Sunday 2 September 2012

Ujian Tanda Sayang.

Assalamualaikum semua.. 

Firman Allah s.w.t.:
"Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." (Surah al-Zukhruf, 43: 48)
 
kita sering mengeluh tentang kelebihan orang lain dan kekurangan diri sendiri. kita mengeluh tentang kepayahan yang kita lalui dan kesenangan yang orang lain perolehi. apabila ujian dan musibah datang, kita hanya tahu menyalahkan takdir.

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan" Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat hingga kita lupa hakikatnya Allah menguji semua umatNYA dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri. Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan : 
 
"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" [Al-Baqarah: ayat 233].

mak selalu berpesan '' jangan melihat pada kesusahan yang kita perolehi, tapi lihatlah kesenangan yang telah kita nikmati hasil dari kesusahan yang kita lalui. orang tak memikul apa yang kita rasa, jadi buktikan pada mereka yang kita bukan manusia yang menjadi bahan untuk dihina dan dicaci ''.yang penting harus yakin, bila kita ditimpa ujian. itu tandanya ALLAH sygkan kita dan mahu mengingatkan kita untuk tidak jauh dariNYA. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. 
 
 
 
 
 
 SURAT CINTA :
 
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. bila ditimpa masalah, salah satu cara untuk saya naikkan kembali semangat saya adalah dgn buka video adik saya berlari. setiap langkah yang dia atur untuk menjadi juara saya jadikan tisu untuk mengelap titik air mata yang jatuh. emak, ayah & adik-adik adalah nadi yang mendenyutkan semangat untuk saya terus ke hadapan.Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Insya ALLAH. pasti BOLEH. ~
 

No comments:

Post a Comment