Saturday 26 November 2011

Drama Cinta ~

‘’ kaulah bulan kau bintang’’..wow..manusia hebat sekarang..makwe dan pakwe tu dan elok2 cantik..kau samakan dengan bulan dan bintang? Eh tahu x bulan tu berkerak-kerak? * xtahu?try la gogel kat tenet tu.. demi mu lautan api sanggup u redah’’..abang...sayang rasa kan belum sempat sayang sampai dah lama tenggelam x timbul2..huhu..

Saya mencintai sastera..sejak dari zaman sekolah lagi..SAYA PEMINAT SETIA A.SAMAD SAID.heeeeeeee J .. I LOVE PAK SAMAD..lebih dari saya sukakan pelakon-pelakon korea tu tapi didunia realiti..kita tidak boleh menjadikan bahasa-bahasa puitis itu sebagai ayat cintan cintun untuk mendapatkan kepercayaan dan menjamin kebahagiaan kita di masa akan datang.. *sila cepat bangun dari mimpi kalau xnak jatuh katil..sakitttttt wooo ..huhu..
Musim percintaan yang indah tidak menjamin xkan ada guruh rebut petir dialam perkahwinan jika kita tidak menjaganya dari awal..saya bukan pakar percintaan tapi kita matang untuk menilai dan berfikir dengan melihat apa yang berlaku di sekeliling kita..

yes..i’m in LOVE...ceececece * perlu ke nak bagitahu kat sini?huhuhu..tapi saya selalu cakap dengan encik power rangers saya yang ‘’ jangan belajar mengenali saya dengan menerima segala kelemahan saya dari awal tapi akhirnya bila perhubungan ini mula tawar,ungkit tu ungkit ni..xsuka tu xsuka ni..be honest to me & saya akan perbaiki diri tapi biarlah bertempat’’..kalau tetiba dari bertudung kau mintak bukak tudung memang sah la “ IT’S OVER..GOODBYE ROMEO’’ .banyak benda sebenarnya kita terlepas pandang bila bercinta kan? Bila dah mula bosan, dah mula berlaku pape..time tu drama sedih pun xleh menandingi drama realiti yang berlaku...* time ni baldi dan tisu laku dijual.

Petang tadi saya borak2 dengan kawan sy..alhamdulilah..dia semakin pulih dr kisah pahit yang betul-betul mengubah hidupnya.sebelum ni saya pernah diamanahkan untuk berkongsi serba  sedikit kisah dia. Dan kali ni dia mebenarkan saya mengunakan kembali note yang pernah saya tulis di facebook untuk diletakkan di belog ni yang mana mungkin dapat memberi pengajaran dan membuka mata kita semua tentang cinta. Mungkin hasil tulisan ini tidak menarik atau berjaya menyampaikan maksudnya tapi saya berharap ada mata yang kembali celik,ada hati yang kembali berbisik dan ada akal yang kembali berfikir...
‘’macam mana sekalipun rupa awak,awak tetap cantik di mata saya’’.ungkapan yang cukup bermakna. Bila diselak kembali memori-memori awal percintaan segalanya begitu indah. Tapi derita yang datang tanpa sebarang tanda amaran meruntun erti sebuah bahagianya cinta.

Sebagai seorang wanita,menjadi yang terbaik dimata seorang lelaki yang begitu dicintai adalah satu kebanggaan. Mungkin bukan semua tapi rata-ratanya berkongsi kejayaan dengan orang yang disayangi. ‘’awak cantik’’,perkataan yang kini tingal kenangan dan berganti dengan tengok perempuan tu,cantik,ramping,seksi,mata bulat, dan sebagainya lagi’’. Ianya bukan gurauan jika akhirnya diakhiri dengan pergaduhan yang membawa kepada sepak terajang. Sabarnya seorang perempuan yang kononya kerana cinta tapi sebenarnya kebodohan yang cuba untuk dinafikan.

oh,ni adik aku, Cuma senyuman yang pahit mampu terukir bila status KEKASIH bertukar kepada ADIK. Dimana kebahagiaan cinta yang dicari jika segalanya malap. Tapi hati tetap tewas dengan rasa cinta kononya dan cuba menafikan cinta dibina diambang kemusnahan. Dalam derita ada bahagia dan dalam bahagia ada derita. Tapi kesilapan diri sendiri adalah tidak lari dari derita dan membina kehidupan baru. Berkali-kali melihat dengan mata sendiri lelaki yang dicintai dengan wanita lain. Tidakkah terdetik seharusnya disitu tempat aku, ya terdetik tapi istilah cemburu akan bertukar dengan cacian dan tuduhan yang diri tidak professional. Cuba untuk mengatakan bagaimana pula perasaan awak kalau masa tu saya keluar dengan bekas kekasih saya,pergi jalan-jalan,makan bersama dan saya ketepikan awak sebagai kekasih? Tapi gagal. Gagal  dengan alasan aku tidak mahu menyakiti hati lelaki yang aku sayangi.tapi itu yang dia lakukan dan aku menerimanya.

