Saturday 5 May 2012

KELEBIHAN BERSELAWAT.

ASSALAMUALAIKUM semua..

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim. 



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.” 



SURAT CINTA : 
Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.) 

Allahuakbar..mudahnya untuk kita semua mencari bekalan untuk yang disana. bagaimana saudara-sudara ku semua? jom kita sama-sama mencari bekal untuk dibawa ke sana.ala..bukan susah pun kan? 2 3 lagu kita boleh hafal, tak kan kita tak boleh luangkan masa untuk berselawat buat junjungan Mulia kita. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.Aminn ya Rabbalalaminn . 

2 comments:

  1. jom kita beramai2, amalkannya dan berselawatlah ke atas junjungan Rasulullah SAW...nice entry syg

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi singgah Ldy Ainaa.ayuh.. sama2 amalkan :)

    ReplyDelete