Engkau bicara tentang kenapa?
aku juga masih bertanya kenapa?
engkau bicara tentang kegelapan
aku?
aku masih terasing
aku berteleku mencari jawapan
dan hakikatnya..
aku yang dalam kegelapan
masih berbicara sendiri..
masih merintih sakit..
dan engkau hanya tahu berbicara
engkau hanya tahu meletakkan bicara persoalan
sedangkan aku..
merintih cuba mengerti kenapa.
merintih cuba untuk bertanya kenapa...
jika engkau harapkan kesempurnaan..
ya..aku juga..
dan aku mengharapkan titik hitam itu cuma mimpi...
mimpi yang tidak akan menghadiahkan kata hina..
kata hina dari mereka..mereka dan mereka..
mereka yang hanya berbicara tentang kesakitan yang tidak mereka rasa..
berbicara tentang kesempurnaan yang mereka juga tidak ada..
jangan bertanya lagi..
aku sakit...
bukan engkau...
dan sakitnya cuma aku yang rasa..
bukan engkau.
Tuesday, 30 July 2013
Thursday, 18 July 2013
Surat Cinta.
Assalamualaikum semua...
SURAT CINTA :
Right is right, even if everyone is against it, and wrong is wrong, even if everyone is for it.All the best. Yakin dan percayalah Allah selalu ada bersama hamba-hambanya. Alhamdulilah.Allahuakbar. ~
Sunday, 14 July 2013
Akibat PARAM...
Assalamualaikum semua..
amacam puasa?bereh dok? ke ada doh hok buke puyuk kul 11 tadi? haha..hari ni sere nok nulis kot loghat sendri..jadi kalu dok paham pon tanye la deh..jangan gi buat-buat paham..kagi paham kot lain pulok..hehe..
memandangkan ni bulan pose..so sedikit sebanyak nak vi kene tajuk.. ehhh..bukan ngupat ni..pose pose weh..ingat sikit..hehe..dari maren lagi sere nak nok nulis pasal entri ni ''PARAM'' ha.. tahu dok PARAM tu gape? PARAM = Pasar Ramadhan. yeahh.. sangat glamer time bulan pose ni..fuhhh..klau gi sana..rambang mate awok-awok eh.. tapi INGAT ! ha.. kena INGAT !
INGATAN PERTAMA :
waktu kita duk beli tu..beli ni..INGATLAH kat luar sana ada hok duk mikir nak makan mende hari ni.. saudara mara kita hok kat negara-negara yang sedang kebuluran.. lebih menyedihkan benda hok kita beli tu akhirnya jadi makanan bakul sampoh.. tak rase ke membazir? kalu dulu masa kecik mok sokmo kabo jangan bazir nasi, kakgi nangis nasi..so sekarang ni makanan-makanan hok beli tu nangis jugok bila dohla xjamah, gi tohok gtu je. sob..sob... :(
INGATAN KE DUA.
macam beselah..dang mari bulan pose ni kita tahu Cik Tan & the geng akan diikat..doh kalu kene ikat, bakpe yang ada jugok hok nak bazir..nak buka aurat.. nak buat benda2 tak patut mase gi PARAM tu? sebenarnya bukan time gi PARAM je tapi ambe vi contoh kat PARAM sebabnya PARAM saloh satu tempat hok boleh wat kurus puasa..ye dok? kalu deme bese gi PARAM ambe rasa setuju jugok dok? hehe.. mase bulan dok pose..kita duk saloh ke Cik Tan & The Geng, time awok-awok ye cuti ni rane yang duk buat jugak benda-benda orang larang tu? huhu.. semuanya sebab DIRI SENDIRI yang masih GAGAL berpuasa NAFSU. macam tadi la, gi PARAM hok tu nak beli hok ni nak beli... sebabnya nafsu nak makan tu semua benda nampak sedap..untuk itu, kita berbalik pada INGATAN ini :
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).
jadi ambiklah ingatan ni untuk kita belajar mengawal nafsu nak beli hok tu hok ni..tu dok masuk nak beli untuk raya lagi..huhu.. ambe hok nulis ni pun bukan nak bajet baik jadi ustazah cuma ingatan sesama muslim,ingatan untuk diri sendiri ni jugok.. jadikan bulan Ramadhan ni untuk kita ubah sikap BOROS yang akhirnya MERUGIKAN diri sendiri. Selamat berpuasa. :)
SURAT CINTA :
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan bahagian (pahala) dari puasanya melainkan lapar dan dahaga saja.” (Sunan Ibnu Majah, no. 1680, Musnad Ahmad, no. 8501)
Monday, 8 July 2013
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Assalamualaikum semua..
