Wednesday 6 June 2012

Darah Cuti.

Assalamualaikum semua..
terlebih dahulu saya nak jelaskan, permasalahan ini bukan hanya untuk dikongsi kepada rakan-rakan sejantina saya tetapi juga buat lelaki diluar sana. suatu hari nanti anda semua bakal beristeri dan anda bukan hanya tahu untuk mengira ''tarikh cuti'' seorang isteri tetapi harus ambil tahu soal darah haidnya juga. ini kerana, soal melengah-lengahkan mandi wajib memang berlaku dalam kalangan kita. umumnya saya tujukan buat kaum wanita yang adakalanya mengalami masalah was-was untuk mandi wajib kerana cairan coklat yang keluar selepas darah haid mula kering. dalam tidak sedar, dengan beralasan masih was-was untuk mandi wajib menyebabkan kita meninggalkan solat dalam waktu yang lebih panjang. tetapi tidak dinafikan juga ada sengaja melengahkan-lengahkan waktu untuk mandi wajib.ha..ini yang kita seharusnya perbaiki dan kembali kepada apa yang diajar dalam agama kita. 


“Tinggalkanlah solat selama masa haidmu yang biasa kamu alami. Kemudian (seusai tempoh itu) mandilah.” [Shahih Muslim, no: 505] 


Jelas di sini bahawa wanita yang mendapati darahnya telah kering dari warna-warna darah haid, maka dia boleh mandi hadas dan menunaikan solat seperti wanita lain yang suci. saya bukanlah pakar tetapi saya mahu kongsi apa yang saya tahu supaya kita bukan hanya tahu datang uzur dan mandi wajib selepas darah haid sudah kering sahaja, tetapi kita mungkin boleh membantu rakan-rakan kita yang mempunyai sebarang permasalahan dalam hal ini. siapa tahu mereka yang kita kenal mengalami masalah dalam hal ini.buat kamu lelaki-lelaki diluar sana, sla take note juga ya !  

sewaktu godek-godek tentang masalah ini, ingin saya kongsikan disini beberapa hadis dan juga penerangan mengenai masalah darah haid yang mungkin boleh menjadi rujukan buat kita.berikut adalah Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Engkau kedatangan haid selama enam hari atau tujuh hari adalah didalam pengetahuan Allah Taala, kemudian engkau mandilah dan apabila telah engkau ketahui akan diri engkau telah suci dan bersih maka hendaklah engkau sembahyang dan berpuasa selama dua puluh empat atau dua puluh tiga hari dalam sebulan yang demikian adalah memadai bagi engkau . begitulah hendaknya engkau perbuat ditiap-tiap bulan sebagaimana suci mereka itu bagi masa haid dan masa sucinya.” (Riwayat Abu daud, Tarmizi)

disini juga terdapat satu tips bagaimana untuk memastikan darahnya telah kering ataupun belum, maka wanita itu boleh memasukkan cotton buds atau kapas dalam farajnya, jika di dapati adanya darah, maka wanita tersebut tidak perlu mandi lagi dan ia masih dalam keadaan berhadas. Kaedah di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah ra :

Para wanita pada zaman Rasulullah pernah mengirimkan sebuah kotak kepada A’isyah (isteri Rasulullah) di mana dalam kotak tersebut terdapat kapas yang telah bercampur dengan cairan kuning-coklat dari darah haid mereka. Mereka bertanya adakah masa haid sudah berakhir dan bagaimana dengan hukum solat? Maka A’isyah berkata kepada mereka: “Jangan terburu-buru hingga kalian melihat cairan putih ”, maksudnya sudah suci dari haid. [Muwattha’ Imam Malik, no: 117]

Kedua ialah cairan kuning atau coklat yang keluar selepas putaran haid selesai sepenuhnya. Iaitu cairan kuning atau coklat itu keluar selepas darah haid berhenti sepenuhnya atau selepas cairan putih-coklat di akhir putaran haid menjadi cairan putih sahaja. Maka cairan kuning atau coklat ini tidak lagi dikategorikan sebagai darah haid.

Umm Athiyyah menerangkan : “Kami (para wanita pada zaman Rasulullah) tidak menganggap cairan yang keruh atau kekuning-kuningan setelah suci dari haid sebagai apa-apa (yakni tidak dianggap sebagai darah haid).” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 307]


SURAT CINTA : 
Allah swt berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 6 yang bermaksud:

"Dan jika kamu sedang dalam keadaan junub, maka bersegeralah kamu mandi"

Berdasarkan ayat di atas ia menunjukkan bahawa yang sedang dalam keadaan junub (tidak suci) hendaklah menyegerakan mandi wajib untuk ibadat-ibadat bagi membolehkannya menunaikan ibadat wajib seperti solat dan sebagainya.saya harap sedikit sebanyak apa yang dikongsikan ini boleh membantu kita semua agar dapat menjalani ibadat kita dengan sempurna. jangan lengah-lengah ye sayang :) 

4 comments: