Saturday, 29 December 2012

Link dgn Allah.

Assalamualaikum semua.. 

Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Sukakah kamu akan diberitahu sebaik-baik amalan kamu dan sebersih-bersihnya
di sisi Tuhan kamu, paling tinggi darjat kamu, lebih baik dari mendermakan emas
dan perak,lebih baik dari kamu menetak leher musuh dan mereka menetak
leher kamu ? Para sahabat menjawab : Bahkan ( Kami mahu mendengarnya ).
Baginda bersabda: Zikrullah.
( HR Tarmizi dan Ibn Majah )
 
“ Orang-orang yang sentiasa berzikrullah (dalam semua keadaan ) sambil berdiri  atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka tafakkur (terhadap ayat-ayat Allah ) yang ada di langit dan dan di bumi.Mereka ( akhirnya ) berkata:  "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau jadikan semua ini sia-sia ( tetapi penuh makna  dan hikmah ),Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka “. (Surah Ali-Imran :191)
 
Hati yang tidak disulami dengan zikir yang banyak,ia akan jadi gelap dan keras.Sebagaimana firman Allah :
 
“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu,bahkan lebih keras lagi “
(Surah Al-Baqarah :74)

 
SURAT CINTA : 
 
saya tertarik dengan kata-kata ini : 
 
''Sebagaimana batu tidak dapat dipecahkan melainkan dengan kekuatan, begitu juga zikir  itu tidak dapat memberi kesan kecuali dengan kekuatan , banyak dan istiqamah.

Seseorang yang berzikir ibarat orang itu yang mengosok karat dengan batu tetapi amalan ibadah lain seperti orang yang mengosok karat itu dengan sabun.Meski pun bersih dengan sabun tetapi memakan masa yang lama.''

“ dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak,Allah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar “( Surah al-Ahzab : 35)
 
 
 

Wednesday, 26 December 2012

Doa Cinta.

Assalamualaikum semua.. 

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, 

“Seandainya seorang mukmin tahu siksa yang ada di sisi Allah, maka tidak ada seorang pun yang tidak menginginkan syurga-Nya (takut berbuat dosa); Dan seandainya ada orang kafir yang tahu kasih sayang Allah, maka tidak akan ada yang merasa putus asa dari (mendapatkan) syurga Allah.” [3379] Sahih. Riwayat Muslim [At-Targhib]



SURAT CINTA : 
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Setelah selesai menciptakan makhluk-Nya, Allah menulis dalam kitab-Nya mewajibkan atas Diri-Nya sendiri : ‘Sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan (mengatasi) kemurkaan-Ku’”. [2751/16] Sahih Muslim

Friday, 21 December 2012

Post.Share.Tweet.

Assalamualaikum semua.. 

tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita bakal melangkah ke tahun 2013 dan meninggalkan tahun 2012 yang pastinya penuh dengan pahit manis yang sedikit sebanyak pastinya meninggalkan kesan.sama ada baik atau buruk. disebalik segala yang berlaku, pastikan kita tidak terus meratap apa yang berlaku, kerana dalam hidup kita ni, tak semua yang kita buat akan kena dimata manusia. kerana itulah kita harus tahu yang mana perlu kita dengar dan yang mana kita perlu pekakkan telinga. sebagai cth yang paling dekat adalah apabila kita cuba berubah ke arah yang lebih baik, pastinya tenaga-tenaga negatif tidak akan berhenti mengejar. disinilah cabaran gentir yang akan menentukan kekuatan dan kelemahan kita. 

Jika hari ini kita seorang manusia yang suka menghabiskan masa dengan merenung kesilapan manusia lain, kita belajar untuk diam dan banyakkan merenung kesilapan diri. jika hari ini kita manusia yang suka mengejar dunia. perlahankan langkah. pandang pada kehidupan yang akan kekal abadi juga. saya juga bukan manusia yang sempurna. jauh sekali manusia yang layak untuk dipuji-puji, tetapi siapapun kita, perancangan kehidupan kita bukan hanya untuk semasa kita masih bernafas. tetapi juga untuk di alam sana. apa yang ingin kita bawak disana nanti. 

