Friday 25 November 2011







Apa yang kita cari dalam hidup kita?
makwe cantik?pakwe hensem* kalau boleh nak mcm artis korea..fuhh..berangan xhabis..rumah besar..keje gaji berpuluh2 ribu..sarapan pagi di paris..makan tengahari di jepun..makan malam di india.. yang hari-hari duk berangan tapi kesudahannya jatuh tergolek gara2 bermimpi disiang hari..*sila  bhenti jadi mat jenin
wake up people..this is not the world yang mana anda boleh jadi Cinderella..snow white..prince..kita didunia realiti..bila kita jatuh..nak terus terduduk dan melihat orang lain ketawa bagai nak rak?pong prang png prang bercerita..ditambah dengan garam gula nak menyedapkan cerita..dan terhasil lah cerita kau tu kau ni... * time ni pelakon filem pun xglamer mcm kau.
kita xboleh menghalang orang bercakap..apatah lagi tutup mulut mereka..tu bukan mulut tempayan ok? Jadi..bangun cepat2..berjalan balik..kalau kaki anda masih sakit..then slow slow..masuk gear satu..jangan terlalu cepat nak memecut..ingat..perlu berhati-hati di jalan raya..then kalau ada yang memotong..just let him be..dalam hidup xde persaingan xde lah jugak motivasi rite?sebab tu kita perlu sentiasa berusaha ke hadapan tapi biarlah dengan cara yang betul.. * jangan nakal-nakal ye anak2..heeeeee J
tapi tu je ke yang kita nak cari dalam hidup ni?berjaya dari mereka yang lain..bangkit dari kegagalan dengan menutup mulut mereka-mereka dan mereka yang lancang tu?please say no sayang ..if u say yes..ianya bukan lagi kepuasan yang hidup yang kita capai dalam hidup..* jangan pernah puas dengan apa yang kita ada tapi jangan lupa juga untuk bersyukur..
Dalam kepala saya..kesempurnaan hidup dan apa yang kita cari bukanlah dengan  mendapatkan semua tu..hanya kejayaan semata-mata tapi masih banyak benda yang saban hari kita belajar kita akan tahu ‘’ masih banyak rupanya yang belum aku belajar’’ .. dan rupanya banyak benda lagi aku mesti cari dalam hidup ni...kita manusia yang punya masa silam..ada masanya kita akan jatuh dan pillihan harus dibuat..bangun atau terus terduduk..
Apabila mula meningkat dewasa..dah habis sekolah menengah..sambung belajar di Universiti..grad dan kemudiannya mula mencari pekerjaan..kita meningkat dewasa dari satu tahap ke satu tahap..mula mencari kehidupan sendiri..kalau dulunya apa sahaja nak beli mak ayah yang sponsor..bila dan mula bekerja..tiba masanya untuk kita menjaga mereka semua..tapi berbayarkah titik peluh mereka selama ni membesarkan kita kalau tiap2 bulan kita hantarkan duit tapi telefon mereka sehari pun xsekali..jenguk pun tidak..time ni gelang emas beribu pun xkan dapat membayar apa yang mak kita buat untuk kita..kereta ferrari lagi murah dari keringat yang mengalir untuk memberi kita keselesaan.. * sila take note
Dan CINTA...oyeaahhhh..kalau bercakap hal cinta..budak sekolah rendah pun dah pandai sekarang ni...kita terlalu spesifikkan cinta kita hanya untuk kekasih..kau lah bulan..kau lah bintang * hello..dia manusia ok?!...kita mencari cinta yang mebahagiakan kita sehingga kita lupa cintaNYA disana..kita menangis..kita meratap ditinggalkan kekasih hati..mengharapkan kekasih yang setia..tapi kita?adakah kita membalas cintaNYA yang sentiasa ada bersama kita? Cinta dunia yang kita cari menglalaikan kita sehinggan lupa kebesaranNYA disana..lengkapkah pencarian kita jika kita masih terlepas pandang apa yang kita cari bukan untuk didunia sahaja?
Terlalu banyak persoalan sebenarnya apabila membicarakan tentang apa yang kita cari dalam hidup ni..masih terlalu banyak..tapi semakin banyak yang kita bakal tahu..kita akan lebih belajar erti kehidupan yang sedang kita lalui..teruskan berjalan..jalan yang berduri boleh menjanjikan ada taman yang indah sedang menanti di hadapan..kerana yang terhalang dan terlindung xkan terlihat jika kita hanya melihat yang jelas di mata. Teruskan pencarian..semoga disana nanti kita tidak terlalu mencari apabila ada bekalan yang kita bawa untuk menunjukkan apa yang kita cari disini sebagai teman disana. Apa yang anda cari? Shall we share? J

3 comments:

  1. hehehe..menyentuh perasaan molek wase..

    ReplyDelete
  2. opsssss..jangan menangis plok..sekadar perkongsiaan kita bersama untuk memotivasikan diri.. :)

    ReplyDelete