Showing posts with label SEJARAH PENUBUHAN UNISEL BJ. GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA.. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH PENUBUHAN UNISEL BJ. GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA.. Show all posts

Friday, 9 November 2012

GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA

Assalamualaikum semua..

 Pernah membaca keratan akhbar ini? 


Di era globalisasi ini, pemakaian tanjak hanya dapat dilihat oleh generasi masa kini hanya di majlis-majlis perkahwinan atau juga didalam drama-drama melayu lama. jika pakaian barat ''skinny jeans'' kita agung-agungkan, cuba telusi kembali keunikan yang kita miliki tetapi hanya kita pandang sebelah mata. kini segalanya dihidupkan kembali dengan adanya generasi yang masih lagi menyanjung tinggi apa yang nenek moyang kita tinggalkan pada kita untuk dijaga.siapa mereka?apa yang mereka perjuangkan? mereka bukan pelakon teater bangsawan atau juga generasi alaf baru yang tenggelam dalam rimbunan teknologi dunia tetapi mereka adalah : 



Sejarah penubuhan GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya



Pada tanggal 24 Februari 2008, GPMS Cawangan Khas UNISEL Bestari Jaya secara rasminya telah ditubuhkan oleh Saudara Mohd Haidir Anuar Bin Zubir yang juga merupakan Pengerusi Penaja GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya. Pada ketika itu, beliau telah dibantu oleh 4 orang ahli jawatankuasa penaja iaitu saudara Abdul Taib B Maerad, saudara Khairul Zaman B Mohd Nor, Saudara Ahmad Zahry Iswandi B Yunus serta saudara Mohd NorHazri B Abu Bakar. Kesemua mereka inilah yang telah membawa dan memainkan peranan terhadap penubuhan GPMS di UNISEL.

 Abang Long Haidir ( Mohd Haidir Anuar Bin Zubir )

Saudara Ahmad Zahry Iswandi B Yunus 

Tujuan penubuhan GPMS ketika itu adalah untuk menyatukan seluruh tenaga mahasiswa Melayu di UNISEL. Ini adalah selari dengan prinsip 4 sedar yang menjadi teras perjuangan GPMS iaitu:

SEDAR - atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di Semenanjung Tanah Melayu

SEDAR - akan kemunduran kami di alam pengetahuan

SEDAR - atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa

SEDAR - bahawa maju mundur, kaya miskin, dan hina mulianya bangsa itu terletak ditangan kami

Diatas rasa tanggungjawab dan kesedaran terhadap prinsip inilah yang telah menyebabkan GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya perlu ditubuhkan. Di awal penubuhan, GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya telah menempuh pelbagai rintangan dan halangan. Ia termasuk penentangan daripada pelbagai pihak yang memandang penubuhan ini sebagai alat perkauman dan pelbagai tohmahan yang telah dilemparkan ke atas penubuhan ini. Kertas cadangan penubuhan ini pada awalnya telah ditolak oleh pihak atasan sebanyak 3 kali. Namun itu, pelbagai usaha telah dijalankan antaranya mendapatkan sokongan daripada Presiden GPMS Kebangsaan, dato' Reezal Merican Naina Merican. Hasil berkat usaha pengerusi dan ahli jawatankuasa serta rahmat daripada Allah SWT, akhirnya GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya ditubuhkan. Prof Dato Dr Razali B Agus yang ketika itu merupakan Naib Canselor UNISEL telah meluluskan penubuhan ini.

Selepas itu, GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya julung kalinya mengadakan program iaitu program "Perjumpaan Mahasiswa Melayu". Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan GPMS disamping memberi pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan menuntut ilmu. Perjuangan GPMS bukanlah bersifat materialistik dan politik semata-mata, dasar yang diperjuangkan adalah untuk membela dan menjaga hak mahasiswa Melayu di UNISEL Bestari Jaya. Pendirian yang dipegang GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya adalah menolak politik partisan atau dengan kata lain tidak berpihak kepada mana-mana badan politik diluar. Penubuhan ini juga diwujudkan atas kesedaran yang wujud dalam diri terhadap memperjuangkan pendidikan mahasiswa Melayu selain menjadi platform kepada penyatuan mahasiswa. Kesedaran ini wujud kerana persekitaran di UNISEL sendiri iaitu kebanyakkan mahasiswa Melayu UNISEL ketinggalan dalam bidang akademik disamping ketandusan daya kepimpinan.

Jadi sebagai usaha kearah membendung permasalahan ini, barisan penggerak GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya merasakan penubuhan ini adalah relevan dan rasional. Dalam erti kata lain, penubuhan ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada mahasiswa melayu UNISEL Bestari Jaya tetapi keseluruhan warga termasuk pentadbiran UNISEL. untuk mendokong cita-cita untuk melahirkan mahasiswa yang berketerampilan, GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya akan berusaha seupaya mungkin bagi mencapai hasrat mengikut konteks UNISEL.

Baru-baru GPMS UNISEL BJ telah tercalon dalam senarai GPMS CAW KHAS TERBAIK bersama-sama GPMS UITM MACHANG dan GPMS UTEM..penyampaian anugerah telah disampaikan oleh Datin Seri Rosmah Mansur pada 21 Oktober di UPM sempena perasmian seminar motivasi SPM dan pelancaran Dana Ibunda Pendidikan Negara.Di majlis tersebut GPMS UITM MACHANG telah memenangi Anugerah Khas Presiden GPMS CAW. KHAS TERBAIK. Alhamdulilah, walaupun tidak mendapat sebarang tempat, kejayaan menempatkan diri diantara 3 finalis terbaik sudah jelas membuktikan segala usaha penat lelah mereka yang terdahulu dan pelapis yang ada berjaya menempatkan GPMS UNISEL BJ diantara cawangan yang terbaik.


  
Finalis Anugerah Khas Presiden (GPMS CAWANGAN KHAS TERBAIK 2012)

Pelbagai kejayaan & program yang telah dijayakan ahli-ahli GPMS UNISEL BJ atas tali yang dipaut kukuh dengan ikatan ''belajar terus belajar''

Pertandingan bowling anjuran GPMS  Uiam.
Karnival Sukan GPMS Unisel BJ

Pasukan Bola Sepak Unisel Bestari Jaya.
 Program Pemerkasaan Pemimpin Mahasiswa Dan  Pengurusan GPMS Caw.Khas


Penyerahan Netbook 1Malaysia daripada GPMS Selangor kepada  YDP GPMS Caw Khas Unisel Bestari Jaya Saudara Mohd Abu Al Ghida Bin Jamaluddin.Disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir Mohamed Busho Mat Johor, ADUN Paya Jaras serta Kepimpinan GPMS Selangor.

Baru-baru ini, ketika berlangsungnya Adat Istiadat Konvokesyen Ke-7 Universiti Industri Selangor (UNISEL)  para Alumni GPMS Unisel BJ telah disambut  oleh hulubalan-hulubalang Perkasa GPMS yang segak berbusana Melayu dan bertanjak diluar Dewan Utama Unisel BJ. sesuatu yang pastinya tidak akan anda temui dimana-mana universiti lain diluar sana. 

bukan ini sahaja, untuk mengenali dan menyelusuri lebih banyak lagi pengalaman dan aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh GPMS UNISEL BJ anda juga boleh melawati laman page fb  ini : GPMS UNISEL BJ.



SURAT CINTA :

Timbulnya Gabungan Pelajar Melayu,
Setelah menempuh halangan,
Bahagia hendaknya memimpin pelajar,
Bagi ibu kandungan .
Kekal berpanjangan, khidmat mulia,
Dengan tulus dan setia,
Cekal bersatu lambang kita,
Menuntut hingga berjaya

Allahyarham Aminuddin Baki ada menyebut beliau tidak kesal sekira bangsanya menitiskan "air mata darah bercampur keringat" tetapi tidak mahu bangsanya menitiskan "air mata darah bercampur kekesalan" akibat kealpaan mereka sendiri. Jangan merelakan bangsa Melayu "ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan" menjadi kenyataan. Semoga Singa GPMS akan terus mengaum untuk membela anak bangsa. GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA. InsyaAllah. Allahuakbar !



*saya tidak hanya belajar ketika didalam kuliah tetapi juga dihutan.mahu tahu?jom jenguk disini: