Friday 21 December 2012

Post.Share.Tweet.

Assalamualaikum semua.. 

tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita bakal melangkah ke tahun 2013 dan meninggalkan tahun 2012 yang pastinya penuh dengan pahit manis yang sedikit sebanyak pastinya meninggalkan kesan.sama ada baik atau buruk. disebalik segala yang berlaku, pastikan kita tidak terus meratap apa yang berlaku, kerana dalam hidup kita ni, tak semua yang kita buat akan kena dimata manusia. kerana itulah kita harus tahu yang mana perlu kita dengar dan yang mana kita perlu pekakkan telinga. sebagai cth yang paling dekat adalah apabila kita cuba berubah ke arah yang lebih baik, pastinya tenaga-tenaga negatif tidak akan berhenti mengejar. disinilah cabaran gentir yang akan menentukan kekuatan dan kelemahan kita. 

Jika hari ini kita seorang manusia yang suka menghabiskan masa dengan merenung kesilapan manusia lain, kita belajar untuk diam dan banyakkan merenung kesilapan diri. jika hari ini kita manusia yang suka mengejar dunia. perlahankan langkah. pandang pada kehidupan yang akan kekal abadi juga. saya juga bukan manusia yang sempurna. jauh sekali manusia yang layak untuk dipuji-puji, tetapi siapapun kita, perancangan kehidupan kita bukan hanya untuk semasa kita masih bernafas. tetapi juga untuk di alam sana. apa yang ingin kita bawak disana nanti. 

Alhamdulilah, dapat kita lihat fenomena Ustaz Azhar Idrus (UAI). jelas kelihatan masih ada anak-anak muda yang dahagakan ilmu. inilah dikatakan dugaan dan cabaran di saat dunia membangun dan hiburan yang menghanyutkan tersedia didepan mata tetapi sesungguhnya kuasaNYA terlalu besar. hati dan jiwa mereka yang sudah tertawan padaNYA dan tidak dapat dicurangi lagi. sejujurnya saya cemburu pada golongan-golongan ini yang mana begitu kental iman mereka untuk tidak leka dengan nikmat dunia. dan saya juga masih belajar dan mahu terus belajar untuk bekalan di sana nanti. INSHAAALLAH.

seiring dengan kecanggihan zaman teknologi ini, facebook. twitter dan juga youtube menjadi salah satu medium untuk mengembangkan lagi perkongsiaan ilmu sesama kita. tapi sayang, biasalah manusia pasti ada yang tidak senang di mata. apabila berkongsi ilmu agama ''alah, nak tunjuk alim la tu''. mungkin perkara ini biasa terjadi kepada anda semua. saya tahu mungkin susah untuk kita disukai jika di hati sudah di gam rasa benci. tetapi jika kita jatuh semangat hanya kerana kebenciaan dan juga kata-kata sindiran mereka. adakah di sana nanti mereka yang akan menemani kita? tengok ni : 


jadi buat diri sendiri yang sedang menulis & buat kawan-kawan : 

Daripada Abdullah bin Amr radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat. Kamu boleh menyampaikan riwayat (yang benar) daripada kalangan Bani Israel dan tidak berdosa (jika kamu tidak menyampaikannya). Barangsiapa yang sengaja berdusta dengan namaku, maka bersedialah dia untuk dicampakkan ke dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari no.3274)

Semoga apa yang kita POST, SHARE, TWEET dan apa sahaja perkongsiaan kita terus menjadi perkongsiaan berpanjangan yang akan membantu diri sendiri & mereka diluar sana dan . InshaaAllah menjadi bekalan untuk kita juga di sana nanti. sesungguhnya kita bersaudara. jangan benci. nanti sayang. *kenyit mata sekali. hehehe. terima kasih sudi membaca. semoga sentiasa dalam rahmatNYA. Wsalam.

SURAT CINTA : 

1. "Bajet ah kau ni post Islamik2".
Jawab,= "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Kau bajet nak masuk belah mana?"

2. "Takyahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab,= "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."

3. "Berdakwah konon."
Jawab,= "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."

4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab,= "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status jak pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat depan."

5. "Aku block je la kau ni."
Jawab,= "Alhamdulillah, jika itu yg terbaik utk iman kau."
 
 
 

No comments:

Post a Comment