Wednesday 29 May 2013

Nota Cinta Sahabat ♥

Assalamualaikum semua.. 

hai hai semua.. sihat sihat? alhamdulilah.. kalau skit makan ubat ok? 

untuk hari ni, memandangkan terlalu lama tak update..smpat la godek2 skejap dan buatkan nota cinta ni untuk anda semua.. 




Persaudaraan ialah satu ikatan yang menimbulkan perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati dengan cara yang mendalam antara sesama saudara dalam satu aqidah keislaman dan diasaskan atas sifat taqwa serta iman.

Rasulullah s.a.w. bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Muslim:

Bererti:
Seorang Muslim adalah saudara dengan Muslim yang lain, ia tidak akan menganiayainya, tidak menghinanya dan tidak akan mengecewakannya. Cukupkah seorang Muslim itu menjadi jahat semata-mata kerana ia menghina saudara Muslimnya. Darah, harta benda dan kehormatan seorang Muslim itu haram disentuh oleh orang Muslim yang lain. Sesungguhnya taqwa itu hanya di sini (tiga kali sebutan) Sambil baginda mengisyaratkan ke dadanya.

Seseorang muslim itu wajib menjaga lidahnya dari mencerca, mengumpat, mentohmah, mengejek, mengatakan perkataan penghinaan seperti bodoh, gila dan sebagainya, mengkafirkan saudaranya tanpa haq yang benar, dan melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan kecederaan seperti memukul atau kecederaan hati dengan perkataan yang mengakibatkan kebencian sesama muslim. 

kita semua tak sempurna, mungkin ada yang terlepas pandang dan mungkin juga ada yang terlebih biasa, jadi ketika marah, ketika bergurau, ketika melakukan apa sahaja..fikirkan terlebih dahulu kesannya nanti. jum kita sama-sama menjaga hati. inshaaAllah. semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA. salam sayang.

SURAT CINTA : 

Don't walk in front of me; I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Just walk beside me and be my friend.

6 comments:

  1. sorry Dayah..kita baru sempat nak komen..hehe..

    betul..kita kena berjaga2 degnan hubungan sesama manusia.. :)

    ReplyDelete