Friday 13 January 2012

Fairytale~

Assalamualaikum semua..
hari ni hari murah hati sedunia, jadi saya bawakan kawan saya untuk tunaikan apa sahaja yang anda nak.nak putera hensem?nak tinggal dalam istana?nak tu nak ni..hah..mintak ngan dia ni 


nama penuh dalam ic CIK PARI-PARI..nick nama panggil je KATTY PERRY-PERRY * jauh benor menyimpang =_=''.
maafla, dia memang suka ambik gambor kat tempat tinggi-tinggi..huhu..semua nak tinggi.angan-angan pun tinggi..huhu.
baiklah, dengan adanya dia maka anda semua boleh la berangan-angan nak apa je.mintak aje.semua akan ditunaikan dengan sekelip mata.nak lulus exam?nak cantik?nak..nak..nak...

hidup di alam istana dan dilayan bak puteri raja?

Prince Charming?

tak?salah?apa pulak yang salah?zaman dah berubah?jadi angan-angan lagi up?
NO ! 
masih sama sebenarnya.hidup di istana dan dilayan bak puteri.anda menginginkan beg dan dan pakaian yang mahal-mahal, anda nak semuanya BERJENAMA, anda nak kan jejaka yang TAMPAN untuk jadi putera hidup.anda mahukan kehidupan yang perfect dari orang lain.apa yang berbezanya.realitinya anda menginginkan hidup di alam mereka-mereka : 


alam dimana anda membaca kisah mereka ketika kecik dan lupa untuk keluar ketika meningkat dewasa.
YES, ini hanya fairytale.tapi dalam tak sedar kamu sendiri hidup di alam fairytale.
WAKE UP  people.
jangan menipu diri sendiri.berangan tak salah tapi yang salahnya bila angan-angan itu dibawa ke dunia realiti dan kmudian membodohkan diri sendiri.sangat KESIAN =_=''


kenal jenama diatas?dek kerana keunggulan dan lambang kekayaan yang akan dimiliki oleh si pemakai jenama ni.maka mereka yang tak mengukur baju di badan sendiri akan berbangga sama walaupun yang di pakai hanya PALSU ! 



Surat Cinta : kehidupan yang kita ada untuk disyukuri. untuk jadi yang terbaik, bukan kekayaan atau juga apa yang kita miliki tapi usaha dan bagaimana kita menghargai apa yang kita miliki. berbangga dengan asal usul kita.jika kita dilahirkan dalam keluarga yang kaya.bersyukur kerana ALLAH memberikan kita kehidupan yang baik.dan berfikir kenapa kita diberikan nikmat sebegitu.ianya untuk kita membantu mereka yang kurang bernasib baik.dan jika kita dilahirkan dalam keluarga yang sederhana.bersyukurlah.ALLAH sudah mencatat perjalanan yang terbaik buat kita.tak perlu menipu atau malu dengan asal usul kita.penipuan kita akan membuatkan kita menempah kekalahan untuk diri sendiri.berusaha untuk mengubah nasib bukan bermakna kita menggunakan jalan singkat.mahu diterima tapi dalam kehidupan penuh kepura-puraan?atau mahu kita diterima dengan siapa diri kita seadanya?HARTA DUNIA BUKAN PERSAINGAN, TAPI HARTA & BEKALAN UNTUK DISANA lebih diutamakan. kehidupan kita tak kan berubah dengan kata-kata atau angan-angan kosong.tapi usaha yang tak putus serta percaya pada kejayaan yang akan menanti lebih penting.PARI-PARI cuma datang di Dunia khayalan.
Jangan lupa, kita ada ALLAH yang sentiasa mendengar & bersama hamba-hambanya yang mencari makna kehidupan disini untuk dibawa ke sana. jadi jangan terus terduduk atau juga bermegah dengan apa yang ada, tapi cuma sekadar kata-kata kosong.
BUKTIKAN ! -LOVE-

10 comments:

  1. aduhhh entry awk ni..sy suka bc cite fairytale,klu kartun pun sy sggp tgk tau.ms ct sek br ni sy smbnyi remote cntrl dr ank buah sbb tv3 ada tyangkn cite fairytale.hahaaha =)

    ReplyDelete
  2. haha... dreaming for a fairytale life~ ~

    ReplyDelete
  3. daydrem ke? hehehe...xsalah nak berimaginasi kan, cume jgn telampau ssh, angan2 tp xnk berusaha....huhuu

    ReplyDelete
  4. betul2..tu lah maksudnya..berangan tapi xbuat pape xjadi jugak :)

    ReplyDelete