Thursday 7 June 2012

Bunuh.

Assalamualaikum semua.. 
cuba tarik nafas anda..dan lepas..Alhamdulilah. nikmatNYA masih kita hirup. setiap hari bangun memulakan hari yang baru, setiap hari juga kita diberikan peluang merasai nikmatNYA tanpa bayaran bil yang akan datang setiap bulan. kehidupan yang jauh masih menanti dihadapan. setiap hari kita didengarkan dengan kisah kematian saudara mara kita.masa mereka telah tiba. dan mungkin masa kita semakin menghampiri. tapi dalam tidak kita sedar, diluar sana ada yang menamatkan sendiri masa yang mereka ada kerana goyahnya paksi keimanan yang seharusnya disimen teguh.

dalam kita meniti titian yang ada kalanya kita akan jatuh, hati kita bagai sedang berkayak. jika ombak datang, sama ada kita cuba menentangnya atau kita hanya berserah dan membiarkan diri dihanyut arus. begiutulah kehidupan, kisah bunuh diri bukan lagi perkara yang asing. malahan saya mula mendengar kisahnya ketika saya di darjah tiga, waktu itu saya belajar di kelas agama dan diajar oleh Ustaz Zakaria. masih segar dalam ingatan saya. katanya '' sape hok bunuh diri, dia akan diseksa supe mcm rane dia buat untuk bunuh diri'' (transalate : sesiapa yang bunuh diri, dia akan diseksa seperti mana dia buat untuk bunuh diri) .. ha..kalau bunuh diri dengan tikam diri sendiri, berkali-kali lah nanti menikam diri sendiri. 

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.
(HADIS :RIWAYAT MUSLIM)

putus cinta, tekanan dalam hidup yang menghimpit dan boleh jadi juga kerana hilang kewarasan dalam berfikir sehingga merasakan mereka tidak lagi punya sinar untuk hidup. mungkin agak lucu, tetapi kalau di waktu sekolah..gelagat cinta monyet begitu drama. '' saya tak mampu hidup tanpa awak'', hello there.. kalau mcm tu jangan bernafas guna oksigen ok? tetapi bagaimana pula apabila drama ini berlaku didunia mereka yang sudah menjengah ke alam kematangan akal fikiran?sebenarnya bukan sahaja gara-gara cinta yang tidak kesampaian tetapi mudah beremosi, gelap mata, putus asa berlebihan, apa lagi kurang iman dan agama, sering menjadi penyebab orang nekad untuk membunuh diri. mereka yang sudah melepasi angka dunia remaja yang baru mahu mengenal dunia, dan bukan itu sahaja mereka yang sudah jauh berusia dan tidak terlepas juga mereka yang berpelajaran hilang kewarasan, setelah bergelumung dan membiarkan kelemahan beraja, akhirnya jalan penamat dipilih B.U.N.U.H .D.I.R.I !!! ..  


saya ada terbaca di Koleksi Soal Jawab Agama mengenai hal ini, disini saya kongsikan serba sedikit input yang diperolehi iaitu mengenai hukum membunuh diri & menyembahyangkan jenazahnya : 

''Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:

‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”


kenapa perlu bunuh diri? Mungkin masalah didunia akan lenyap. Tetapi satu masalah yang sangat panjang waktunya yang tidak dapat dibayangkan akan menghantui kita selepas sahaja usaha membunuh diri itu berjaya. fikirkan mereka-mereka yang menyanyangi kita,  mungkin kita merasakan kita seorang yang menderita sedangkan diluar sana, mereka yang  sudah bertahun menangung derita tetap bertahan. tetap yakin disebalik hujan yang turun ada pelangi yang sedang menanti untuk muncul. 

SURAT CINTA : 
Pokok pangkal dari masalah ini adalah iman yang rosak. Kerana itulah Nabi SAW bersabda: “Perbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kami memperbaharui iman kami?”. Beliau menjawab, “Perbanyakkanlah mengucap Laa ilaaha illallaah.” (Hadis hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan At Thabrani).

7 comments:

  1. Setiap masalah mesti ada cara nak settle so tak perlu bunuh diri. Hee, nice entry.

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/studying-is-my-priority.html

    ReplyDelete
  2. jangan biarkan masalah yang menguasai diri.thanks for reading. will visit u back ;D

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Ingat Allah. Itu je cara untuk tenangkan fikiran. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.terima kasih sudi singgah.bpegang padaNYA.Insya allah kita selamat dunia akhirat :D

      Delete
  4. berfikir dahulu sblm mengambil sebarang tindakan...:)..nice entry sis!!!

    ReplyDelete