Monday 17 September 2012

Som + bong = Sombong.

Assalamualaikum semua.. 

apa khabar semua? bagaimana urusan anda semua?mungkin ketika ini ada yang sedang minum petang bersama-sama keluarga tersayang, ada yang baru pulang dari kuliah dan mungkin juga sedang bersesak-sesak dalam kesesakkan laulintas. begitulah aturan hidup kita. semua punya tugas. tetapi jangan sesekali lupakan tugas kita sebagai hambanya. (peringatan untuk diri sendiri)

dalam kehidupan seharian, pelbagai gelagat manusia akan menjadi  tontonan setiap manusia yang lain. dan kita akan berdepan dgn seribu satu kerenah manusia lain. tetapi itu bukan alasan untuk kita menjadikan ianya penghalang untuk menjaga ukhuwah yang sedia ada. kita tidak dapat lari dari diduga dan juga pelbagai ujian yang datang pasti ada hikmah. jika kita mempunyai harta, kita akan diduga dgn sejauh mana kita mensyukuri nikmat harta yang Allah berikan. sama ada kita tenggelam dalam kekayaan yang ada atau kita menggunakannya ke jalan ALLAH. dan paling ditakuti barah ''sombong dan takbur'' akan mula singgah di dalam diri kita jika tidak dijaga dengan baik.

Sombong dan takabbur adalah sifat Iblis lantaran ia memprotes perintah Allah. Jelas dalam firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 34 yang bermaksud ;

“Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”

Ada pepatah mengatakan “ilmu itu akan hilang di antara malu dan sombong. Ilmu merobohkan segala keluhuran seperti banjir merobohkan bangunan…”

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Tidak akan masuk syurga orang yang ada sifat sombong sebesar biji sawi dalam hatinya”

Allah berfirman dalam Surah Al-Qashas : 83, yang bermaksud :

“Itulah negeri akhirat yang kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh (kemuliaan) dan kerosakan di muka bumi dan itulah kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa”

Ayat di atas menggambarkan bahawa kenikmatan dan ganjaran-ganjaran baik hanyalah untuk orang-orang yang sentiasa tawaduk (merendah diri) dan bertakwa kepada Allah yang bakal diberikan Tuhan Yang Maha Agung pada akhirat kelak.

Allah berfirman dalam Surah Al-A’raf ayat 146, maksudnya :

“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatku (yang menunjukkan kekuasaanku); dan jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”


Rasulullah s.a.w bersabda lagi :

”Ada tiga perkara yang menyebabkan kebinasaan: terlalu bakhil, menurut hawa nafsu dan menyombongkan diri”

Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya :

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

Di dalam satu hadis sahih dinyatakan balasan bagi orang-orang yang sombong, bangga diri, takabbur dan sumpamanya itu Allah akan bangkitkan mereka sebesar semut pada pandangan orang lain dengan penuh kehinaan di Padang Mahsyar dan akan dipenjarakan dalam penjara bernama Bolas di sebuah lembah yang dipanggil Habhab di dalam neraka.wallahualam ~

SURAT CINTA : 
Alhamdulilah. Terima kasih ALLAH~
 
 


No comments:

Post a Comment