Thursday, 22 March 2012

KEWAJIPAN SOLAT 5 WAKTU.

ASSALAMUALAIKUM semua..


Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :
(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

( Bukhari )


adakah udara yang kita hirup ketika ini setiap bulan akan sampai bil bayaran seperti bil elektrik?atau juga adakah organ-organ dalaman yang sedang berfungsi didalam tubuh badan kita sekarang punya cukai dan perlu dibayar setiap bulan?ALHAMDULILAH..segala nikmatNYA diberikan secara percuma kepada kita.tapi bagaimana kita membalasnya? setiap hari perut minta diisi, kita makan, makan, makan & terlupa bagaimana dengan HATI & JIWA kita?adakah kita isi dengan hiduran dunia semata-mata? persoalannya tanya diri sendiri, kewajipan dunia kita kejar tapi kewajipan AKHIRAT bagaimana?


Firman Allah, "Oleh yang demikian dirikanlah sembahyang dan berilah zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang demikian sifat-Nya), Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi Pertolongan".
(Al-Haj : 78)


Menurut pendapat yang masyhur dari kalangan ahli sejarah, ibadah sembahyang mula diwajibkan pada malam Isra' iaitu 5 tahun sebelum Hijrah. Ibadah sembahyang menjadi fardu 'ain (wajib) ke atas setiap mukallaf (berakal dan baligh). Sebuah hadis dari Anas beliau mengatakan, "Diwajibkan sembahyang ke atas Rasulullah pada malam Isra' dengan 50 waktu, kemudian ia dikurangkan lagi sehingga menjadi 5 waktu. Setelah itu Rasulullah diseru, "Wahai Muhammad, sesungguhnya percakapan di sisi-Ku tidak berubah. Sesungguhnya bagimu 5 waktu ini sama pahalanya dengan 50 waktu sembahyang".
(H.R. Ahmad & An-Nasa'ie)

Apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai umur 7 tahun maka hendaklah di suruh melakukan sembahyang dan apabila ia mencapai umur 10 tahun maka hendaklah dipukul dengan tangan jika ia masih ingkar. Bersabda Rasulullah, "Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka".
(H.R Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)

Kewajipan melakukan ibadah sembahyang sehari semalam hanyalah 5 waktu dan kita sama sekali tidak boleh mempertikaikannya. Berpesan Rasulullah kepada Mu'az sebelum beliau diutuskan oleh Baginda ke Yaman, "Beritahulah kepada mereka bahawasanya Allah telah mewajibkan ke atas mereka 5 kali sembahyang dalam sehari semalam".

Cukupkah 5 WAKTU SEHARI SEMALAM KITA?




 Bersabda Rasulullah, 'Yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang'.
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda, 'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)

Firman Allah, 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Mudassir : 42-43)

Bersabda Rasulullah, 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad)


SURAT CINTA : 

jangan ditunggu bila pintu hati terbuka atau juga alasan biasa bila nanti mendapat HIDAYAH.kewajipan kita sebagai umat islam bukan hanya islam pada nama. Kita gah melontar bicara tentang dunia, gah menjunjung dunia dibahu..tapi apa yang mahu kita bawa sebagai bekal disana?

Firman Allah yang bermaksud, 'Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ditimpa kesusahan, ia (berasa) sangat resah gelisah dan apabila ia beroleh kesenangan ia sangat bakhil, kecuali orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Ma'rij : 19-22)

Bersabda Rasulullah, 'Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang di antara kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sebatang sungai lalu ia mandi di sungai itu 5 kali dalam sehari. Apakah masih ada lagi kotoran pada badannya? Jawab sahabat, 'Sudah tentu tiada lagi kotoran padanya'. Kata Rasulullah, 'Maka demikianlah juga dengan sembahyang 5 waktu, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa itu'. (H.R. Bukhari & Muslim)

Dalam hadis yang lain Baginda bersabda, 'Apabila seseorang hamba bangun bersembahyang, dibawa dosa-dosanya dan diletakkan di atas kepalanya ataupun di tegkuknya, maka apabila setiap kali ia ruku' atau sujud maka berguguranlah dosa itu daripadanya'. (H.R. Ibnu Hibban)


Ayuh semua..sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyang kan ~

4 comments:

  1. Right click copy n save yer... Buat2 bacaan dan petunjuk ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh saya sbnrnya disable right click :D
      terima kasih sudi membacanya :D

      Delete
  2. Nice info.. lagi pun solat 5 waktu sudah memang kewajiban kite umat islam :)

    ReplyDelete