Monday 30 January 2012

Bakal Bermula..

ASSALAMUALAIKUM semua..
petua orang tua-tua, bagi meranggupkan lagi pisang goreng atau ayam goreng adalah dengan meletakkan sedikit minyak masak yang panas ke dalam bancuhan tepung.cubalah! nak sedap lagi tambah minyak rambut yang modelnya tengah laku mcm pisang goreng panas *ok yang ni tipu.huhu


NAMPAK TAK?NAMPAK TAK?
 tak nampak tandanya semalam kencing kat tilam.haha

ALHAMDULILAH semalam dah selamat masuk ke rumah sewa berhampiran tempat praktikal iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Teratai.Ampang.
 PENGHARGAAN buat ayah long, mak long.kak nini, acik, aliff & si comel echa yang sudi menghantar ke istana tak berapa tinggi ni..huhu..mahunya ranap bahu diorang smalam angkat barang aku.bak kata ayah aku " bawak barang mcm nak g 3 tahun''..smua ni salah periuk, kalau tak kerana periuk mesti tak berat* alasan ! huhu =_=''

sepatutnya kami melapor diri hari ni, tapi atas masalah teknikal, kami mendapat arahan untuk melapor diri esok, jadi semalam sempatla kemas-kemas umah, beli barang-barang rumah & kemas umah.kondominium  flat kami agak besar jugak sebab tu nampak mcm tak de perabot.tibi yang melekat kt dinding pun tak timbul lagi lepas pasang smalam* dusta semua ni =_=''


btw hari ni kami masak kari ikan jerung dengan telur kijang goreng ( sardin + telur goreng)..kalau nak rasa.jemputla pandang-pandang aje..hakhak..

oleh kerana flat kami berhampiran sekolah aje, aku & aza asyik skodeng kawasan sekolah je.kejap-kejap bunyi loceng..kejap-kejap intai dari tingkap..tadi dalam pukul 12 dah tgk bakal-bakal geng bas sekolah beratur nak balik.alahai..menambahkan cuak pun ada *sesungguhnya aku tak ready walaupun tak sabar nak cepat-cepat habis praktikal..huhu


abaikan tulisan yang mcm cakar kucing tu..doakan kami dipermudahkan dan berjaya melalui alam praktikal dengan jayanya.Insya ALLAH :)

nah ! 


SURAT CINTA : tak tahu nak update pasal ape sebab dalam kepala memikirkan esok esok & esok =_=''

2 comments: