Saturday 17 March 2012

Bukan Kisah gantung Diri.

ASSALAMUALAIKUM semua..
sana sini kenduri bila tiba musim cuti sekolah ni, kenduri?kawin?yes..ramai teman-teman seusia saya sudah melangkah ke fasa baru dalam hidup mereka.ALHAMDULILAH & Semoga kekal bahagia dalam rahmatNYA.


nak kawin di usia muda pastinya ramai yang beralasan soal duit, soal restu keluarga, soal bagaimana mahu menguruskan kehidupan nanti.tapi tak kan selamanya mahu beralasan.nak tunggu ada duit berjuta-juta baru nak kawin, atau nak tunggu dapat buat majlis berjuta-juta baru nak kawin.atau takut dikutuk orang?hantaran murah?bla..bla..dan akhirnya hubungan entah ke mana.cinta melayang.

DEAR SAHABAT=SAHABAT, saya bersetuju dengan ''nikah gantung'' dan terfikir untuk memilih nikah gantung.eh bukan gantung bunuh diri ni. =_='


Nikah gantung = khitbah 

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.


''Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.  Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)  Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!''
 dipetik dari Ustaz Hashim Al-Maranji

SURAT CINTA :
Assalamualaikum bakal suami ,
Jika menunggu untuk adanya duit berjuta bagi menghalalkan ikatan kita,perkahwinan yang kita cari bukanlah pujian atau sanjungan orang tapi doa agar majlis & ikatan kita berkekalan
Jika dinanti mampu disediakan hantaran yang mewah, apalah gunanya jika nanti kapal yang kita naik karam dipertengahan.
jika mahu berikan aku kegembiraan dan jadikan aku permaisuri yang paling gembira, jadikan aku milikmu yang halal dengan akad nikah.bukannya dengan perhiasan mewah yang menjadikan aku wanita yang mahukan kebendaan.
Jika mahu dinanti ibu dan ayah yang menyuarakan hasrat mereka, boleh aku tanya kembali apa hasratmu mengenali ku?


-LOVE-

6 comments:

  1. nice ur entry ..

    jum singgah my new entry-->

    http://cheritakuhzara.blogspot.com/2012/03/terluka.html :)

    ReplyDelete
  2. tahnks for reading me dear :)
    singgah di tempat kamu pula :)

    ReplyDelete
  3. hmm.. info bagus untuk org2 zaman skang... baik bg elakkan gejala zina yg berleuasa ni...

    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/soledad.html

    jemput singgah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi mbaca.
      akan berkunjung melawat anda pula :)

      Delete
  4. ermm..nikah gantung,sy kalo bleh x nk la nikah gantung tp nk nikah trs je tp btul la kan kalo kita x mampu nk wat knduri bagai..baik la nikah gantung,sekurangnya bleh elakkan maksiat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..tengok betapa ALLAH dan Nabi sayangkan kita.dia tahu ada umatnya tak mampu.dia bagi kita untuk ke arah perhubungan lebih halal dgn nikah gantung :)

      Delete