Assalamualaikum semua..
hai hai hai semua.. sihat? alhamdulilah...
lately memang tak sempat nak update,yang tak bestnya bila buka blog tengok box kat page tu tetiba lebih semacam pulak. huhu.. tak tahu apa masalah, saya memang tak tahu camne nak betulkan..tanya semua orang pun takde respon.. *sampai hati korang.(sentap tiba). hehe..gurau je. tapi takpelah, maybe nanti akan ok balik kot sbbnya sebelum ni pun pernah jadi camni then baik balik. so buat masa sekarang maafkan saya kerana pemandangan yang agak tak ..tak..tak tahu describe camne.haha..
minggu ni, minggu lepas..minggu yang sangat memenatkan...penat hati..penat mata..penat otak, tapi biasalah kan..bila kita rasa kita tengah penat, ya penat.. alhamdulilah dapat merasa.bercakap soal penat kena la ingat jugak yang kat luar sana ada yang lebih penat dan mungkin juga sedang tenat..err..maksud saya kat sini tenat hati dan perasaan. fuhh..jangan salah anggap, kalau salah anggap tampo diri sendiri. kikikih...
bercakap soal hati dan perasaan yang sedang tenat, saya nak kongsi satu cerita..tentang seorang teman aka sahabat aka seseorang yang saya sayang .teman susah dan senang saya..dialah yang selama ini menerima baik dan buruk saya..selalu ada tersenyum untuk saya..dan dialah jugak yang tak pernah meninggalkan saya ketika saya jatuh seorang diri..selain dari keluarga..dialah teman yang banyak memberi semangat untuk saya.. tapi sekarang..dia sedang dalam kesusahan, apa yang membuatkan saya sakit adalah dia masih boleh tersenyum dan cakap dia ok walaupun saya tahu dia tak ok. sempat jugak lagi dia cakap saya ok.saya dan besar..huhu. sepanjang kami kenal, saya tak boleh menafikan dia lebih tabah berbanding saya. yang pastinya lebih positif berbanding saya, sebabnya walaupun dia dilanda bermacam2 masalah dia tetap masih boleh tersenyum dan tanggung segalanya seorang diri kerana tak nak susahkan orang lain. 2 hari lepas, entah kenapa saya tak boleh nak pandang dia..saya rasa sakit. sebabnya saya boleh nampak macam mana sakitnya dia cuba tersenyum walaupun hati dia sedang kusut. sakit kan..kita yang tengok pun rasa sakit apatah lagi dia yang menanggung. dulu dia pernah cakap lebih kurang camni :
''Even if u're stressed or hurt. There's always tomorrow & it always gets better. Don't wait for the perfect moment, make every moment perfect''
dan hari ni bila fikirkan dia, saya mula faham..mula faham kenapa dia macam tu dan saya bersyukur kenal teman macam dia, ianya sangat2 mengajar saya untuk faham yang dalam hidup ni kalau kita terus rebah apabila dilanda musibah.. kita tak kan jadi semakin kuat dan kuat. kalau tak camne nak cakap ''saya ok.saya dah besar.''
Ya Rahman, Ya Rahim, permudahkan segalanya untuk suatu permulaan ini. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yang bakal terjadi ke hadapan hari, kau kuatkan diriku untuk menghadapi segalanya. Aku tahu setiap kesulitan yang kau titipkan, kau sediakan jalan keluar untuknya juga.aminn Ya Rabb. ~
Surat Cinta :