mana tbayang ppuan tu perompak.huhu.. tiba-tiba dia bersuara '' adik, make up akak dah ok belum?'' .. fuhh.. memang lega ! dgn nada bcampur baur, '' ok je kak''.. memang kekok, tambah-tambah lagi tgh tkejut..tiba-tiba dia menangis. ''ah..parah mcm ni'' .. dah selepas tu bermula la perbualan kami yang membongkar seribu satu cerita.

me : kenapa kak?make up akak dah cantik la kak.

Her : tapi pakwe akak dari tadi komplen make up akak tak kena. baju tak kena. semua tak kena.

me : tergaman tak tahu nak cakap ape, dgn tetiba , ayat terlebih jujur pulak keluar : akak lagi cantik kalau tak make up. mata akak cantik.

Her : tapi serabai, pakwe akak tak suka.

Me : serabai tak semestinya kena diubah dgn make up tebal-tebal kak. tambah kaler tu kaler ni. simple tu lagi cantik. lagipun akak dah sedia cantik.

her : adik tak faham, pakwe akak tak suka.

me : jadi diri akak sendiri boleh? tak make up tu bukan kesalahan besar pun kak. jangan ubah apa yang tak perlu diubah semata-mata untuk orang lain. *tetiba lak teremosi.huhu

her : senyap kemudian dia basuh muka dia.

dan kemudiannya...ha..habis kat sini je lah. sebab motif dia dan tersirat dalam cerita kat atas.hehe :)

honestly speaking & writting, saya bukanlah seorang kaki make up yang mana akan duduk berejam-jam depan cermin semata-mata nak mewarna mata saya atau juga untuk tampal 3 4 lapis bedak untuk nampak cantik. tapi tu tak bmakna saya nak cakap make up tu salah. memadai hanya dengan bersederhana. tak perlu lah smpai 2 3 kaler. meriah benor nampaknya.huhu.. why?kenapa? tak yakin dengan diri sendiri?atau juga hanya kerana mahu menjadi seperti mana yang orang lain mahu? memang tidak dapat dinafikan naluri seorang ppuan adalah untuk nampak sentiasa cantik, tapi kita lupa dan tidak pernah melihat. apa itu sebenarnya kecantikan seorang wanita.

hari ini kita lapiskan 2 3 calitan mekap di wajah kita, 
sedangkan basahan air wudhuk tidak pernah menjamah wajah,
hari ini bibir kita mengiurkan dengan basahan warna merah,
sedangkan senyuman yang menguntum hanya untuk meraih nafsu dunia.
kenapa?

 ''orang puang hok mekap tebal-tebal ni, dia tak yakin dgn kecantikan dia sendiri''


SURAT CINTA :
Dear Beautiful women outside there, kita tak perlukan mekap yang tebal untuk nampak cantik. yang penting adalah menjaga dengan sebaiknya apa yang dah sudah tersedia cantik. be yourself,. simple  is sweet dear.  :)

8 comments:

  1. http://hunyieda.blogspot.com/2012/06/awesome-giveaway-by-us.html mari join sini dear..banyak hadiah menarikk

    ReplyDelete
  2. nice entry i like this blog,keep it up! :)
    jom sggah blog sy jgk,msih bru lg ni..hehe
    thanks ye!
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah. will visit you back dear :)

      Delete
  3. less is more..tak perlu tebal2 :)

    ReplyDelete
  4. Nice. Setju. Natural more beautiful. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul. apa yang ALLAH dah bagi.dah cukup sempurna.semulajadi lagi comel :)
      terima kasih sudi singgah :)

      Delete