Wednesday 27 June 2012

Solat Sunat Taubat.

Assalamualaikum semua..

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)




Disini ingin saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu yang saya perolehi dari apa yang saya baca di Blog Oh Islam. .

Syarat-syarat taubat :
  • Ikhlas ingin bertaubat
  • Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  • Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  • Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  • Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
sumber : Blog Oh Islam. (untuk keterangan yang lebih dan lebih banyak info. sila la melawat ke penuh ini. :D )

tak lengkap rasanya kalau tidak dikongsi bersama tatacara mengerjakan solat sunat taubat, bagaimana pun. apa yang akan saya jelaskan disini adalah secara ringkas bagaimana tatacara untuk mengerjakannya. kita semua solat bukan?jadi insya allah, saya rasa semua boleh mengerjakannya. insya allah :D

RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua

* Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
*selepas salam, jangan lupa perbanyakkan Istighfar & berdoa.


                 

SURAT CINTA : 
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.) 

6 comments:

  1. masyaallah sgt berguna...terima kasih

    do visit n follow ok
    http://myaleo.blogspot.com/2012/06/perutusan-raja-sehari-mya-leo.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.semoga bermanfaat untuk kita semua.sudah ke blog kamu.tahniah & semoga semuanya dipermudahkan ;D

      Delete
  2. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 313 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.trima kasih sudi singgah. insya allah.
      sedang blogwalking ke blog anda :D

      Delete
  3. informative! Thanks for sharing :)

    ReplyDelete