Air mata yang mengalir tak mampu ditutup dengan bedak padat yang ku pakai. Mata yang membengkak tak mampu untuk aku sembunyikan dengan pembayang mata & eyeliner. Bibir yang pucat saban hari menahan diri untuk kurus tak mampu aku tutup dengan kemerahan lipstik. Saban hari menahan diri untuk makan, setiap kali makan menimbang berat makan demi memastikan ukuran badanku seperti yang dia mahu. Aku menyeksa tubuhku sendiri sehingga aku lupa nikmat yang Allah berikan.

Ya Allah..jauhnya aku tersasar dari jalan Mu. Aku menghamba diri pada lelaki yang bukan pasti menjadi suami ku. Aku menyeksa diri demi kehidupan yang tak pasti. Aku tersasar jauh dari jalan sebenar untuk mencari bahagia. Itu bukan cinta tapi derita yang aku tempah sendiri. Aku hampir menjadi hambamu yang kafir kerana terlalu mengikut kata hati yang alpa bahawa kecantikan seorang wanita bukan untuk dipamerkan,bukan untuk dijadikan tatapan sehingga membuka jalan untuk syaitan bermaharaja lela. kini ku sedari bahagia yang ku ada adalah cintaMU. Ketenangan hati yang ku cari adalah dengan sujud padaMU.
‘’Dari anas bin malik radliyallahu’anhu bahawa Rasulullah shallallahu’alaihiw a sallam bersabda: “Ada tiga hal yang barangsiapa memilikinya niscaya ia akan mendapatkan manisnya iman: .Allah ta’ala dan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam lebih ia cintai daripada yang lainnya, Mencintainya seseorang, tidaklah ia mencintainya melainkan karena Allah ta’ala,. Benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah ta’ala menyelamatkan darinya sebagaimana ia benci dirinya dimasukkan ke dalam api”
Merasakan manisnya sesuatu merupakan buah dari cinta terhadapnya. Di kala seseorang mencintai sesuatu atau menyukai lantas mendapatkannya, maka ia akan merasakan manis, lezat dan bahagia karenanya. Demikian pula manisnya iman yang dirasa oleh seorang mukmin; kelezatan dan kebahagiaan yang ia dapatkan dalam keimanannya sebanding dengan cinta yang ada dalam dirinya. Dan hal itu akan ia dapatkan dengan melakukan tiga hal yang disebutkan oleh hadits di atas.’’
(petikan sumber hadis diatas dari http://lovefull.blog.uns.ac.id/2009/12/15/hadis/ )

Kini aku berjalan kembali dibumi yang nyata, kini aku tidak mahu lagi berangan memetik bintang yang terlalu tinggi. Cukupla jika aku mampu melihat dari jauh dan membiarkannya disana kerana aku menyedari dimana seharusnya sesuatu rasa dan perasaan itu ada bila diri sendiri gagal menyedari apa yang sebenarnya mahu dimiliki. Tidaklah seorang hamba beriman hingga aku menjadi orang yang lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya dan manusia semuanya. (HR. Bukhori). Inilah sebenarnya bahagia yang ku cari. Inilah juga bahagia yang kumiliki setelah menderita dalam mencari bahagia.

Saya juga bukan manusia yang sempurna tapi kita belajar dari kebangkitan lalu..putus cinta..dicurangi..apa yang terjadi pada teman2 sekeliling..tapi itu bukan penamat kebahagiaan yang kita ada..BUKTIKAN pada mereka-mereka semua yang mereka yang telah kehilangan insan yang ikhlas mencintai mereka mereka..tapi jangan la pulak kau pergi buktikan dengan bertekad nak cari pakwe lagi hensem, lagi kaya, lagi cantik..* tampar diri sendiri bagi gg tu berterabur boleh?huhu..maksud saya berusaha buktikan yang “ DUNIA BELUM BERAKHIR BILA KAU PUTUSKAN AKU’’...selain insan bernama kekasih kita ada masih DIA, KELUARGA & KAWAN-KAWAN..mereka akan selalu ada..terserah pada kita untuk celik atau pejam melihatnya..got it?gudddddd :D


motif : DIA pasti memberikan kita kebahagiaan..tapi kita jangan pula hanya tahu meminta..rajin2 kan jugak memberi. :)

No comments:

Post a Comment