Friday 22 June 2012

Sempurna.

Assalamualaikum semua..
dalam hari-hari yang dah kita tinggalkan, sempurnakah kita bila dalam perjalanan yang kita lalui kita hanya menghitung diri orang lain, bercakap soal hidup orang lain, memandang hanya pada tingkah laku orang lain.

kita rasa kita sempurna, sedangkan bila kita mendengar keburukan yang berlaku dan kesilapan orang lain, tanpa menjadi saksi atau melihat kebenaran..kita bercakap dan bercakap mengadili kesilapan yang dia lakukan.kita persendakan kesilapan yang kita hanya dengar dari mereka yang hanya tahu bercakap, bercakap & bercakap. kita rasa kita sempurna sedangkan apabila mereka-mereka yang dulunya agak jauh tersasar mahu kembali ke pangkal, kita hina, kita kutuk malahan kita ungkit segala kesilapan yang dia lakukan. kita bercakap seperti tiada sebesar kuman pun kesilapan yang kita pernah lakukan.

kita rasa kita sempurna, tapi apabila kita melihat saudara kita jatuh terduduk..kita berjalan tanpa langsung berpaling.dan pada mereka yang pernah ada bersama ketika kita susah, sekelip mata sahaja hilang segala kebaikan yang dia lakukan pada kita dan kita terus lupa tangan yang mana mengangkat kita ketika jatuh. kita rasa kita sempurna, tapi kita tetap minta bantuan orang lain untuk lakukan sesuatu yang kita tak boleh buat dan akhirnya kita buang orang tu mcm sampah. adakah kita tahu berterima kasih?

kita rasa kita sempurna, apabila ada sahabat yang cuba menasihati atau membetulkan kesilapan kita, kita tuduh dia bajet pandai, berlagak alim, nanti mati kubur masing-masing kemudian putus sahabat. kita mati nanti kita berjalan sendiri ke kubur?kita rasa kita sempurna bila setiap hari kita dipuji dan disanjung, semakin hari kita semakin galak menarik pujian dunia.bila orang nasihat kita untuk ke arah kebaikan. kita manipulasikan segala kenyataan. kita lupa. islam bukan hanya pada nama. 

kita rasa kita sempurna, bila kita tengok orang yang miskin, orang yang tak pandai, orang yang serba kekurangan. kita mencebik. mendabik dada. sedangkan kita lupa, kalau ALLAH nak tarik nikmat ni, sekejap saja. duit yang kita ada, tak mampu membeli saham untuk disana. kesempurnaan yang kita tanam dalam diri menjadikan kita memilih untuk hidup bersama nafsu semata-mata. kita jadikan sahabat dan akhirnya kita mati bersamanya. sempurnakah perjalanan kita yang berakhir dengannya? adalah kita rasa kita sempurna?terlalu sempurna? 



SURAT CINTA :
Peringatan untuk diri sendiri.  



6 comments:

  1. rajinye update adik comel ni...hehe...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setelah sekian lama tak update..hehe.. thanks sudi singgah sis :)

      Delete
  2. Betul tu. Abey Setuju! Hehe. Perkongsian yg menarik.

    ReplyDelete
  3. Peringatan untuk diri ini juga. Thank you :)

    ReplyDelete