Bismillahirahmanirahim..
Bismillahirahmanirahim..
Surat Cinta :
Rasulullah bersabda yang maksudnya :
''berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.'' ( Riwayat Ibnu Majah)
"Allahumma Ballighna Ramadhan."
("Ya Allah sampaikanlah kami pada ramadhan")
Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Selamat menjalani ibadah puasa,Semoga kita sama-sama dapat merebut kelebihan dan nikmat bulan Ramadhan kali ni.InshaaAllah. aminn.
Saturday, 6 July 2013
Hanya kerana...
Assalamualaikum semua..
SURAT CINTA :
Jangan hanya kerana satu kesalahan,kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu,lalu dia berdoa untuk kebaikanmu. ~
Friday, 5 July 2013
From Malaysia we support Dr Muhammad Morsi.
Assalamualaikum semua..
Kata-kata Dr. Najlaa , isteri kepada Presiden Mesir , Dr. Muhammad Morsi berkaitan suaminya :
" Dihari-hari yang penuh dengan ujian , tatkala aku masuk ke dalam bilik , kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada ALLAH dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya . Apabila dia hendak tidur , tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas katilnya , sehingga basahnya umpama mandi . Demi ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-NYA disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih . Maralah wahai Sang Presiden , Demi ALLAH , jika DIA menggoncangkan Sungai Nil dan laut , nescaya digoncangkan mereka bersamamu ! "
Dr.Muhammad Morsi, walaupun beliau ialah seorang Presiden, beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu, beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat dan rumah sewa itu beliau sewanya sendiri. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu gaji. Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.
Disaat kita semua sedang makan dan minum..bersuka ria..benteng harapan ummah di Mesir sudah diceroboh, saudara kita diSyria dan Rohingya bermandi darah.. Ya Allah.. masih mahu bermimpikah kita?
Presiden Mesir, Dr Muhammad Morsi merupakan pemimpin berjiwa besar yang berusaha keras mendaulatkan islam dalam pemerintahannya. Kerendahan hatinya dalam berbicara walaupun kuasa ditangan menunjukkan dia tahu tangungjawab yang dipikul adalah amanah yang bakal disoal kelak, bukan hanya untuk berkuasa semata-mata. bagi saya juga beliau antara pemimpin yang berjaya mengendurkan pemikiran 'islamophobia' dalam kalangan bukan Islam. Pada masa yang sama, ianya diharap sebagai kebangkitan semula kegemilangan Islam di dunia.
Nama penuh beliau ialah Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat. Dr. Morsi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.
" Dihari-hari yang penuh dengan ujian , tatkala aku masuk ke dalam bilik , kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada ALLAH dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya . Apabila dia hendak tidur , tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas katilnya , sehingga basahnya umpama mandi . Demi ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-NYA disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih . Maralah wahai Sang Presiden , Demi ALLAH , jika DIA menggoncangkan Sungai Nil dan laut , nescaya digoncangkan mereka bersamamu ! "
"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. " - Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi.
saya dengan hati yang tidak bbelah bahagi menyatakan sokongan saya terhadap beliau. anda? Sahabat-sahabat semua..doakan ketabahan dan kejayaan Sayyid Mursi & pendokong2 beliau. Ya ALLAH,hancurkanlah rejim2 musuhmu disana Ya ALLAH..aminn. ~
saya dengan hati yang tidak bbelah bahagi menyatakan sokongan saya terhadap beliau. anda? Sahabat-sahabat semua..doakan ketabahan dan kejayaan Sayyid Mursi & pendokong2 beliau. Ya ALLAH,hancurkanlah rejim2 musuhmu disana Ya ALLAH..aminn. ~
Surat Cinta :
Amanat Terakhir Presiden Mesir Dr Morsi.
Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan,
semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!
Sumber :
Ustaz Nazmi Karim Original ,
Anak Kelantan Di Universiti
& Google. beberapa keratan ayat diatas juga saya copy dan paste dari apa yang saya update di page blog saya Dunia Pemikiran Nurul Fatihah Mohd Sobri. jemput singgah dan kongsikan juga perkembangan terbaru ya sahabat. semoga dikentalkan iman untuk menghadapi ujian hari ini, jangan berhenti berdoa untuk saudara islam kita. kebenaran pasti menang. aminn. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)