Wednesday, 25 December 2013

..always with us.

Assalamualaikum semua.. 

dari sorotan mata yang sayu..
bibir terketar-ketar menahan sendu..
hati mula terasa..
sakit..sakit..sakit
lima jari yang terketar-ketar meraup wajah lesu..
adakah masih ada hari esok?
sendu..menangis bersujud..
mengapa aku diuji..
bertalu soalan 
hanya hati mampu berbicara..
ya sungguh..masih bertanya
siapa yang ada untuk ku..
bisikan hati..
mahu aku bicara pada siapa..
mahu aku ceritakan tentang kenapa..
sungguh keliru..
keliru..
aku masih keliru..
dan bila masa mula berbisik..


''Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)

tersentak aku sejenak..
air mata..ya..air mata..
sungguh aku khilaf..aku lupa..
aku hanya tahu meratap dalam arus
yang semakin deras membawa aku lemas..

Ya Allah..
taubat ku..
sujudku..
moga kau terima..
kerana aku mula sedar terlalu lama aku meratap
hingga lupa..
engkau selalu ada.
Allhamdulilah..Allahuakbar.


SURAT CINTA : 


He's the only one who will never leave you alone.~


Wednesday, 11 December 2013

Janji Dia.

Assalamulaikum semua...

kerana lama sudaaa tak update, jadi ringan-ringankan tangan..sapu2 apa yang berhabuk dan kemudiannya tadaaa..tak ada cerita-cerita panjang untuk dikongsi..tapi sebab dah gatal benor nak update setelah dah berapa kurun abad tak update *pemalas! haha. sedar tak sedar kita bakal meninggalkan tahun 2013 yang penuh suka duka dan masuk ke tahun baru 2014..insyaaAllah semoga Allah memberikan kita semua rahmatNYA untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum-sebelum ini..aminn. :) 

walaupun pendek, moga-moga bermanfaat. insyaaAllah. ~ 


Every day is a new day, and you'll never be able to find happiness if you don't move on.

Surat Cinta :

Allah tidak pernah menjanjikan kehidupan yang mudah dan segalanya berjalan dengan lancar seperti yang kita kehendaki Tapi Allah menjanjikan, Walau seberat mana ujian dan dugaan, Dia tetap bersama kita, selagi kita memilih untuk sentiasa bersamaNya…Subhanallah….Alhamdulillah….Allahu Akbar.