Alhamdulilah, dapat kita lihat fenomena Ustaz Azhar Idrus (UAI). jelas kelihatan masih ada anak-anak muda yang dahagakan ilmu. inilah dikatakan dugaan dan cabaran di saat dunia membangun dan hiburan yang menghanyutkan tersedia didepan mata tetapi sesungguhnya kuasaNYA terlalu besar. hati dan jiwa mereka yang sudah tertawan padaNYA dan tidak dapat dicurangi lagi. sejujurnya saya cemburu pada golongan-golongan ini yang mana begitu kental iman mereka untuk tidak leka dengan nikmat dunia. dan saya juga masih belajar dan mahu terus belajar untuk bekalan di sana nanti. INSHAAALLAH.

seiring dengan kecanggihan zaman teknologi ini, facebook. twitter dan juga youtube menjadi salah satu medium untuk mengembangkan lagi perkongsiaan ilmu sesama kita. tapi sayang, biasalah manusia pasti ada yang tidak senang di mata. apabila berkongsi ilmu agama ''alah, nak tunjuk alim la tu''. mungkin perkara ini biasa terjadi kepada anda semua. saya tahu mungkin susah untuk kita disukai jika di hati sudah di gam rasa benci. tetapi jika kita jatuh semangat hanya kerana kebenciaan dan juga kata-kata sindiran mereka. adakah di sana nanti mereka yang akan menemani kita? tengok ni : 


jadi buat diri sendiri yang sedang menulis & buat kawan-kawan : 

Daripada Abdullah bin Amr radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat. Kamu boleh menyampaikan riwayat (yang benar) daripada kalangan Bani Israel dan tidak berdosa (jika kamu tidak menyampaikannya). Barangsiapa yang sengaja berdusta dengan namaku, maka bersedialah dia untuk dicampakkan ke dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari no.3274)

Semoga apa yang kita POST, SHARE, TWEET dan apa sahaja perkongsiaan kita terus menjadi perkongsiaan berpanjangan yang akan membantu diri sendiri & mereka diluar sana dan . InshaaAllah menjadi bekalan untuk kita juga di sana nanti. sesungguhnya kita bersaudara. jangan benci. nanti sayang. *kenyit mata sekali. hehehe. terima kasih sudi membaca. semoga sentiasa dalam rahmatNYA. Wsalam.

SURAT CINTA : 

1. "Bajet ah kau ni post Islamik2".
Jawab,= "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Kau bajet nak masuk belah mana?"

2. "Takyahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab,= "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."

3. "Berdakwah konon."
Jawab,= "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."

4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab,= "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status jak pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat depan."

5. "Aku block je la kau ni."
Jawab,= "Alhamdulillah, jika itu yg terbaik utk iman kau."
 
 
 

Monday, 17 December 2012

S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum semua.. 

*sumber gambar : Encik Google

SURAT CINTA :
Sebaik-baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (H.R : Tarmizi)



Friday, 14 December 2012

Khurafat Safar

Assalamualaikum semua..

2 hari lepas penuh di FB, sana sini duk update tentang tarikh cantik ''12/12/12''.. bagaimana pulak dengan hari ni? adakah hanya sebahagiannya sahaja yang sedar? 1/2/34 Hijrah, jatuh pula pada hari Penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.Alhamdulilah.kita sudah masuk ke Bulan Safar. sedar atau tidak?

Bulan ini merupakan bulan kedua dalam taqwim Islam yang diperkenalkan oleh Saidina Umar RA. Dinamakan Safar kerana orang-orang lelaki Arab keluar rumah untuk berdagang, menggembara dan menjalankan kegiatan ekonomi di luat tempat tinggal. Rumah-rumah menjadi kosong dan dipenuhi kaum perempuan dan kanak-kanak. Sejarah juga mencatatkan bahawa beberapa peperangan berlaku dalam bulan ini iaitu peperangan Al Abwa dalam tahun dua hijrah, perang Bani Qainuqak dan Zi Amin pada tahun ketiga hijrah dan Peperangan Khaibar pada tahun keempat hijrah.

saya lihat di fb ada beberapa status dan juga kepercayaan mengenai Bulan Safar di share dan ada juga yang yang mana bercakap tentang amalam-amalan khurafat dibulan ini yang masih lagi glamer dalam masyarakat kita.nauzubilaminzalik.semoga kitasemua dijauhkan dari kepercayaan ini. oleh itu, saya nak kongsikan secara ringkas mengenai hal ini.


kalau nak tahu cerita lebih dan lebih lagi mengenai kepercayaan ini. boleh ke sini : Amalan Bidaah dan khurafat . kredit to Syafiqolbu. yang mana gambar juga saya ambik dari perkongsiaan beliau. selamat membaca dan merenung bersama. 

SURAT CINTA :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” 
 (Surah al-Nisa’ 4: 116).




Wednesday, 12 December 2012

Tak Tahu.

Assalamualaikum semua..

artikel ni saya ambik dari seorang kawan di facebook. tertarik untuk berkongsi disini sebagai suntikan kepada diri sendiri dan juga kamu semua. InshaaAllah.

Baca ni, jika lebih ramai orang Melayu dan orang Islam tahu bagaimana berniaga menjadi usahawan berjaya, kita akan mempunyai kekuatan ekonomi kita sendiri! - Berani2013.com -
 
Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!!
BERNAS milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa?

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik siapa?

--> Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa?

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP!

IPP terbesar di Malaysia iaitu Malakoff, milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Sekarang tak nak makan nasi, pergi Pizza Hut je la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?!

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?!

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa?

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat!

Bank Muamalat milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance!

Uni Asia milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM!

Puspakom milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC!

MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!!

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor!

Senai Airport milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?!

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port!

Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)

Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan dan POS Malaysia milik siapa?!

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy !!

Tahniah Tan Sri..!!


SURAT CINTA :
Tak tahu boleh belajar. itu lebih baik. dari tak tahu tapi buat-buat tahu. jangan jadi manusia ''Bodoh Sombong''.


Tuesday, 11 December 2012

Dakwah

Assalamualaikum semua.. 



SURAT CINTA : 
Manusia akan MATI bila-bila masa.. Tetapi TULISAN boleh kekal selama-lamanya.. Maka tulislah PERKATAAN yang akan menyebabkan kita GEMBIRA di Akhirat kelak..''- Al-Habib umar bin hafiz

Saturday, 8 December 2012

You are above them !

Assalamualaikum semua..


SURAT CINTA : 
''saat orang bicara buruk mengenai kita padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu petanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH BAIK dari mereka''.
(Habib Syekh AA)

Thursday, 6 December 2012

Seek forgiveness from ALLAH

Assalamualaikum semua..



SURAT CINTA :
 ketika kita sedang menghina manusia lain, dia pula sedang beristighfar memohon keampunan. kita? 
Astaghfirullah
I seek forgiveness from ALLAH.


Wednesday, 5 December 2012

S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum semua..



SURAT CINTA :
The people who put up with you on your darkest nights. Are the ones worth spending your brightest days with.



Tuesday, 4 December 2012

Doa Perlindungan

Assalamualaikum semua.. 


SURAT CINTA : 
Kekosongan dan keresahan hati adalah kerana kita jauh dari Allah. turn to ALLAH before return to Allah.


Monday, 3 December 2012

The Best Of Planners.

Assalamualaikum semua..

hari ini kita mengeluh apabila apa yang kita nak tapi kita tak dapat.
hari ini kita mengeluh apabila apa yang kita rancang tidak menjadi.
hari ini esok lusa dan masa-masa akan datang.
siapa tahu hari ini kita tak dapat tapi 
esok lusa kita akan dapat yang berganda-ganda lebih baik.
kerana Allah memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak. 
bila kita tengok kawan-kawan kita dapat keputusan lagi baik.
''menirulah tu'' ''bawak toyol lah tu''
bila mohon keje. merungut ''aku dah mohon banyak-banyak kali tapi tak dapat pun'', ''semua keje kosong dan apply tapi satu pun tak dapat'' ataupun tanggapan glamer pada orang yang mudah dapat keje ''guna kabel (orang dalam) la tu''
sebenarnya itu dah bahagian dia. rezeki dia. rezeki kita nanti siapa tahu.mungkin lebih lagi dari apa yang dia dapat. In Shaa Allah. 

Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” (Surah Ali Imran, 3:54)



SURAT CINTA :

Allah Swt berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 96:
Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

KITA MERANCANG. DIA JUGAK MERANCANG & DIA ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG. SUBHANALLAH. ALLHUAKBAR !

Sunday, 2 December 2012

Thanks to those ..


Assalamualaikum semua.. 


SURAT CINTA : 
"Ahabbaka llazi ahbabtaniy lah" 
Semoga Allah mencintaimu dan Dialah membuat engkau mencintaiku keranaNya"

Saturday, 1 December 2012

Tanggungjawab

Assalamualaikum semua.. 


SURAT CINTA :
Hidup di dunia ni. jangan terlalu sombong. kecuali mayat kita ni boleh bergolek masuk kubur sendiri.