Monday 3 December 2012

The Best Of Planners.

Assalamualaikum semua..

hari ini kita mengeluh apabila apa yang kita nak tapi kita tak dapat.
hari ini kita mengeluh apabila apa yang kita rancang tidak menjadi.
hari ini esok lusa dan masa-masa akan datang.
siapa tahu hari ini kita tak dapat tapi 
esok lusa kita akan dapat yang berganda-ganda lebih baik.
kerana Allah memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak. 
bila kita tengok kawan-kawan kita dapat keputusan lagi baik.
''menirulah tu'' ''bawak toyol lah tu''
bila mohon keje. merungut ''aku dah mohon banyak-banyak kali tapi tak dapat pun'', ''semua keje kosong dan apply tapi satu pun tak dapat'' ataupun tanggapan glamer pada orang yang mudah dapat keje ''guna kabel (orang dalam) la tu''
sebenarnya itu dah bahagian dia. rezeki dia. rezeki kita nanti siapa tahu.mungkin lebih lagi dari apa yang dia dapat. In Shaa Allah. 

Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” (Surah Ali Imran, 3:54)



SURAT CINTA :

Allah Swt berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 96:
Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

KITA MERANCANG. DIA JUGAK MERANCANG & DIA ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG. SUBHANALLAH. ALLHUAKBAR !

2 comments: