Tuesday 1 January 2013

Menu 2013


Assalamualaikum semua..

Alhamdulilah.. Tabir 2012 sudah tertutup dan 2013 sudah tiba. Setelah 365 hari perjalanan beliau akhirnya berjumpa destinasi.  1 Januari 2013, tibanya Tahun Baru versi omputeh, genaplah 23 tahun umur saya. Alhamdulilah. Saya tak sambut tahun baru, saya meraikan ulangtahun diri sendiri. Happy birthday  to  me *nyanyi sendiri. Hohoho..ok-ok tak nak cite hal besday lagi.nanti makin panjang.yang tu lain entry aje. *bajet la tu ada orang nak baca. hehe

Tertarik untuk saya kongsikan disini, perbezaan yang jelas kelihatan. Kalau dulu saya hanya tahu setiap malam sebelum tahun-tahun menutup tirai dan tahun baru datang. Pastinya percikan bunga api dan juga majlis joget-joget yang menjadi pemeriah suasana. Versi omputeh katekan. Yang makan belacan pun busy nak jadi omputeh celup. Huhuhu… tapi alhamdulilah. Semalam, tirai 2013 dibuka dengan alunan zikir dan juga puji-pujian untuk NYA. Majlis yang diadakan bukan untuk meraikan Tahun baru tetapi sebagai alternatif untuk menarik anak-anak muda mendekatkan diri dan kembali ke jalanNYA. Walaupun tidak ada siaran langsung di tv tetapi alhamdulilah, walaupun tiada liputan meluas tetapi  lautan ribuan manusia yang dahagakan ilmu hadir. Di khabarkan 120,000 orang yang hadir   walaupun ada 7 lagi program sambutan tahu baru di tempat lain mlm tadi. hasil usaha mereka-mereka yang memanfaatkan fb dan juga teknologi-teknologi yang ada untuk terus menyampaikan dakwah. mereka yang dirumah juga dapat melihatnya.  sebelah tempat dibuka dengan dentuman ''let's get party'' & sebelahnya pula lagi dibuka dengan alunan zikir dan makanan rohani. 

Memetik kata-kata IMAM MUDA Asyraf   

''Malam Tahun Baru 2013 ada pelbagai menu..pilihlah menu yg mengenyangkan hati, dan menenangkan kita selepas menjamahnya..krn apa yg kita makan akan menjadi darah daging kemudiannya..org yg sayang Nabi SAW, bijak memilih menunya'' 

Tahniah buat mereka-mereka yang bijak memlilih menu. bak kata UAI ''orang muda geng kita'' ~ 


Subahanallah..Tanpa bunga api, tanpa jogek2,tanpa seksi2, hanya laungan takbir pun 120,000 orang yang hadir..saya yang tengok di laptop ni pun rasa rugi tak dapat g, bila baca perkongsiaan dari sahabat-sahabat di fb. Alhamdulilah. sinar ISLAM makin menyinar kita bumi ALLAH. Allahuakbar ! Selain dari para-para Ulama, rakan-rakan artis yang sudah pun berhijran juga turut sama berada di sana. disini ada beberapa keratan dan perkongsiaan dari sahabat-sahabat di FB yang boleh saya kongsikan. 



Pierre Andre : Ustaz,nanti kalau saya buat filem dakwah, sudi tak ustaz berlakon dalam filem saya?

UAI : Saya akan berlakon kalu filem nie macam filem tantanic dan heroinnya mesti muda, cantik dan putih... (UAI bergurau sokmo malam tadi, kikiki3).

UAI: Apabila ada mana2 artis atau kawan2 kita yang hendak berubah, maka kita bantulah meraka, jangan kutuk mereka, bersangka baiklah dengan mereka. (ini tidak orang melayu suka dengki.. Dulu masa dia laro/lalai dsb tidak ada pula yang kutuk dia dsb)

UAI: Pierre Andre biasanya buat filem (rakaman filem) pakai apa, yang warna ke hitam putih.

Pierre Andre: saya guna yang warna.

UAI: Ooo ia ke, saya tidak guna yang warna tapi saya guna yang digital. Kikiki3 :)

UAI: Oleh kerana awak ada kelebihan dalam mengarah drama dan filem.. Buatlah banyak2 drama dan filem Islamik ya.

Pierre Andre: Ustaz apa hukum jika dalam berlakon drama dia kata aku ceraikan kamu. Sedangkan isteri yang betulnya di rumah.

UAI: Jika "kamu" itu di maksudkan hanya isteri dalam lakonan itu tidak jatuh talak isteri yang betul di rumah.

Tapi jika drama itu dia cakap ke kawan dia, "Aku cerai dah isteri aku...." Walaupun yang dia maksudkan isteri dalam drama sahaja yang dia ceraikan tapi yang jatuh talak adalah isteri yang di rumah sana ya..


Perkongsiaan ini saya ambil di Page : Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Jadi sambil-sambil berfb tu bolehlah jenguk-jengul laman web ni ye. sambil berFB sambil belajar gtu. ha..baru masa tak terbuang mcm tu je. ok?


 SURAT CINTA :

sayang-sayang semua, bertambahnya tahun-tahun sama ada dalam kalendar islam atau juga versi omputeh. semua tu tak berguna jika masih ditakuk lama. menyalahgunakan ''alaf baru'' untuk kembali di zaman purba. maju mundurnya diri kita terletak pada bagaimana kita mengubah apa yang seharusnya diubah dan apa yang tidak. di dunia ini tiada manusia yang berjaya bersih dari kisah silam, dan tiada manusia yang penuh dosa tidak mempunyai masa depan. siapa kita di mata DIA bukanlah dari pujian dan redha manusia.

“Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah ” - Ibn Mas’ud.
renung-renungkan dan selamat memulakan perjalanan ke destinasi CINTA untuk bersamaNYA. InshaaALLAH.

4 comments:

  1. takde dalam tv ke? patutlah cari tak jumpa hewheww :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya hanya ada di TV selangor dan link yang diberi di page yang saya sertakan diatas.boleh la jenguk2 page tu untuk tengok. :)
      terima kasih sudi singgah. :)

      Delete