Wednesday 30 November 2011

Encik Rokok Bin Bunuh Diri



sedap?sedapppppp kan?oh dah terbayang2..huhu * gogel gambar ni buat perut lapar..hoho..tapi kan peminat moist kek ni sama banyak jugak x dengan peminat setia artis kat bawah ni?




ha ni dia..Encik Rokok Binti Bunuh Diri..see?peminat dia ni bukan sahaja lelaki tapi jugak wanita..are you smoker? huhu...then if yes..sila fikirkan dan sedar yang anda sedang membunuh diri serta orang disekeliling kamu perlahan-lahan.pernah menghadapi situasi dimana tengah bersesak2 dengan orang ramai tetiba orang kat sebelah kita selamba je duk sedut racun ni..time makan pulak dengan selamba badak je orang lain makan nasi dgn lauk asam pedas..orang kat belakang makan nasi lauk sambal rokok..frust?sakit hati?nak marah?honestly tiap kali hadapai situasi camni bila di kedai makan..hati aku selalu myumpah2 mintak orang tu tercekik asap rokok yang dia duk sedut tu..huhu...

Alhamdulilah..ayah aku,adik2 dan juga encik power rangers bukan seorang perokok..tapi sad jugak bila ada yang rapat seorang perokok..lagi rasa sedih bila ada yang dah menerima akibat tapi masih xsedar2..apa yang korang dapat sebenarnya sedut mende ni?boleh jadi jutawan?boleh jadi femes? * femes la bila masuk berita mati kat tepi jalan gara2 hisap 8 kotak sehari..nak camtu?...xnak berleter panjang..jika anda seorang perokok..sila baca ni..artikel ni aku ambik dari laman web Fatwa Ulama Tentang Rokok : 

Kemudaratan merokok secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu kemudaratan kepada kesihatan dan kemudaratan kepada harta benda dan ekonomi. Di bawah adalah antara fakta-fakta menarik tentang rokok:
  •   Kandungan NIKOTIN dalam rokok untuk beberapa jenama semakin meningkat.  (Kajian Universiti Harvard dan Jabatan Kesihatan Massachusetts)
  •   Nikotin adalah sejenis dadah dalam tembakau yang menyebabkan ketagihan.
  •   Pengeluar rokok U.S dapat lebih banyak duit dengan menjual rokok di negara-negara lain daripada menjual di Amerika sendiri.
  •   Bahan kimia, UREA digunakan sebagai bahan perasa di dalam rokok.
  •   Rokok mengandungi arsenic, formaldehyde, lead, hydrogen cyanide, nitrogen oxide, carbon monoxide, ammonia and 43 bahan lain yang dikenali sebagai carcinogens.
  •   Nikotin boleh pergi kepada otak dalam masa 10 saat selepas disedut.
  •   3,000 bukan perokok dewasa mati disebabkan ‘second hand smoke’ setiap tahun.
  •   EPA telah mengklasifikasikan ‘secondhand smoke’ adalah carcinogen sejak 1992.
  •   Di kebanyakan negara, umur yang sah untuk membeli rokok telah dinaikkan dari 16 tahun kepada 18 tahun, manakala di Jepun umur minimum ialah 20 tahun.
  •   Merokok adalah dilarang di tempat umum di kebanyakan tempat di seluruh dunia, yang mengakibatkan penurunan yang ketara di tempat seperti di restoran, bar dan pub.

“Without nicotine....there will be no smoking....” -1972 Philip Morris, reseache

See?dah baca?ada dia tulis dalam tu ada vitamin C untuk menguatkan minda?atau juga mencantikkan kulit? CERDIK ke membelanjakan wang membeli racun untuk diri sendiri?..ego boleh menyebabkan ada darah yang mengalir ditangan sendiri...kan?

Berikut pula adalah Pandangan Ulama dan Fatwa mereka tentang rokok, yang diambil dari buku ‘Isu-Isu Dalam Masyarakat Islam Malaysia oleh Dr. Haji Mat Saad Abd. Rahman..

1.     Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya “Halal dan Haram Dalam Islam” telah memberi fatwa bahawa merokok (tembakau) selama dinyatakan membahayakan, hukumnya adalah haram kerana jelas membazir dan mensia-siakan harta pada jalan yang tidak mendatangkan faedah sama ada untuk agama ataupun urusan dunia. (Rujukan: Al-Halal Wal-Haram fi al-Islam oleh Dr.  Yusuf al-Qardawi, hal 78)
2.     Al- Imam Abd. Halim Mahmud dalam kitabnya “ Fatwa al-Imam Abd Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makhruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika hanya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. (Rujukan: Fatwa al-Imam Abd Halim Mahmud, 2:1)
3.     Al-Imam al-Akhbar Mahmud Shaltut telah menjelaskan bahawa pendapat yang mengatakan merokok hukumnya haram atau makhruh adalah pendapat yang kuat. (Rujukan: al-Fatwa al-Imam Abd Halim Mahmud)
4.     Dr. Abd Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan dan masyarakat.
5.     Dr. Hamid Jamek (Pakar Ensiklopedia Fiqh Islam Kuwait) mengatakan merokok adalah haram kerana ia dikategorikan sebagai suatu perkara keji atau kotor (al-khaba’ith).
6.     Dr. Zakaria al-Barri (Anggota Akedemi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa al-Azhar) mengatakan merokok hukumnya antara haram dan makhruh tahrim.
7.     Sheikh Mustafa Muhammad al-Hadidi al-Tahrir (Anggota Akedemi Kajian Islam) mengatakan merokok hukumnya haram.
8.     Al-Sheikh Abdullah al-Masyad (Anggota Akedemi Kajian Islam dan Ketua Lujnah Fatwa al-Azhar) mengatakan tidak syak lagi merokok wajib diberi hukum haram.
9.     Dr. Ahmad Umar Hashim (Ketua bahagian Hadis, Kuliah Usuluddin, Universitial-Azhar) mengatakan tidak syak lagi merokok hukumnya haram kerana telah jelas ianya memudaratkan.
10.   Dr. al-Husaini Hashim (Rahimahullah) (Wakil al-Azhar) mengatakan sesungguhnya merokok hukumnya haram (Rujukan: Hal al-Tabgh wa al-Tadkhin min al-Muharramat oleh Dr. Muhammad Ali Al-Bar, hal.)
11.   Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya haram kerana padanya terdapat kemudaratan (Rujukan: al-Lajnah al Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, hal.52)
12.   Berdasarkan kepadapengesahan pakar-pakar perubatan dan pandangan-pandangan ulama’, jelaslah bahawa merokok boleh dikategorikan sebagai haram. Dengan merujuk kepada kesan buruk tabiat merokok kepada kesihatan dan ekonomi, maka Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia dalam muzakarahnya yang berlansung pada21 Jun 1995 telah mengambil keputusan dengan memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.

Jadi macam mana? ALLAH berikan kita nyawa..dan kita perlahan-lahan mahu membuat lubang-lubang kecil pada perjalanan yang masih panjang?i have something for u..this is ur body :


perjalanan kita masih panjang lagi harus kita tempuhi..kecerdikan dinilai bukan hanya kejayaan dalam peperiksaan atau pelajar terbaik atau juga berjaya dalam kerjaya..tapi juga bagaimana anda menjalani kehidupan seharian dan juga apa yang anda lakukan. masih ada masa untuk perubahan dilakukan..so ape lagi?jom sama2 mulakan sesuatu yang baru bukan untuk kehidupan sendiri tapi juga untuk mereka2 yang disekeliling bersama. Salam Sayang semua :)


No comments:

Post a Comment