Friday 2 December 2011

Salam Jumaat - Dimana kamu Kaum Adam-

Ketika imam sedang membacakan khutbah, dimana kamu wahai kaum lelaki? Bagaimana mahu menjadi imam kepada kaum hawa jika ketika ini kamu masih dikedai melepak tanpa segan silu, masih lagi tekun mengerjakan urusan dunia? Atau masih lena dibuai mimpi dunia sehingga liat untuk bangun ketika azan memangil2 kamu ke sana?

Salam jumaat..salam penghulu segala hari.cuba lihat di sekeliling kamu..apa yang sedang adik2 lekai kamu lakukan?suami kamu lakukan?buah hati yang bakal menjadi suami kamu lakukan?sudah melangkahkan kami ke masjid atau masih berada di hari lain?masih sempatkah jumaat akan datang untuk kamu kaum Adam jika hari2 jumaat yang telah berlalu juga tidak diisi?



Rasulullah bersabda: 
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. 
Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat. Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari. Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Jika kita belek kembali buku2 ilmiah, hadis-hadis yang ada..Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. Ianya bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Jadi apa lagi kaum adam & hawa.ayuh..kita rebut sama-sama.

*Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
*Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
*Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:
 “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
*Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
*Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
*Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
*Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

Buat kaum Adam,
Kami mahukan lelaki yang mampu mengimamkan kami ketika solat, bersama membaca helaian AL-QURAN..jika masih ada yang tidak lancar dibaca,betulkan kami dengan tajwid dan harakat yang betul..kejutkan kami untuk bangun di pagi hari untuk bersama-sama sujud kepadaNYA..mencari keredhaanNYA diberikanNYA dalam melayar sebuah bahtera yang mungkin akan karam jika hanya kebahagiaan disini yang dicari..aurat kami untuk pandangan mu..jangan biarkan kami buka apa yang menjadi milikmu..tapi bagaimana kami mahu dapat semua ni jika pada hari jumaat pun kamu masih leka mengejar dunia?







No comments:

Post a Comment