Tuesday 31 January 2012

Officially ..

ASSALAMUALAIKUM semua... 


abaikan name tag yang senget.i'm officially Cikgu Pelatih di SK Taman Bukit Teratai,Ampang.dengan warna baju yang dah lebih kurang warna dinding bangunan pra sekolah, senyum melebar je hari ni bila kegusaran semalam mula hilang apabila kedatangan kami ke sekolah ni disambut dengan baik dari pihak guru-guru.ALHAMDULILAH dengan permulaan yang baik hari ni.
seriously sangat-sangat teruja bila selisih je dengan budak-budak ''ASSALAMUALAIKUM CIKGU''!!*muka teruja sambil sengih nampak gusi
melangkah je masuk.hambik kau.terlebih peramah pulak budak-budak kat kelas ni.huhu..muka comel-comel mcm lolipop je.tapi tenaga, mcm tak habis-habis je bateri duk main..*siap kau lepas ni =_=''

 nampak tak?nampak kan?ape dia dalam gambar ni?* buat-buat tanya sambil tunjuk-tunjuk.

Pandaiiiiiii! ye betul ni budak-budak..ni lah yang bakal menjadi geng-geng berlari-lari berkejaran nanti =_=''

kami ke sekolah tepat jam 7.00 pagi menaiki CARki, ALHAMDULILAH kedatangan kami disambut dengan baik oleh Puan Yasmin yang merupakan Guru Penolong Kanan 1 kerana ketiadaan Guru Besar yang sedang bercuti.setelah berjumpa & diberi penerangan, kami dibawa ke bangunan Pra Sekolah.kat sekolah ni ada 2 kelas pra sekolah jadi kami berempat dibahagikan kepada 2 kumpulan.kiranya 2 orang satu kelas.

  meet my gether-gether tecer in class iaitu CIKGU AZA..waktu gambar ni di snap dia tengah betulkan tag nama budak ni yang asyik tercabut je. kat rumah dia jugak roomate merangkap teman setoto tak sebantal aku.haha.bujang lagi*sila add di facebook.hehe..
dan sepanjang tiga bulan berpraktikal kami berada dibawah penyeliaan Cikgu Nizam*tunjuk ajar ku sifu :)..dia berasal dari Terengganu juga.orang kapung ah kira ni. (^_=)v

reen & airani pula berada dikelas sebelah..seronok jugak dapat mengenali kak ayu,kak ina & juga guru pbimbing mereka berdua iaitu Cikgu Muzirah.berasal dari kelantan & seriously memang happening giler diorang ni.jadi kami pun tak de la kekok & malu sgt.*mcm menipu je pemalu.huhu

ni cikgu kelas sebelah..Cikgu Airani & Cikgu Azureen*yang kelihatan hanya baju..huhu.time ni diorang baru nak mula kelas dan tengah baca doa.
kami juga dah diberi amanat oleh Cikgu KO-Kurikulum, Puan Azilah untuk menjadi guru penasihat unit beruniform, kelab & permainan sekolah.rumah sukan pun kami dapat.btw masih mengekalkan rumah sukan dari sekolah rendah.aku memilih rumah kuning
keterujaan bertambah-tambah apabila mendapat tugasan sebagai salah seorang GURU PANITIA BAHASA MELAYU dengan Cikgu Aza.excited memikirkan apa aktiviti nak dibuat nanti?*thinking...hurmm..boleh tak jemput SUPER JUNIOR buat konsert?eh?soalan ni soalan mengundang pelempang eh?huhu.
Jumpa lagi di next next next & next annoying entry..ahakss!
.............................................................................................................

SURAT CINTA : Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.Doakan semoga perjalanan kami dalam menjalankan tugas dan belajar terus belajar dipermudahkan.amin :) 

4 comments:

  1. comel =)
    slamat ptg cikgu >_<" snggah2 blog awk..

    sudi2 usha > http://lensahatinata.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat petang./terima kaish sudi membaca.saya melawat kamu pula nanti :)

      Delete
  2. wahhh....selamt petang cikgu!:D,semoga dipermudahkan segala urusan kamu nnt oleh ALLAH swt....aminnnn:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ali.semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan juga :)

      Delete