Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433.

ASSALAMUALAIKUM semua..

Dulu time kecik2..tiap kali masuk hari besday..mesti tgk tv..excited orang sambut tahun baru & termasuk sekali sambut besday sendiri..tahun baru tuuu..satu Malaysia sambut tu * fuh bangga tahap kalau boleh tiap kali main pondok2 nak cerita kat kawan2..haha...tapi kat sekolah pulak..ustazah cakap..tahun baru masuk pulak awal Muharram..masa tu mana la nak faham lagi..beriya-iya aku pertahankan yang tahun baru masuk time besday aku..sampai menangis2 xnak g sekolah..ohh..malunya kalau diingatkan semula.. =_=’’ 

Dan bila dijelaskan bahawa besday aku dalam bulan omputeh.setelah di basuh kepala otak ni..di cuci2..baru lah aku faham yang rupanya kita ada bulan islam dan bulan omputeh..dan tahun baru kita dalam islam masuk pada awal muharram.
Awal muharram ni juga merupakan Hari maal hijrah yang mana merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam. Ni semua masa sekolah rendah pun dah start belajar rite?sape-sape yang xingat tu pi hah bukak balik bukak teks adik-adik..kalau drama melayu satu-satu episode hang ingat..kisah nabi hang ingat dak?? * diri sendiri pun kekadang fail jugak..huhuhu

Rasulullah (S.A.W) berusia 40 tahun ketika malaikat Jibrail( as) melawat baginda yang sedang berehat di Gua Hira’. Ketika itu Jibrail memberitahu Nabi Muhammmad, baginda telah diangkat oleh ALLAH SWT sebagai rasul kepada seluruh umat islam.Pada peringkat awal, Rasulullah hanyamemperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.


Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.


Jom petang ni kita baca sama-sama :

Doa awal Tahun ; 


Kaifiatnya: Doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu asar 30 Zulhijjah sebelum maghrib 1 Muharram.





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




Doa Akhir Tahun


Kaifiatnya: Doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu maghrib pada 1 Muharram.



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang Qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

SURAT CINTA : 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka,” (Ar Raad : 11).




7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam ma'al hijrah kpd penulis & juga mulimin/muslimah sekalian...sgt menarik dimana permulaan dengan sejarah masa kecil penulis yg mmbuatkan saya tertarik untuk baca lebih lanjut...kemudian kisah sejarah permulaan calendar Hijrah dan cerita penghijrahan yg boleh dikatakan agak detail ni ramai lg yg x berapa tahu seblum ni sy sendiri pun ada yg part2 yg sy x pernh dengar gak...tp baguslah jika dpt dikongsi bersama benda yg yg sebgini yg juga merupakan sejarah penting dan untuk menambah ilmu pengetahuan kita "BELAJAR TERUS BELAJAR"...dan terima kasih juga kerana telah meng-upload doa akhir & doa awal tahun ni...saya baru sahaja merancang untuk men-downloadnya (almaklumlah perantau setiap kali beli buku-buku billa dh pindah mesti masuk kotak & di kirim ke kampung semua...huhu)....but nice la....banyak input dan diharp leh sharing lebih lg....

    ReplyDelete
  3. wsalam..alhamdulilah..terima kasih juga sudi membaca..insya allah segala mana kekurangan akan cuba diperbaiki lagi dan semoga apa yang saya tulis ni juga menjadi input berguna buat yang membacanya..yup..BELAJAR TERUS BELAJAR..itu yang setiap hari perlu kita teruskan.. cerita penghijrahan nabi ni juga ini saya membacanya di internet dan saya saya jadikannya sebagai rujukan untuk melengkapkan penulisan saya..alhamdulilah..terima kasih memberi nasihat yang sgt bermakna buat saya. insya allah petang ni kita semua sama2 menjadikannya panduan untuk menyambut kedatangan tahun baru buat kita semua umat islam. :)

    ReplyDelete
  4. sama sama saling mengingati.

    salam maal hijrah sahabat!=p

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Budak kampung : terima kasih sudi membaca :)

    ReplyDelete