Tuesday 18 September 2012

1000 Dinar‎

Assalamualaikum semua..

oh ye, sebelum nak berkongsi cerita lebih panjang lagi, ada yang mengeur katanya ayat saya dalam menulis terlalu skema. haha.. yes, saya pun rasa camtu. tapi seriously saya memang tak boleh nak menterjemah cara bercakap ke dalam penulisan saya. tetang penggunaan saya atau aku. haishh.. susah nak jawab sebab memang tak tetap.sori ya. :D. cuma satu yang saya harap, apa yang saya ingin kongsikan disini adalah apa yang saya baca dan saya harap menjadi ilmu yang akan terus mengalir untuk kita semua. dan insya allah menjadi pembantu kita. :)

langit tidak selalunya cerah, begitu juga dengan kehidupan kita.apa yang kita hajatkan tidak selalunya kita akan dapat.tetpi yakinlah Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan. sejujurnya saya begitu kecewa. apabila saya tidak berjaya dalam temuduga yang saya hadiri.memang pada asalnya saya mengeluh.tetapi seperti mana yang mak selalu pesan '' itu rezeki orang lain''. insya allah, siapa tahu tak lama lagi giliran saya pulak kan?doakan ye :)



Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Insya’Allah jika :‎
  • Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  • Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  • Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  • Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
  • Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
  • Baca ketika hendak tidur tiga kali,
  • Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali. 

sering kita lihat ayat-ayat ini digantung di kedai-kedai, kerana ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. namun begitu, jika hanya tampal sahaja, tetapi solat tidak dikerjakan & perniagaan dijalankan secara tidak jujur. ini tidak menunjukkan kita mengamalkan ayat seribu dinar. seperti yang selalu ustazah pesan waktu belajar fardhu ain dulu ''USAHA, DOA & TAWAKKAL''.

selain dari tahu baca doa makan sahaja, amalkan sama-sama doa ini supaya menjadi pembantu kita dikala ditimpa kesusahan.memang banyak doa-doa yang disarankan untuk kita amalkan.tetapi jika tidak mampu mengingati semuanya Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.

jika kita baca ayat ini, ada dinyatakan supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan. 

SURAT CINTA : 
 
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
 


5 comments:

  1. Betul tu, mmg bagus ayat 100 Dinar ini ditampalkan di kedai2 di dalam rumah semua.. lgi bagus jika kita turut selalu membacanya ;D
    thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  2. biarlah ayat jadi skema , sekurangnya orang faham apa yang kita cuba sampaikan ;)

    btw , ayat seribu dinar , ayat kursi memang tak dinafikan kehebatannya . InsyaAllah amalkanlah selalu ayat2 ini

    P/s: tukar pop-up window lah untuk comment form ni . hehe *cadangan*

    ReplyDelete
  3. pokokny kta boleh guna ayt 1rbu dnar neh dlm ap jua stuasi.. Insyaallah..

    ReplyDelete
  4. terima kasih sido singgah :

    everything : sama-sama kita istiqamah dalam mengamalkannya :)

    aliff haikal : boleh terangkan mcm mana untuk tukar? terima kasih. sama2 kita amlkan :)

    ReplyDelete
  5. dear mee :
    terima kasih sudi singgah.insya allah,ianya pasti mebantu kita.sama2 istiqamah :)

    ReplyDelete